Esok 16.06.26 adalah akhir tahun bagi Tahun Islam 1447H sebelum kita memasuki tahun baru Islam 1448H. Jadi, esok lepas solat Asar boleh mula baca doa akhir tahun dan baca doa awal tahun selepas waktu Maghrib ya. 😊🙌🏻
Doakan orang lain bahagia, kita juga akan bahagia. Doakan orang lain jadi baik, kita juga akan jadi baik. Doakan orang lain berjaya, kita juga akan berjaya.
Berdoalah yang baik-baik, lakukan hal-hal baik. Percaya dan yakinlah, Allah akan hadirkan yang terbaik untuk diri kita.
Allah tahu kau sedih. Allah tahu kau penat. Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. Cukup bersujud tanpa perlu mengatakan apa-apa, Dia tahu apa yang menjadi masalahmu.