Soal saya kononnya merajuk ditanyakan di Podcast YBM Episod 26.
Saya perhati satu penyakit lama yang tak pernah baik: bila parti jadi kerajaan, kita pakai “topi pemerintah” sahja. Kita tengok semua benda dari lensa kita. Lepas tu kita hairan kenapa rakyat tak ikut cara kita fikir.
Hakikatnya, rakyat tak ambil port pun drama dalaman kita. Rakyat bukan duduk kira “siapa merajuk”, “siapa narsisis”, “siapa betul”. Rakyat fikir satu benda: hidup dia makin senang ke makin sempit? Institusi negara makin elok ke makin rosak?
Sebab tu saya kata “survey” dan data tu penting. Mustahil kita nak teka apa dalam kepala 30 juta rakyat. Data sama ada “nationwide survey”, atau “big data sentiment”dia tolong kita keluar dari gelembung sendiri.
Satu lagi, tolonglah jangan main serangan peribadi macam “merajuk” ni sembarangan. Golongan muda yang tak melalui peristiwa 1998 mungkin tak nampak implikasinya. Kalau naratif “merajuk-narsisis” tu kita pakai balik kepada Anwar pada tahun 1998, lagi sedap orang tembak. “16 tahun dalam kerajaan, tak pernah bangkang… tiba-tiba reformasi?” Itu dialog yang saya dengar masa muda dulu.
Sebab jawapan saya dari dulu sampai sekarang sama: "this is not about Anwar Ibrahim the person". Ini pasal keruntuhan kredibiliti institusi bila kuasa digunakan untuk selesaikan saingan politik. Kalau benda itu boleh dibuat pada seorang TPM, tidak ada seorang pun selamat.
Sekarang Anwar jadi PM, lagi besar tanggungjawab dia untuk dengar teguran supaya reformasi yang kita jerit sejak 98 tu bukan tinggal slogan. Kalau PKR/PH pilih budaya defensif, tak jawab isu, tak betulkan kelemahan, pergi serang orang, itu jalan Najib dulu.
Cybertrooper, tangkap, saman, akhirnya? Kita tahu hujung cerita.
Malah, jangan juga silap, sesuatu isu jadi besar bukan sebab saya. Dia jadi besar sebab isu itu dekat dengan rakyat, sebab ada rakyat yang memang fikir benda sama, cuma tak ada medium.
Jadi ini bukan soal “Rafizi merajuk tak merajuk”. Ini soal kerajaan dan kalau terus lari dari masalah, malapetaka lain pula akan datang. Dua tahun sebelum Parlimen bubar pun boleh hangus kalau strategi politik masih “sangat-sangat ke laut”.
The Attorney General’s claim that a “full pardon from the King means the Anwar “ has never committed any wrong doing or free of any wrongdoing” is both legally unsound and contrary to common sense. At best, a full pardon under Article 42, read with Article 48 of the Federal Constitution, operates to remove the legal disqualification from serving as a Member of Parliament. (This is a debatable point in itself)
It does not and cannot erase the fact of a conviction or overturn the court’s finding of guilt.
In R v Foster [1985] QB 115, the English Court of Appeal made clear that the royal prerogative of mercy “does not overturn the conviction; it only relieves from the consequences of that conviction.” Similarly, in Horwitz v United States 63 F.2d 706 (1933), the U.S. Court of Appeals held that “a pardon is not a declaration of innocence; it is an act of forgiveness which presupposes guilt.” The Canadian Supreme Court in R v Strong (1869) 1 SCR 202 affirmed that the legal record of conviction remains intact despite a pardon.
A prerogative of mercy under Art 42 is distinct from a prerogative of justice: the former forgives the penalty, the latter overturns the verdict. The King’s pardon may restore political eligibility under Article 48, but it does not rewrite judicial history.
There is no established Malaysian or Commonwealth authority supporting the proposition that a pardon transforms a convicted person into one judicially recognised as innocent.
𝗖𝗔𝗞𝗔𝗣 𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗥𝗨𝗣𝗔 𝗕𝗜𝗞𝗜𝗡
1. Saya tidak curi duit, tetapi ada orang yang tuduh saya curi berbillion ringgit duit Kerajaan.
2. Yang menuduh sehingga sekarang tidak dapat bukti saya curi duit.
3. Saya bagi masa untuk tunjuk bukti
4. Diminta dua minggu untuk tunjuk bukti
5. Sekarang lebih satu tahun, tidak tunjuk bukti.
6. Tuduhan ini adalah fitnah.
7. Kenapa fitnah saya?
8. Kerana benci saya…Wah sekarang jangan tunjuk benci, kata sipolan.
9. Tetapi kaki benci ialah orang yang suruh kita jangan cakap benci.
10. Cakap tidak serupa bikin.
11. Tidak dapat tanduk telinga dipulas.
12. Tidak dapat saya, kacau anak saya.
13. Jangan cakap seperti Nabi, buat seperti setan.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
23 September 2024
𝗚𝗢 𝗢𝗡 𝗟𝗘𝗔𝗩𝗘 𝗣𝗔𝗦
1. Zahid said PAS leaders under probe should go on leave.
2. But Zahid who was not just being probed but was actually charged and was being tried in court need not go on leave.
3. The trial was actually stopped.
4. And he becomes the Deputy Prime Minister.
5. That is today’s Malaysia. If you are charged in court, get yourself appointed as Deputy Prime Minister and the charges will be dropped.
6. You should not even be punished if you steal billions of Ringgits.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
10 September 2024
Unhealthy lifestyle is a topic in textbooks. Bahaya arak ada dlm buku Sains djh 4. So what's next : vernacular schools want to remove healthy lifestyles topic from textbooks?
How to promote healthy lifestyle through syllabus, when practices by Lembaga Pengelola is the opposite?
KAMPONG BHARU KEKAL SIMBOL KEMAJUAN ORANG MELAYU DI KUALA LUMPUR
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di JPM (WP) menjawab soalan lisan yang dibangkitkan oleh YB Arau pagi ini berkenaan status terkini projek pembangunan semula kawasan di Kampung Sungai Baru, Kampong Bharu.
Why Always Anwar and Fahmi?
It's getting boring that the newsmakers are the same people. PMX, and Fahmi Fadzil
Maybe Mat Sabu should announce when the government wants to lower the price of eggs. Not PMX. After all, Abang Mat is the one to announce the price increase later. PMX must not overshadow his Ministers. If he accepts the govt is a coalition govt, then he must give face to his partners
If Nga Kor Ming wants his Ministry to disseminate more information or propaganda, let him. Fahmi should not have the sole monopoly on propaganda
Fahmi is another fellow like Anwar. He always wants to be in the news. The Multi-Media Commission is meant to be an independent Commission, but Fahmi always makes all sorts of announcements, big and small. Parliament set up the Commission to regulate specific industries through experts and technocrats. Leave them alone
The power of the Minister is limited to determining broad policies and not deciding what contract goes to whom. Or how the MCMC Fund is to be disbursed. The Madani Ministers must learn to respect independent Commission like MCMC
tolak tepi Kerajaan wilayah & negeri yang dapat royalti petroleum, Kerajaan Negeri yang minta Kerajaan Persekutuan bagi % hasil kepada Kerajaan Negeri balik ni nak hard cash walaupun kalau ikutkan Kerajaan Persekutuan kembalikan hasil melalui pembangunan. Contoh negeri yang tinggi sumbangan KDNK kepada negara, Selangor, Penang, Johor setiap Rancangan Malaysia memang beratus bilion projek pembangunan untuk negeri-negeri mereka dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.
tu tak termasuk perbelanjaan mengurus yang bayar gaji penjawat awam Persekutuan macam cikgu, doktor, polis semua.
semuanya ikut senarai persekutuan, senarai negeri & bersama yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
dan memang tak dinafikan hasil Kerajaan Negeri yang dibenarkan untuk dikutip terhad kepada beberapa perkara dalam senarai macam tanah, air, galian bumi.
bila Kerajaan Negeri tuntut share hasil yang Kerajaan Persekutuan kutip, implikasinya macam-macam. tapi adakah Kerajaan Negeri sanggup juga ambil tanggungjawab dalam senarai persekutuan? biaya pembangunan & operasi sekolah atau hospital sendiri?
kalau minta duit sahaja tapi taknak tanggungjawab tambahan tak logik la Kerajaan Persekutuan nak kongsi hasil yang dikutip dalam bentuk tunai.
semangat federalisme kena diangkat. save for Wilayah Sarawak & Sabah yang ada hak masing-masing dalam MA63, negara kita terlalu kecil untuk buat devolution of power yang berlebihan kepada negeri-negeri. boleh baiki dan tambah baik cara Kerajaan berkongsi dan agihkan hasil.
Hari ini 57 tahun yang lalu, mata wang Ringgit mula digunakan secara rasmi sebagai mata wang baharu Malaysia.
Terma 'ringgit' sebenarnya sudah digunakan sejak lebih 500 tahun lalu, apabila Portugis tiba di tanah ini memakai mata wang dolar Sepanyol. Namun orang tempatan memanggilnya ringgit, yang bermaksud bergerigi, kerana bentuk duit syiling Sepanyol yang begitu.
Apabila menjadi tanah jajahan British, mata wang Tanah Melayu pada asalnya adalah Dolar Selat, kemudian menjadi Dolar Malaya pada 1938 & Dolar Borneo British apabila pentadbiran Sarawak, Borneo Utara (Sabah) & Labuan diambil alih oleh British.
Selepas pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963, mata wang Dolar masih dipakai. Namun apabila Singapura & Brunei keluar daripada gagasan itu membentuk negara sendiri, masing-masing menggunakan mata wang sendiri & Malaysia bertukar kepada Ringgit.
Pada 29 April 1967, Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin mempersembahkan rekaan mata wang baharu yang hadir dalam lima denominasi iaitu $1, $5, $10, $50 dan $100, begitu juga syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Wang baharu yang ditempah dari London tiba di Port Swettenham (Pelabuhan Klang) pada 17 Mei, dengan kawalan ketat melibatkan 19 kenderaan tentera ia kemudian dibawa ke Pejabat Mata Wang Bank Negara Malaysia di Batu Tiga, Shah Alam & disimpan di situ sebelum diagihkan.
Sehari sebelum digunakan secara rasmi, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ismail Mohd Ali mempersembahkan album set wang Ringgit pertama bernombor siri A00001 kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Lambang M$ digunakan pada awalnya sebelum ditukar kepada RM pada 1 Disember 1992. Di peringkat antarabangsa, Ringgit Malaysia diwakili dengan kod MYR.
Gambar: Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin menunjukkan set wang kertas Ringgit, diperhatikan Gabenor Bank Negara Tan Sri Ismail Mohd Ali.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, The Straits Times, Iluminasi
#PeristiwaHariIni
𝐊��𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇
1. Johor adalah negeri yang pertama menandatangani Perjanjian MacMichael menyerah Johor kepada British dan hanya masalah pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja yang dikuasai oleh Raja.
2. Perjanjian itu dapat dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu bergabung dalam satu pertubuhan yang dinamakan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) dan membantah serta menolak perjanjian MacMichael dan Malayan Union.
3. Demikianlah apabila semua orang Melayu dari semua negeri-negeri bergabung British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka.
4. Tuntutan orang Melayu ialah Persekutuan Tanah Melayu mengganti Malayan Union.
5. Raja-Raja pun dikembalikan sebagai Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) dalam Demokrasi Berparlimen.
6. Demikian sejarah. (Semua ini terdapat dalam verbatim report berkenaan Malayan Union keluaran British Archives)
𝐃𝐑 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐓𝐇𝐈𝐑 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃
12 Jun 2024
Bangsa Johor
The idea of Bangsa Johor being an autonomous partner of the federation like Sarawak is brilliant. Johor then may consider a special relationship with Singapore, in which Johor will benefit from modern and sophisticated govt policies Singapore is known for
We should not stop there. Melaka and Penang ( the former Straits Settlements) would also be better off making a similar move. They can then apply to have a special relationship with the United Kingdom. They might even get a British passport
Not to be outdone, Kelantan Terengganu Kedah and Perlis should also be independent blocks. They should do a tie-up with Thailand. That way, tourism will flourish, not to mention improvements in quality rice production
The dissatisfaction with the Madani government is manifestly clear. New radical alternative ideas sprout every day. Disputes on the boundaries between the Peninsular with Sabah and Sarawak are still unresolved. The MA63 Agreement will not be quickly resolved, and it will result in prolonged disputes
So, let’s examine the country's entire structure from A to Z. The Madani government can’t resolve this on its own.
Ramai pula bangsa anti bank Islam guna hujah Sdra Junaid Wahed Investment ini untuk menegakkan hujah bahawa perbankan Islam riba.
Sepanjang saya tonton video tersebut, beliau tak ada pun mengatakan perbankan Islam haram dan ulama menghalalkan riba melalui perbankan Islam.
Memang dia kritik sistem yang ada dalam perbankan Islam tapi tidaklah sampai mengharamkan perbankan Islam sebagaimana bangsa anti bank Islam selalu kata.
Sdra Junaid mengatakan bahawa perbankan Islam oxymoron kerana aktiviti memberi hutang tidak boleh diislamkan. Boleh cari video penuh beliau di Channel YouTube Keluar Sekejap.
Bagi saya ok ok sahaja kritkan tersebut. Saya pun pernah terlibat dalam diskusi seumpama itu dan ia berjalan dlm keadaan matang dan harmoni.
Jauh sekali dengan hujah bangsa bank Islam yang menolak terus perbankan Islam dan mengatakan ia ada riba dan haram.
Lebih pelik lagi daripada kalangan geng forex tapi jadi bangsa anti bank Islam, sebab nak haruskan forex trading.
Dan lagi-lagi pelik, ada daripada kalangan mereka memang bersungguh-sungguh nak menjatuhkan bank Islam dan menggunakan perbankan konvensional yang tiada khilaf ia haram.
Alasan mereka, lebih bank konvensional yang confirm riba berbanding riba bank Islam yang berselindung di sebalik label Islam.
Alhamdulillah, Sdra Junaid menghormati pandangan daripada alim ulama kerana dan yakin mereka berijtihad dengan segala ilmu berdasarkan Quran dan Hadith. Tidak seperti bangsa anti bank Islam, yang berhujah tanpa landasan ilmu, dan menuduh alim ulama perbankan Islam menghalalkan riba.
Perbankan Islam tidak sempurna. Sebagai makhluk, perbankan Islam ada banyak kelemahan dan sentiasa ada ruang tambah baik. Dan kita sebagai Muslim, wajib menyokong perbankan Islam yang patuh syariah sebagai alternatif bank konvensional.
Tidak setuju? Tiada masalah. Nak kritik? Tiada masalah.
Yang jadi masalah ialah mengfitnah industri bank Islam. Mengfitnah para alim ulama perbankan Islam menghalalkan riba.
Jika ada model kewangan Islam yang lebih baik daripada perbankan Islam, tubuhkan sebagai alternatif kepada bank Islam hari ini.
Tak semestinya tubuh bank. Boleh tubuh atas nama koperasi yang tidak sekomplikated bank.
Saya yakin jika koperasi yang ditubuhkan oleh bangsa bank Islam menawarkan pinjaman qardhul hasan tanpa riba, saya yakin berpusu-pusu umat Islam meninggalkan bank Islam dan memberi sokongan kepada koperasi berkenaan.
Saya akan jadi pelanggan pertama, nak pinjam 1 juta dan bayar balik 1 juta dalam masa 30 tahun dan hari-hari saya promote kepada para followers. Ini janji saya sebagai tanda tanda sokongan.