Hati-Hati Modus ‘ATM Card Tak Boleh Guna’ Di R&R Nilai?
Tular di media sosial seorang lelaki dipercayai warga Arab didakwa meminta bantuan wang daripada orang ramai di BHP R&R Nilai dengan alasan kad ATM tidak boleh digunakan.
Menurut perkongsian seorang pengguna, lelaki itu memandu Honda CR-V hitam bernombor pendaftaran ANC 9909 dan mendakwa minyak keretanya sudah habis serta ingin pulang ke Johor bersama isterinya.
Mangsa berkata lelaki tersebut meminta wang dengan alasan tidak mempunyai duit untuk makan dan tidak dapat menghubungi khidmat pelanggan bank.
Namun apabila disarankan supaya mendapatkan bantuan di balai polis, lelaki berkenaan dilaporkan terus beredar dan cuba meminta bantuan daripada orang lain pula.
Lebih mengejutkan, ada yang mendakwa pasangan sama pernah dilihat melakukan perkara serupa di Melaka sebelum ini.
⚠️ Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan modus meminta wang di kawasan R&R dan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki sebarang penipuan.
📢 Pernah jumpa individu ini atau mengalami situasi sama? Kongsi pengalaman anda di ruangan komen.
Ya Allah, murahkanlah rezeki kami, rezeki seluas langit dan laut, rezeki yang tak pernah putus seperti air zam-zam. Permudahkan segala urusan kami. Aamiin.
Pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 ialah sebanyak 5.75 sen seunit mengatasi penanda arasnya, iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank, yang mencatatkan kadar purata 2.29%.
Jumlah pembayaran sebanyak RM10.4 bilion akan diagihkan kepada 11.4 juta pemegang unit merupakan jumlah pengagihan pendapatan tertinggi sejak penubuhan ASB menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB mencecah RM206.7 bilion
Pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2026 dan boleh disemak di myASNB mulai jam 12 tengah malam, hari yang sama.
Transaksi ASB di semua saluran akan ditangguh sementara dari 27 hingga 31 Disember 2025 dan dibuka semula bermula 1 Januari 2026 di myASNB dan 2 Januari 2026 di cawangan/ejen ASNB.
#ASNB #ASB #ASBDividen