Best kan bila ada Allah?
"Jujur, rasa tak mampu nak bertahan kat dunia ni kalau tanpa Allah. Walau dalam keadaan sorang-sorang sekalipun, kita tahu kita masih ada Dia. Terima kasih Ya Allah untuk segalanya."
Jangan tinggalkan doa ini selepas solat:
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, mensyukuri-Mu dan memperelokkan ibadah kepada-Mu.”
Inilah wasiat Rasulullah ﷺ kepada Muaz bin Jabal yang Baginda cintai. (HR Abu Daud)
Dalam dunia yang penuh kesibukan, tekanan, ujian dan keresahan, hati manusia sentiasa memerlukan tempat untuk kembali. Allah SWT telah menunjukkan jalan yang paling mudah, paling dekat, paling berkesan untuk menenangkan jiwa iaitu dengan mengingati-Nya. Perbanyakkan zikir walaupun sedikit, walaupun dalam kesibukan bekerja, memandu, berjalan atau berehat. Lidah yang basah dengan zikrullah akan membawa ketenangan kepada hati, kekuatan kepada jiwa, keberkatan dalam hidup.
Semoga Allah menjadikan kita daripada kalangan hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya dalam setiap keadaan.
#UstazWadiAnnuar #Zikrullah #TazkirahHarian #PenenangHati #MotivasiIslam #Dakwah #HayyDeen #JomBerzikir
Lahh dah kena take down ke
Baru nak tengok
Camana Industri Filem Malaysia nak maju kalau kena kritikan direct sikit terus take down
Tengok Hollywood atau Bollywood. Selamba badak je buat filem kritikan sosial.
TERKINI
Video dari Haroqs ini menjadi bukti yang Misi Global Sumud Flotila membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza
Bukannya takda bantuan langsung seperti Israel cakap dan paling penting takda Dadah dan Kondom seperti diorang cakap
Simpan bukti ini gais
Hati-hati dengan sifat hipokrit. Jangan hanya tunjuk baik depan manusia, tapi bila di belakang buat maksiat. Orang yang betul-betul baik akan sentiasa jaga diri walaupun tiada siapa melihat.
Jangan kita abaikan tiga pesanan emas yang ditinggalkan buat umat dikasihi:
1. Solat Duha pembuka rezeki
2. Puasa (sunat) tiga hari setiap bulan sebagai perisai diri
3. Solat Witir sebagai peneman sebelum tidur
Semoga kita terus istiqamah menghidupkan pesanan kekasih Allah ini dalam rutin seharian kita.
#ustazwadiannuar
Ajaib betul doa ni, pendek, tapi power. ✨
“Innahu min Sulaiman wa innahu Bismillahir Rahmanir Rahim”
Lembutkan hati yang keras. Baca, niat yang baik-baik, dan tawakal. Ego setinggi gunung pun boleh cair. InsyaAllah, Aamiin.. 😊🤲🏻
Tak solat subuh, rugi sepanjang hari. Tak solat Isyak, rugi sepanjang malam. Tak solat 5 waktu, rugi sepanjang usia. Semoga kita dapat menjaga solat kita dengan baik dan tidak tergolong dikalangan yang rugi. Aamiin..
Jangan bangga dengan apa yang kita capai hari ini. Boleh jadi ia datang daripada berkat doa ibu yang kita tak nampak.
Doa ibu ini tiada tandingan. Selagi mereka masih ada, hargailah. Kerana bila mereka tiada, hilanglah satu doa yang paling mustajab buat kita.
Sama-sama kita doakan Ustaz Dato’ Kazim Elias diberikan kesembuhan, semoga kesakitan ini menjadi penghapus dosa.
Setiap detik dan setiap ilmu yang disampaikan menjadi saksi perjuangan yang tidak ternilai.
بسم الله
شفاه الله وعافاه
لا بأس طهور إن شاء الله
أسأل الله العظيم رب العرش العظيم ان يشفيه
MALAYSIA PERKENALKAN DIESEL DARI KELAPA SAWIT
FELDA memperkenalkan minyak alternatif bernama B100 susulan krisis bekalan minyak ketika ini
Minyak itu sepenuhnya daripada kelapa sawit dan merupakan minyak biodiesel pertama di dunia tidak menggunakan elemen minyak fosil
Harga minyak B100 ini dianggarkan RM 4.40 seliter dan lebih murah dari harga diesel ketika ini sekitar RM 6.02 seliter. Pengeluaran Kelapa Sawit sebanyak 20 Juta Tan setahun membolehkan bekalan B100 diberikan cukup untuk keperluan Diesel rakyat Malaysia dari segi teorinya
Namun cabaran utama minyak ini ialah kapasiti pengeluaran yang tidak sebanyak minyak diesel dan permintaan yang rendah
FELDA mencadangkan agar Kerajaan mula memperkenalkan minyak ini di semua stesen minyak dan FELDA sendiri akan mula mengoperasikan minyak ini di semua kilangnya dan elemen logistiknya selepas selesai ujian selama 15 bulan dan 15,000 km perjalanan