Semoga dalam lelap matamu pejam, rindumu padaku tidak akan padam. Dan semoga di jagamu nanti, hatimu masih mahu memilih aku - sepertimana hatiku yang akan selalu mahu memilih kamu.
Terpisah jarak barangkali hanyalah perihal siapa yang sanggup berbesar hati untuk memberi kepercayaan dan siapa yang mampu menguatkan hati untuk menjaga kepercayaan. Berilah dan jagalah kepercayaan itu sebesar kamu berharap pada pasanganmu untuk melakukan hal yang sama.