Pleased to share with you guys yang alhamdulillah jualan produk Khairulaming untuk tahun 2024 mencecah RM 42 Juta, iaitu peningkatan sebanyak 110% dari tahun sebelumnya (RM 20 juta).
Untuk tahun 2025 fokus kita adalah untuk expand ke kilang ketiga di Kelantan, keluarkan produk ketiga dan expand lagi team livestream. Thank you guys for your support, alhamdulillah sekarang dah masuk tahun ke-5 kita berniaga. Harap boleh expand lagi untuk tahun-tahun akan datang 🤲🙏🏻
Selalu kita dengar cerita tak best pasal Mahkamah Syariah kan.
Ha ni baca cerita best dari mahkamah syariah. RT macam korang rt cerita-cerita tak best tu.
Ni hakim LELAKI ya sekolahkan si suami
Misi Backpacker Malaysia - Madinah Tercapai!
Alhamdulillah, selepas 30 hari, 7 negara, 10 train, 3 bas dan 2 plane, kami selamat sampai ke bumi Madinah!
Plan asal kami adalah untuk backpacking sepenuhnya melalui jalan darat ke Madinah, tetapi…
Kalau di Jepun, tak payah tunggu siasatan, tak sampai sejam mereka yang bersalah dah mengaku salah dan ramai-ramai minta maaf di sidang akhbar sambil tawar pampasan dan terus diambil tindakan. Di Malaysia lain caranya. Kena tunggu siasatan selesai tahun depan baru ada closure.
Hari yang ke-547.
Dalam bulatan itu bukan burung.
Tapi tubuh manusia yang melayang selepas dibedil Z.
Lebih tinggi daripada kepulan-kepulan asap.
Dengan suara-suara jeritan yang tak sempat didengari.
Dan tubuh-tubuh ini takkan dapat dikenal pasti lagi.
Tiada nama. Tiada wajah.
Hilang dalam puluhan ribu lagi angka kematian.
Ingatlah bahawa mereka ini bukan statistik.
Mereka ialah manusia yang punya cerita dan derita.