Tun Mahathir has one consistent hobby in his long life! That is asking Prime Ministers to resign.
From Tunku Abdul Rahman to Anwar Ibrahim, he’s basically the "permanent opposition leader" regardless of who's in power (except when it's himself, of course).
But it really got serious after he "retired" and passed the baton to the late Pak Lah. Since then, every PM has been given the same retirement advice!...step down, you're not good enough.
• Pak Lah? Sleepy.
• Najib? Corrupt.
• Muhyiddin? Illegitimate.
• Ismail Sabri? Puppet.
• Anwar? Dictator-in-the-making, apparently.
It's as if only one man is ever qualified to lead this country and he’s on repeat mode.
We should give Tun a new official title: Prime Minister Emeritus of Criticism & Comebacks.
Still, in all seriousness...Malaysia needs to move forward. Leadership isn't about being immortal, and criticism isn't leadership. Legacy should inspire the future, not haunt it.
ABANG BAS
Internet terbahagi dua. Geng X and IG kongsi video Abang Bas yang pada mereka ada elemen “sexual grooming”.
Bani Tiktok pula majoritinya membela Abang Bas, mengatakan dia teraniaya. Setakat ada crush dengan budak remaja, dan pegang2 anak sedara apa masalahnya. ”Nampak sgt ramai orang dengki pada dia”.
Saya mencari tiktok Pemandu Bas berumur 24 tahun ini. Selepas ditahan semalam, terus akaunnya dipadam. Makanya saya hanya bergantung dengan video2 yang dikongsi ramai.
Ada tular suatu video yang dia pegang bibir, muka dan cium anak sedara sendiri. Bukakan tudung ketika tidur. Rakamkan segalanya untuk tayangan umum.
Itu tak jadi isu pada mulanya.
Namun setelah tular video kedua, beliau buat caption dia “crush” dengan pelajar sekolah rendah, tu yang buat internet bergegar. Sampai kena reman dia semalam.
Saya baca segala komen. Ada yang menghentam, ada yang membela. Ada yang kata apa masalahnya? Ada juga komen2 yang berbaur paedophile. Buat kita membaca pun seram.
Komen saya untuk video pertama, biarpun nampak harmless, dia pegang2 anak sedara. Buka tudung ketika tidur. Angkat dan cium2. Yang menjadi isu, perkara itu dirakam untuk tantapan umum. Membuka ruang imaginasi “buaya kanak2” atau paedophile, ketika melihat video itu.
Video kedua pula, dah terang lagi bersuluh, beliau ada hati dan memerhati seorang kanak2 bawah umur. Tayangkan gambar kanak2 pula untuk tatapan public. Ini yang tak boleh.
Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak2 2017 dengan jelas dan nyata sudah tetapkan.
Dalam seksyen 15 (a)(ii) mana2 orang yang membuatkan kanak2 menunjukkan badan (ie buka tudung) supaya boleh dilihat oleh orang lain. Dalam seksyen 15(a)(iii) pula nyatakan sesiapa yang memerhati secara kerap mana kanak2, boleh melakukan suatu kesalahan bawah Akta.
Ini suatu bentuk amang seksual bukan fizikal yang merupakan kesalahan jenayah. Boleh hukum penjara 10 tahun dan denda RM20 ribu.
***************
Ada yang kata, itu bapa sedara la. Biasa la tu.
Benda ini yang kita kena tahu. Kes2 amang seksual ini majoritinya dilakukan oleh keluarga terdekat yang dikenali oleh kanak2.
Itu sebab bawah Seksyen 16, ada tambahan hukuman 5 tahun penjara kalau kesalahan dilakukan oleh mereka yang memegang amanah. Ini termasuk kaum keluarga terdekat, penjaga dan guru. Kerana amanah mereka dengan kanak2 yang mereka jaga lagi tinggi dan kalau dilanggari wajar dihukum lagi teruk lagi.
Saya harap dengan kes ini akan membuka mata awam. Biar kita biasakan benda yang betul. Jangan kita betulkan benda yang biasa.
Moga anak2 kita sentiasa terjaga dari buaya2 jelik di luar sana.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
RUSIA: LOVE & HATE
Rusia dan Malaysia punya hubungan diplomatik sejak 1968. Ada titik putih dan hitam. Bermula ketika Perang Dunia Pertama, kapal Rusia tenggelam di perairan kita, ada nelayan tempatan yang membantu. Mereka sudah kenal dan hargai kita sejak itu.
Bila mereka cuba menjajah Afghanistan, Malaysia menyebelahi negara Islam. Makanya kita boikot Sukan Olimpik di Rusia tahun 1980. Di tika pasukan bola kita kalahkan Korea dan layak masuk perlawanan.
Ketika hendak hantar angkasawan Malaysia. Kita tak hantar mereka ke Amerika. Kita mintak tolong Rusia. Makanya kita letak orang kita di angkasa, atas bantuan mereka jua.
Tahun 2014, MH17 jatuh terhempas di jajahan Ukraine. Majoriti orang Malaysia yang terkorban nyawa. Mahkamah putuskan yang bersalah tertembak pesawat kita ialah orang Rusia. Kita saman untuk pampasan pula.
Tambah lagi, Rusia menjajah Ukraine, Malaysia bangkit menyangkal dengan lantang. Beberapa kali di pentas dunia, PM dan Bekas PM kita bersuara.
Love and hate relationship dengan Rusia sudah lama.
Tapi inilah dinamika geopolitik dunia. Di kala kuasa Amerika makin merudum, China dan Rusia secara bersama dikatakan akan menjadi kuasa dunia baru.
Tambah mereka dengan lantang dan selamba, membantai Israel-Amerika, mengenai isu Palestin. Mendekatkan mereka lebih dengan negara Islam dan OIC.
Saya ikuti perkembangan lawatan PMX ke Rusia baru2 ini. Dari awal mula sampai, perbincangan dua hala dengan Putin hinggalah ke forum terbuka sepentas dengan Putin dan Naib Presiden China.
Truth be told, we are watching another Muslim World leader in the making. Baru 22 bulan jadi PM, sudah begini diterima oleh Rusia dan China. Kalau diberi masa dan exposure. Boleh same league dengan Tun Mahathir dalam 22 tahun memerintah.
Yang pasti, prestasi beliau di pentas dunia, jauhlah meninggalkan PM8 dan PM9. PM yang takut bertemu media antarabangsa. Macam mana la nak berdepan kuasa besar dunia. Nasib baik tempoh PMnya singkat sahaja.
*****************
Kalaupun anda membenci PMX, kena ingat yang hadir sepentas dan bertepuk tampar dengan Presiden Putin minggu ini, bukan Presiden Pakatan Harapan atau Parti Keadilan.
Yang beri ucaptama dan menerima tepukan gemuruh pemimpin dan penonton antarabangsa, beliau adalah Perdana Menteri Malaysia: DS Anwar Ibrahim.
Kalau pun sakit mata, kunci sajalah mulut dan jari anda. Beliau membawa obor negara, tak salah kita tumpang berbangga.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Nota kaki: Saya akan kupas prestasi PMX di Rusia dalam posting selepas ini.
Sedihnya. 13 tahun kahwin, dapat anak pertama… maut di tangan pengasuh!
“Dia (pengasuh) bedung anak saya, sumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup dengan bantal”.
Menurut Umar al-Khattab, hati kita ada masanya sangat bersemangat dalam beribadah. Ada masa hati akan jadi lemah dan longgar dalam beribadah. Maka apabila sedang bersemangat, banyakkanlah amalan sunat. Apabila sedang lemah, kuatkanlah amalan wajib. [Madarij al-Salikin 3/542]