Hentian bas dirobohkan, pakcik terpaksa tunggu bas di celah peti elektrik dalam hujan.
Oktober: Hiyaz Community cuci dan baiki hentian bas berhampiran KB Mall sebagai persiapan tengkujuh.
23 November: hentian sudah tiada, pengguna berteduh di bumbung peti elektrik.
'Ibu sangat teruja nak sambut hari lahir, rancang untuk memasak mi goreng buat jamuan malam'
Ibu maut kemalangan selepas beli bahan masakan sambutan hari jadi anak
#sinarharian#kemalanganmaut#tular
https://t.co/Tf8GFeQ8xj
Sebuah syarikat penyembelihan dan pemprosesan ayam serta empat individu didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini, atas kesalahan memperdaya orang ramai dengan membuat representasi bahawa ayam yang dibekalkan adalah halal atau boleh dimakan oleh orang Islam.
Ia susulan serbuan pihak berkuasa yang merampas lebih 6.5 tan metrik ayam mentah bernilai RM85,400 serta mengesan penggunaan kaedah renjatan elektrik menerusi rendaman air dalam proses penyembelihan.
#BuletinTV3 #Halal #Palsu #Ayam
Berita penuh di https://t.co/4tIX5u8QuR
NASIONAL | Polis sedang mengesan seorang pemandu Perodua Myvi yang dipercayai melarikan diri selepas kenderaan itu merempuh sebuah motosikal sebelum mangsa digilis dua kenderaan lain di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), malam tadi.
#BuletinTV3#Maut#Gilis#Myvi#PLUS
Berita penuh di https://t.co/GxhCZGzyio
Betul-betul kawasan kemalangan lah di sini. Kali ini kemalangan melibatkan lori terbalik berhampiran lampu isyarat Persiaran Mokhtar Dahari. Masih di kawasan sama.
Syukur, kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan yang dilaporkan hilang sejak petang Ahad di Kampung Bechah Salak, Kuala Krai, Kelantan akhirnya ditemukan selamat pagi Isnin.
Kanak-kanak itu dijumpai di kawasan kebun di atas bukit, beberapa puluh meter dari rumah keluarganya dalam keadaan berkaki ayam, sekali gus membawa kelegaan selepas operasi pencarian dijalankan sejak semalam.
[TERKINI] Budak setahun lapan bulan dilapor hilang sudah ditemui
Mangsa ditemui pada jarak satu kilometer di lokasi dilaporkan hilang.
#sinarharian#budakhilang#KualaKrai
Kawasan sekitar Changkat, Bukit Bintang terus menjadi lokasi panas aktiviti pelacuran membabitkan wanita warga benua Afrika meskipun baru diserbu Jabatan Imigresen Malaysia lima hari lalu.
Berita penuh: https://t.co/sOljgWYH08
🔥 PMX IN ANOTHER LEVEL!
Kepimpinan, pengalaman dan keberanian membawa reformasi. Semoga PMX terus diberi mandat untuk memimpin Malaysia bagi penggal kedua.
Demi Malaysia yang lebih maju dan rakyat yang lebih sejahtera!
#PMX#AnwarIbrahim#PenggalKedua#MalaysiaMADANI
Dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah menggunakan aset ketenteraan.
https://t.co/WhiLGQOVk2
Saya tidak boleh bersetuju dengan kenyataan ini.
Saya nasihatkan YB Khoo agar menghormati kedaulatan undang-undang di negeri masing-masing, serta sensitiviti beragama dalam mengulas perkara ini.
Pertama, perkara ini merupakan urusan pentadbiran negeri yang mempunyai asas perundangan melalui enakmen negeri, selaras dengan pengiktirafan terhadap bidang kuasa negeri dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.
Kalau pun kita ada pendapat yang berbeza dalam menafsirkan asas kepada tertubuhnya satu undang-undang, ia tetap datang dari prinsip persetujuan majoriti; dalam konteks Negeri Terengganu, ia adalah mandat yang diberikan rakyat negeri itu kepada Legislatif dan Eksekutif mereka untuk menggubalnya. Maka kita wajib hormati mandat tersebut seperti mana kita mahu orang hormati mandat yang diberi kepada kita.
Kedua, dalam Islam, lelaki Muslim yang diwajibkan menunaikan Solat Jumaat juga dituntut untuk meninggalkan urusan jual beli apabila tiba waktunya. Kewajipan ini mempunyai sandaran nas yang jelas, antaranya melalui Surah al-Jumu’ah, ayat 9.
Justeru, perkara ini bukan sekadar amalan budaya atau adat, tetapi tuntutan agama yang berkait secara langsung dengan pelaksanaan ibadah.
Dalam masyarakat majoriti Muslim, pelaksanaan dasar yang bertujuan memelihara kewajipan ini juga merupakan amalan yang diterima baik dan wajar difahami dalam konteks kehidupan beragama masyarakat setempat.
Kita boleh berbeza pandangan tentang sesuatu dasar, tetapi perbahasan mengenainya mestilah berasaskan kefahaman terhadap undang-undang, tuntutan agama dan sensitiviti masyarakat.
Sehubungan itu, saya memohon agar YB Khoo menarik semula kenyataan berkenaan dan membuat permohonan maaf.
Saling menghormati mesti menjadi asas kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.
Bayar tekong RM5,000 masuk Malaysia guna BNPL. Kemudian bayar sindiket untuk dapatkan kad palsu UNHCR. Julai tahun ni baru sindiket kantoi berselindung bawah syarikat kontraktor G7.
Gila tak jahat dorang ni. Syarikat G7 kerja tender tak kurang 10juta tau.