Anggota Dewan Rakyat Malaysia, Syed Saddiq:
"Cuma telepon Presiden tidak cukup. We need to do more."
"Harus kirim nota diplomatik tegas bersama ASEAN, terutama Singapura. We must have a very clear diplomatic protest."
Kalau masih setengah hati, jerebu akan terus datang.
7. Tetapi sebaliknya kalau kita berusaha mengawal diri, kita akan dapat ganjaran yang jauh lebih besar.
Syurga.
Nabi kata, "Aku jamin sebuah rumah di pinggiran syurga, bagi orang yang meninggal perdebatan, walaupun dia di pihak yang benar."
[Sunan Abi Daud 4800]
Wahai kaum isteri. Ni saya nak bagitau rahsia suami.
Kalau suami mengadu stress kerja or anything, means dia serius.
Please give your attention to help. Isteri ialah orang paling suami percaya tau.
If masalah dia kecil, biasa dia boleh je simpan sendiri & try settle.
Anyway sekadar tambahan, hadith ni sebenarnya ada 2 sudut, iaitu kematangan emosi dan juga teguran yang perlu pada masa dan tempat seperti yang dicontohkan oleh Nabi SAW.
Benar, ibu kita Aisyah RAH pun tak terlepas daripada perasaan cemburu (dalam kes ini, terhadap Ummu Habihah RAH) sehingga berlaku peristiwa sedemikian sebagaimana yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari.
Cuba bayangkan kejadian itu berlaku di rumah Nabi SAW di hadapan para sahabat yang jadi tetamu baginda. Kalau kena pada kita, confirm kita akan kata perbuatan itu tidak manis dan memalukan sebagai tuan rumah.
Tapi Nabi SAW menghadapinya dengan begitu tenang sekali, tak marah-marah dan hanya berkata:
غَارَتْ أُمُّكُمْ
“Ibu kamu sedang cemburu”
Kemudian, bandingkan pula dengan satu lagi sudut yang lain. Dimana dalam Musnad Imam Ahmad ada diriwayatkan kisah yang hampir serupa cuma ketika itu ibu kita, Sofiyyah binti Huyay RAH mengirimkan seorang hamba perempuan membawa makanan kepada Nabi SAW. Lalu ibu kita Aisyah kata:
فلما رأيت الجارية، أخذتني رعدة حتى استقلني أفكل، فضربت القصعة، فرميت بها. قالت: فنظر إلي رسول الله صلى الله عليه وسلم، فعرفت الغضب في وجهه
“Apabila aku melihat hamba perempuan berkenaan yang membawanya, aku menggigil kerana cemburu sehingga hilang pertimbanganku. Lalu aku memukul bekas makanan itu hingga tercampak.
Rasulullah SAW memandangku, dan aku dapat melihat kemarahan pada wajah Baginda. Aku pun berkata:
أعوذ برسول الله أن يلعنني اليوم
‘Aku berlindung kepada Rasulullah agar Baginda tidak melaknatku pada hari ini.’
Baginda membalas tegas,
أولى
‘Memang patut (engkau bimbang begitu)’
Lalu Aisyah bertanya Nabi SAW,
وما كفارته يا رسول الله؟
‘Apakah penebus kesalahannya, wahai Rasulullah?’
Baginda menjawab,
طعام كطعامها، وإناء كإنائها
‘Makanan yang sama seperti makanannya, dan bekas yang sama seperti bekasnya.’”
Demikianlah didikan Nabi SAW. Kesalahan perlu ditegur, namun air muka ahli keluarga terutama isteri apabila dihadapan orang lain perlu dijaga. Setiap kata-kata ada tempatnya, ada masanya. Bukanlah juga lesen kepada para isteri untuk menangkan emosi pada setiap keadaan terhadap suami.
Rumah tangga Nabi SAW juga seperti rumah tangga insan lain. Ada ketika ketawa, ada ketika menangis, dan tak terlepas daripada asam garam kehidupan berlaki bini. Pun begitu, Nabi SAW pesan juga pada para suami,
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي
“Sebaik-baik diantara kamu ialah mereka yang paling baik kepada isterinya, dan Aku adalah orang yang paling baik terhadap isteri ku.” (Ibn Majah)
Tiada rumah tangga yang paling baik melainkan rumah tangga Nabi SAW. Cantik sebenarnya jika kita baca dan kaji sirah dengan telititi, sekaligus kita meletakkan kebenaran melebihi sangkaan kita.
Semoga Allah pandu kita dalam interaksi kita sehari-hari sesama ahli keluarga kita.
Ada masa kita ada masalah, orang pertama yang kita cari ialah manusia.
Kita mesej kawan. Kita tanya ustaz. Kita minta pandangan orang yang kita percaya.
Tak salah.
Cuma jangan sampai kita terlupa kepada Dia yang benar-benar mampu mengubah keadaan.
Saya tertarik dengan satu perkongsian Dr. Kamilin Jamilin tentang tahajud dan qiamullail.
Kalau sedang buntu, cuba kembali kepada malam.
Bangun sekejap ketika orang lain sedang tidur. Ambil wuduk. Solat. Baca al-Quran. Berdoa.
Tak perlu ayat yang panjang-panjang pun.
Ceritakan saja kepada Allah apa yang sedang kita rasa.
Kadang-kadang kita terlalu fokus mencari jawapan, sedangkan yang kita perlukan terlebih dahulu adalah kembali rapat dengan Pemilik segala jawapan.
Kredit: Dr. Kamilin Jamilin.
Bab kahwin, nafkah, cerai ni antara bab saya akan elak sepenuhnya untuk post, ulas dan komen.
Saya hanya fikir bahawa tips perkahwinan ini berbeza setiap orang. Bergantung kesepakatan antara pasangan tersebut.
Kalau ada satu pasangan berkongsi bagaimana hubungan mereka berfungsi, peraturan rumah, siapa memasak, siapa sidai kain, siapa itu dan ini, tidak bermaksud ia berfungsi untuk pasangan kita.
Kita lebih mengenali pasangan kita, dalam dan luar termasuk tanggungjawab dia di dalam dan diluar rumah, kesibukan dia, komitmen pada ahli keluarga lain.
Saya sarankan juga untuk pasangan elakkan terlampau berkongsi setiap apa yang berlaku dalam rumah tangga. Di samping kita menghargai niat baik, tetapi orang lain boleh mentafsirkannya dengan cara salah.
Dengan kata lain, dia menggaggap apa yang dialami pasangam tersebut ialah satu-satunya kayu ukur kebahagiaan rumah tangga.
Cukuplah dengan kita ikut autoriti agama dan yang berkenaan dalam memberi hukum, begitu juga tips.
Semoga hubungan keluarga kita lebih tenang.