Pakatan Harapan berpegang pada satu prinsip yang jelas sepanjang lebih tiga tahun mentadbir: tidak boleh curi wang rakyat. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak boleh diberi ruang untuk berakar dalam negara ini.
Pakatan Harapan akan terus mempertahankan prinsip keadilan untuk semua. Negara tidak boleh mempunyai satu undang-undang untuk rakyat biasa dan satu lagi untuk orang kaya dan golongan berpengaruh. Maruah tidak terletak pada retorik atau slogan, tetapi pada keberanian menegakkan kebenaran, memelihara amanah dan memastikan setiap rakyat mendapat layanan yang sama di sisi undang-undang.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Dunia berdepan krisis tenaga akibat konflik di Asia Barat yang dicetuskan oleh rejim Zionis Israel dengan dukungan Amerika Syarikat.
Dua minggu lalu, Kerajaan memaklumkan subsidi bahan api meningkat kepada sekitar RM3.2 bilion. Hari ini, jumlah itu terus melonjak sehingga mencecah RM4 bilion sebulan.
Sejak awal konflik ini, Kerajaan MADANI telah bertindak awal untuk memastikan bekalan tenaga kekal mencukupi tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat.
Namun, ikhtiar ini berdepan cabaran besar susulan situasi yang kian meruncing di Asia Barat. Kerajaan perlu mengimbangi antara kemampanan fiskal dengan keperluan memastikan bekalan tenaga terus dapat dinikmati rakyat sepanjang krisis ini.
Justeru, saya telah umumkan beberapa langkah penting:
⛽ Harga RON95 kekal RM1.99 seliter dengan pelarasan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026
📊 Hampir 90 peratus rakyat tidak terkesan
🏍️ Had 800 liter dikekalkan bagi e-hailing
🚛 Had pengisian diesel dilaksanakan secara sementara di Sabah, Sarawak dan Labuan
👮 Penguatkuasaan dipertingkat bagi mengekang ketirisan
Langkah sementara ini memastikan majoriti rakyat terus dilindungi, bekalan kekal stabil dan negara kekal bertahan dalam ketidaktentuan global.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada rakyat yang cakna dan tampil melaporkan aktiviti mencurigakan di stesen minyak, sekali gus membantu melindungi subsidi daripada diseleweng.
Dalam tempoh mencabar ini, disiplin dan kebersamaan kita menjadi kekuatan utama. Saya memohon kerjasama semua untuk terus berhemah dan memahami langkah yang diambil demi memastikan bekalan kekal terjamin untuk semua.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI
Hari ini, kita meraikan komitmen penjawat awam dengan kenaikan gaji baharu tertinggi dalam tempoh 12 tahun yang terbesar dalam sejarah bagi penjawat awam.
Ia bukan sekadar angka, tetapi pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen anda demi pembangunan negara.
Semoga pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk terus berkhidmat dengan integriti, dedikasi, dan semangat kebangsaan.
Bersama-sama kita memacu Malaysia ke tahap kecemerlangan seterusnya.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
Meski jauh di Kenya, saya ikuti rapat perkembangan musibah banjir yang semakin memburuk dan menjejaskan lebih 15,000 mangsa di tujuh negeri.
Menurut laporan yang diterima, NADMA bersama semua aset agensi berkaitan telah digerakkan sepenuhnya ke kawasan terjejas bagi menyelamatkan rakyat yang masih terperangkap, di samping memastikan bantuan segera sampai kepada semua mangsa.
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) juga telah dikerah ke Kelantan yang paling teruk terkesan, serta bersedia ke negeri-negeri lain bagi mempercepatkan operasi menyelamat dan bantuan kecemasan di lapangan.
Kerajaan turut menggerakkan Skuad Ihsan MADANI ke semua kawasan terjejas untuk membantu menguruskan kebajikan mangsa banjir di hampir 100 pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka di tujuh negeri.
Saya menyeru penduduk di kawasan berisiko untuk kekal waspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa, terutama apabila diminta segera berpindah. Keselamatan keluarga harus menjadi keutamaan.
Dalam tempoh yang sukar dan mencabar ini, saya mendoakan agar semua mangsa banjir dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dilindungi daripada sebarang kemudaratan. Semoga kita semua dipermudahkan dalam menghadapi ujian ini.
ANWAR IBRAHIM
Foto: PDRM
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#IhsanMADANI
Respon & Sanggahan pada Ucapan Dasar Presiden PAS: Seruan ‘Kembali pada Islam’ dan Tuduhan Jahat pada Malaysia Madani
Tonton juga di TikTok:
https://t.co/o2iEJabkKg
Masih ada yang dok ratib konon Najib kena fitnah dan sekarang Allah balas balik 🤣
Walaupun hakim2 dah jatuh hukuman dan Najib duduk di penjara sebab duit rakyat masuk akaun sendiri.
Walaupun 1MDB disiasat dan wang disita di akaun-akaun sulit di negara-negara lain.
Walaupun pendedahan saya mengenai Tabung Haji, Felda, MARA dibuktikan benar dan kerajaan/rakyat kini menanggung puluhan bilion kerugian.
Nak sokong Umno boleh, itu hak masing-masing.
Tapi nak tilik perancangan Allah dengan meletakkan Najib seperti wali selepas satu dunia dah tengok penyelewengan dan kerosakan, itu memalukan Malaysia, Melayu, keluarga dan diri sendiri.
Moga Allah buka pintu hati orang macam ini untuk menggunakan akal yang Allah bagi.
Ada pihak cuba menyebarkan penipuan dan naratif palsu kononnya rakyat terbeban dengan pelaksanaan semula tarif elektrik. Ya, tarif naik tetapi bil elektrik turun untuk majoriti rakyat. Hakikatnya 85 peratus pengguna dikecualikan, dan kos elektrik keseluruhan menurun 19 peratus, daripada 55.95 sen/kWj kepada 45.40 sen/kWj.
Seluruh jentera penjawat awam dan agensi berkaitan harus bersama memperkukuh penerangan dasar-dasar ini agar fakta sebenar tidak terus ditenggelami oleh fitnah dan putar belit.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Bising dalam group WhatsApp hari ni. Ketua Polis Negara baru tu orang PKR. Maka berbakul2 makian dibuat oleh warga net. Dalam WhatsApp punya berlambak.
Bila saya baca, saya pelik. Bila masa pulak lah penjawat awam boleh masuk parti? Siap declare dalam CV. Biar betik? Bukankah ada larangan jelas dalam Peraturan. Takkan lah sebegitu sekali?
Selidik punya selidik, true enough. Rupanya CV dia copy and paste. Copy CV Speaker Johari Abdul yang dibuat terdahulu. Sampai Sinar Harian pun keluar kenyataan ralat dan minta maaf.
Tapi sudah terlajak kata.
Seorang kakitangan UiTM sebab terjebak dengan emosi, terus percaya apa yang ada, dicarutnya KPN, PM serta Agong sekali.
Ini contoh kita terus pajak otak dengan berita. Tak kaji dan terus percaya.
Dengar cerita sedara ni dah kena angkut. Silap hari bulan boleh sangkut.
Tu sebab ramai berpesan. Jangan lah taksub sgt dengan politik ni. Sampai Raja dan Agong pun anda maki. Kalau benda betul takpe lagi. Tapi kalau berita palesu kan ke tak berbaloi.
Bagi penyedia berita, bukan kali pertama. Kita pun dah tak tahu nak kata apa. Mungkin pada anda, standard la, kita dah minta maaf la…
Tapi impak nya, fitnah dah melata. Impak masa depan orang pulak kalau dia ke penjara.
Takkanlah setiap kali ya ampun semata? Heads must roll pula.
~LM~
Just a reminder, it was Israel that started the war against Iran.
It was Israel that occupied Palestine and destroyed Gaza
It was Israel that attacked Lebanon and occupied its South
It was Israel that destroyed Syria and occupied most of the Syrian territory.
It was Israel that attacked Egypt and occupied Sinai for 6 years.
It was Israel that attacked Yemen.
Israel is the one who dragged the US to strike and occupy Iraq.
Israel is the source of terrorism in the Middle East.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilhamd
Alhamdulillah, berkesempatan melaungkan takbir hari kemenangan tahun ini bersama-sama warga Pejabat Perdana Menteri dan anak-anak dari SMK Agama Kuala Lumpur serta Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP.
Semoga Ramadan dan Aidilfitri tahun ini meninggalkan kesan yang membekas di hati kita dengan mengangkat kekuatan rohani dan menjadikan kita lebih prihatin kepada nasib masyarakat yang tersisih serta terbiar.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#Aidilfitri2025
Anak kelantan, walaun² da bole tarik telinga lebai.. dengar ni!! Aku nak kelantan macam ni, maju.. ada daya saing sihat
Tak habis² dengan idea busuk memperbodohkan rakyat kelantan je.. fikir pasal kemajuan rakyat pun tak nak
Gaji nak.. puikkkk