Kepada sesetengah isteri.
Sudah-sudahlah tu suka gunakan ayat
“Isteri cerminan dari suami, isteri jahat sebab suami jahat” yada2.
Tu haa! isteri Firaun bernama Asiah tu!
Firaun tu antara raja segala kejahatan, Asiah tak jadi jahat pun macam dia.
Kau je taknak ngaku salah.
Seberat mana pun dunia ini menguji, selagi isteriku di pihakku, aku akan tetap teguh berdiri. Kerana di sisi dia, aku temui kekuatan. #artorotisemy#isteriku
Rezeki itu bukan hanya pada wang atau harta. Kadangkala, ia hadir dalam bentuk seorang isteri yang penuh pengertian, sabar melayan hati, dan setia menyayangi dalam suka dan duka. Itulah nikmat dan anugerah yang tak ternilai dari Allah SWT. #artortoisemy
Aku bagi gaji dekat staff lelaki aku tinggi sikit sebab
Orang lelaki bila dapat duit, itu bukan duit dia
Itu duit:
•diri dia
•mak ayah dia
•isteri dia
•anak-anak dia
•adik-adik dia kalau perlu
•hutang dia
•zakat dia
Rezeki tu datang sekali dengan amanah.
Sedikit nasihat guys.
Perempuan kalau ego, kau jgn rendahkan ego, sebab ego dia akan lebih meninggi. Kau kena didik dgn ketegasan yg matang. Sebb perempuan ni bersifat bengkok. Makin lama makin menyimpang kalau tak diluruskan. Perlu ada seseorang yg dia perlu taat dan turuti.
POV Perempuan.
Situasi 1: Jika pengantin Perempuan batalkan majlis kahwin last minute
👩🏻 "Ada lah tu salah laki tu buat apa² sampai tak jadi kahwin".
Situasi 2: Jika pengantin Lelaki batalkan majlis last minute.
👩🏻 "Tak guna punya lelaki #%£%×^#".
Demikian lah wanita.
Kuatnya seorang lelaki. Majlis perkahwinan dibatalkan oleh pihak perempuan pada saat akhir. Majlis tetap diteruskan tanpa pengantin perempuan.
Power brother power. Stay strong. Life goes on💪
🎥 : demflacco
[Posting panjang] Kronologi Pendedahan Isu GISB:
1. Mangsa² mengadu pada Mufti Perlis, kemudian Mufti sampaikan pada org awam utk berhati-hati, dan mengkritik tindakan zalim oleh GISB.
2. Mufti Perlis konsisten dlm ceramahnya mengkritik kumpulan ini dlm beberapa siri kuliahnya selama sebulan lebih.
3. Tiada tindakan oleh pihak berkuasa, kerana disyakki ada unsur rasuah utk senyapkan kezaliman dlm GISB.
4. Pendedahan oleh beberapa page Anon di FB, Caprice dan influencer juga hanya viral sahaja tanpa ada campur tangan daripada pihak berkuasa lagi.
5. Melihat penipuan dan putar belit yg berlaku oleh pimpinan GISB, sy contact Team Fahmi Fadzil utk gunakan segala connection yg dia ada utk tgk isu ni secara serious.
6. Di masa yang sama, kami beri tekanan pada Menteri Agama secara terbuka dan tertutup utk ambil serious akan perkara ni.
6. PTTK Fahmi contact Datuk Ayob utk masuk campur.
7. Dalam masa 5 hari siasatan berjalan, hari ini sahaja kita digemparkan dengan kisah pelajar diajar meliwat dan diliwat. Gila. Ini baru kes jenayah seksual, belum siasat jenayah² lain.
8. Terima kasih pada semua yg terlibat dan konsisten utk mendedahkan kezaliman dan menegakkan keadilan. Semoga mangsa berani tampil utk mendedahkan lagi hal ini. Rakyat bersama kamu.
9. Kepada "Orang² Besar" JAKIM, "Ustaz² Selebriti ASWAJA", Para MUFTI² yg lain, kenapa membisu sekian lama dan sangat lambat bertindak? Tak rasa berdosa ke bila tidak menjalankan amanah dgn baik?