Hari raya pertama… ini banyak bezanya dari hari-hari lain. Kadang benda kecil kita tak perasan. Cuma perlu hargai saja – rasa lega sebab boleh korek hidung lepas keluar masjid solat subuh. Ya itu saja bezanya
Dah malam gini, tengok video budak suap bapak dia (ralit tengok phone) dengan cookies yang budak tu simpan dalam pampers dia pun dah buat aku ketawa. Hmmm mudah terhibur rupanya bila tua
Mendewasa itu peritnya cuma satu – bila kita kena buat benda dari awal, seorang diri, hadap apa pun silap, ulang sampai pandai dan betul, kena kecam jarang puji, dan ulang tiap hari. Tapi itu yang mendewasakan kita.
Waktu rehat tengahari ni kalau diikutkan memang masa nya bergerak laju. Yang paling laju, hujung minggu sabtu ahad tu. Bila ahad je, “eh, esok isnin kerja”
Makan tengahari ni saya elak masakan pedas tapi bila pilihan tak banyak, hadaplah dan baca bismillah.
Nah lauk nasi putih lauk ayam pedas korea Bang Joni. Tak pedas sangat dan air teh hijau nya just nais untuk tone down pedas 🔥
Hujung minggu hari tu nak gunting rambut, pusing-pusing lah cari kedai gunting rambut yang queue tak panjang. Eh, semua panjang, ramai yang tunggu nak gunting. Mungkin musim hujan ini, rambut lelaki cepat panjang.