ππππππππ ππππππππππ πππππ πππππππππππ ππππππππ πππππ
Hari ini saya dan Menteri Komunikasi, YB Datoβ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil mengiringi Perdana Menteri, YAB Datoβ Seri Anwar Ibrahim, dalam sesi pertemuan bersama pemimpin masyarakat India bagi Siri Kedua, yang menghimpunkan kepimpinan daripada 9 Dewan Perniagaan dan 14 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Pertemuan hari ini merupakan usaha berterusan YAB Perdana Menteri mendekatkan diri dengan pimpinan masyarakat India, sebagai kesinambungan usaha Kerajaan MADANI untuk terus mendengar dan memahami secara langsung pandangan, aspirasi serta cabaran yang dihadapi oleh komuniti India.
Sesi berlangsung secara terbuka, jujur dan konstruktif, dengan perbincangan terus menjurus kepada perkara yang benar-benar dekat di hati masyarakat India. Setiap pandangan, kebimbangan dan cadangan didengar sendiri oleh YAB Perdana Menteri.
Pelbagai perkara dibincangkan, merangkumi pendidikan, peluang ekonomi, kebajikan dan pembangunan sosioekonomi, termasuk pandangan serta cadangan pemimpin komuniti menjelang Belanjawan 2027 yang bakal dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.
Saya amat menghargai kesediaan YAB Perdana Menteri meluangkan masa untuk mendengar sendiri setiap pandangan yang dikemukakan. Pendekatan sebegini amat penting supaya dasar dan inisiatif yang dirangka benar-benar mengambil kira realiti serta keperluan masyarakat di lapangan.
Setinggi-tinggi penghargaan juga saya rakamkan kepada semua pemimpin komuniti yang hadir. Suara yang dibawa hari ini bukan sekadar mewakili organisasi masing-masing, tetapi turut mencerminkan aspirasi, keperluan dan harapan komuniti India secara keseluruhannya.
Bagi saya, libat urus hari ini bukan noktah kepada perbincangan, tetapi sebahagian daripada proses berterusan. Apa yang dibangkitkan akan diberikan perhatian dan susulan sewajarnya supaya perbincangan ini menghasilkan langkah yang benar-benar dapat dirasai oleh masyarakat. Yang penting, kita terus bergerak ke hadapan bersama, mendengar, memahami dan melaksanakan agenda pembangunan.
Turut hadir bersama ialah Ketua Pengarah MITRA, Encik N. Raveendran.
#KESUMA #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
πππππππππππ ππ πππππππππ πππππ ππ πππππππππ ππππππ
Hari ini saya mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Campur Tiga Ke-14 di Bangkok, Thailand yang menghimpunkan Menteri-Menteri Buruh dari negara-negara ASEAN bersama China, Jepun dan Republik Korea.
Dalam mesyuarat tersebut, saya telah menegaskan bahawa masa depan tenaga kerja ASEAN bergantung kepada sejauh mana kita mampu memastikan kemahiran yang dimiliki rakyat bukan sahaja relevan dengan keperluan industri, tetapi turut diiktiraf dan diterima di peringkat antarabangsa.
Malaysia menggariskan tiga keutamaan utama iaitu memperkukuh pensijilan bersama dan penyelarasan kelayakan TVET; memperluas pemindahan teknologi serta peningkatan kemahiran tenaga pengajar; serta membangunkan program latihan bertaraf dunia dalam bidang masa hadapan seperti kecerdasan buatan, kenderaan generasi baharu dan robotik.
Kita mahu tenaga mahir yang dilatih dan memperoleh kelayakan di Malaysia serta negara-negara ASEAN mempunyai kemahiran yang diyakini industri, diiktiraf merentas sempadan dan membuka peluang lebih luas untuk mereka membina kerjaya serta bersaing di pentas dunia.
Kerjasama bersama China, Jepun dan Republik Korea amat penting untuk mempercepat usaha ini melalui perkongsian kepakaran, teknologi dan amalan terbaik.
Kerjasama ini bukan sekadar mengenai pengiktirafan sijil, tetapi tentang masa depan dan nilai tenaga kerja kita.
Malaysia akan terus memainkan peranan aktif bersama negara-negara ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea untuk memastikan tenaga kerja kita mempunyai kemahiran yang relevan, kelayakan yang diyakini serta keupayaan untuk bersaing di mana sahaja.
Kita mahu bakat ASEAN bukan sekadar memenuhi keperluan dunia pekerjaan masa hadapan, tetapi menjadi antara tenaga mahir terbaik yang menjadi pilihan dunia.
#KESUMA #ASEAN #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
ππππππππ πππππ ππππππ ππππππ πππππππππ πππππ πππππ
Hari ini, saya mewakili Malaysia telah membentangkan makluman semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Ke-29 (ALMM) di Bangkok, Thailand.
Dalam pencelahan tersebut, saya berkongsi perkembangan kepimpinan Malaysia dalam menerajui Agenda Pekerjaan Hijau ASEAN, satu tanggungjawab yang telah dipikul negara sejak 2018 dan kini diteruskan apabila Malaysia ditetapkan sebagai negara peneraju bagi projek Pekerjaan Hijau (Green Jobs) serantau di bawah 'ASEAN Labour Ministersβ Work Programme 2026β2030'.
Malaysia telah berjaya memacu dua dokumen penting ASEAN berkaitan pekerjaan hijau, termasuk ASEAN Framework and Action Plan for a Just and Inclusive Transition to Green Jobs (2025β2030) serta 'Joint Statement on Actionable Plan for Green Jobs Towards a Sustainable and Inclusive ASEAN Workforce'.
Saya turut berkongsi hasil ASEAN Green Jobs Forum 2025 yang dianjurkan di Putrajaya dengan penyertaan lebih 450 delegasi. Forum tersebut memberi tumpuan kepada AI, digitalisasi dan pekerjaan hijau, termasuk pembangunan kemahiran masa hadapan, pemerkasaan TVET, keterangkuman pekerja serta sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Malaysia akan terus memainkan peranan aktif memastikan peralihan ASEAN ke arah ekonomi hijau bukan sahaja membuka peluang pekerjaan baharu, tetapi turut memastikan tiada pekerja yang tercicir dalam perubahan dunia pekerjaan.
Kita mahu ASEAN yang lebih mampan, inklusif dan bersedia menghadapi masa hadapan dengan pekerja kekal menjadi keutamaan.
#KESUMA #ALMM #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
ππππππππ πππππππ πππππ-πππππ πππππππ πππππ πππ πππππ ππππππππ πππ
Seusai Sesi Pembukaan Mesyuarat Menteri Buruh ASEAN Ke-29 (ALMM), saya bersama rakan-rakan sejawat telah menghadiri sesi luncheon yang diadakan bersempena mesyuarat tersebut anjuran Kerajaan Thailand selaku tuan rumah mesyuarat kali ini.
Dalam kesempatan itu, saya turut mengadakan perbincangan lebih mendalam bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), T.Y.T. Gilbert F. Houngbo, khususnya mengenai isu-isu semasa berkaitan pembangunan tenaga kerja, masa depan pasaran buruh serta usaha memperkukuh perlindungan dan kebajikan pekerja.
Pertemuan ini juga membuka ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai cabaran dunia pekerjaan yang semakin dinamik serta bagaimana kerjasama antara Malaysia dan ILO dapat terus diperkukuh dalam memastikan pembangunan tenaga kerja yang lebih mampan, berdaya saing dan inklusif.
#KESUMA #ALMM #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan
ππππππππ πππππππππ ππππππππ πππππ πππππππππππ πππππ πππππ πππππ
Saya telah tiba di Bangkok, Thailand bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Ke-29 (ALMM) dengan tema βAdvancing ASEAN Human Capital: Skills Certification towards Global Recognitionβ.
Pembukaan mesyuarat ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Thailand, T.Y.T Anutin Charnvirakul dan telah menghimpunkan Menteri-Menteri Buruh negara anggota ASEAN dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), T.Y.T Gilbert F. Houngbo.
Saya juga telah bertemu dan bertukar pandangan bersama rakan-rakan sejawat saya dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Myanmar, serta Ketua Pengarah ILO, T.Y.T Gilbert F. Houngbo.
Mesyuarat ini membuka ruang untuk kami berkongsi pandangan mengenai perkembangan dunia pekerjaan, cabaran pasaran buruh serta usaha untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang pembangunan kemahiran serta memastikan kebajikan, perlindungan dan masa depan pekerja terus diberikan keutamaan.
Saya berharap Mesyuarat ALMM Ke-29 kali ini dapat menghasilkan kerjasama yang lebih erat dan tindakan yang lebih berkesan dalam mendepani perubahan dunia pekerjaan, khususnya melibatkan perlindungan sosial, pembangunan kemahiran, produktiviti serta perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).
Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam agenda perburuhan ASEAN. Kepentingan negara dan pekerja Malaysia akan terus saya bawa dan pertahankan, sambil kita bekerjasama dengan negara-negara serantau untuk membina pasaran buruh ASEAN yang lebih inklusif, berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan.
#KESUMA #ASEAN #ALMM29 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #YangBerkhidmatRamanan See less
πππππ ππππππππ πππππ
Maulidur Rasul menjadi ruang untuk kita menghayati sirah serta meneladani akhlak mulia dalam kehidupan seharian.
Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, nilai kasih sayang, keadilan, kesederhanaan dan sikap saling menghormati amat penting untuk terus kita suburkan demi memperkukuh perpaduan dan keharmonian negara.
Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menyemarakkan rasa cinta serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam membina Malaysia MADANI yang aman, sejahtera dan bersatu padu.
#MaulidurRasul #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
ππππππππππ ππππππ ππππ πππππππππ ππππππππ, πππππ ππππππππ ππππ πππππππππππππ ππππππ
Pada 17 Julai yang lalu, saya telah menyatakan pendirian yang jelas untuk menolak dan menghentikan cadangan pembangunan pusat data di Kota Damansara kerana proses tersebut tidak melibatkan sesi libat urus yang menyeluruh khususnya bersama penduduk yang tinggal di kawasan sekitar.
Namun, saya ingin menegaskan pendirian saya sejak awal bukanlah untuk menolak pembangunan atau pelaburan. Apa-apa pembangunan berskala besar yang berpotensi memberi kesan kepada kehidupan penduduk setempat perlu dilaksanakan secara telus, bertanggungjawab, dan mengambil kira pandangan serta suara rakyat. Rakyat berhak didengar sebelum keputusan yang memberi kesan kepada kawasan tempat tinggal mereka dilaksanakan.
Hari ini, saya telah menerima makluman terkini daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bahawa pihak pemaju telah menarik balik permohonan kebenaran merancang bagi cadangan pembangunan pusat data berkenaan.
Saya menyambut baik perkembangan ini. Ini membuktikan bahawa apabila rakyat menyuarakan kebimbangan yang berasas dan kita sebagai wakil rakyat membawa suara tersebut kepada pihak berkuasa, pandangan rakyat boleh menghasilkan tindakan.
Pada masa yang sama, saya mengambil maklum bahawa menurut pihak perunding, penarikan balik permohonan tersebut adalah bagi membolehkan pemaju menilai semula kebolehlaksanaan tapak serta komponen pembangunan supaya lebih ekonomik, mampan dan bersesuaian dengan pembangunan di kawasan sekitarnya.
Justeru, sekiranya terdapat sebarang cadangan atau permohonan berkaitan pembangunan di Sungai Buloh, pendirian saya kekal jelas, harus ada libat urus bersama penduduk dan semua pemegang taruh mesti dilaksanakan terlebih dahulu.
Saya akan terus mengikuti perkembangan perkara ini dan memastikan kepentingan serta suara rakyat Kota Damansara terus dipertahankan.
#SungaiBulohPrihatin #YangBerkhidmatRamanan #KotaDamansara #DataCenter
ππππππππ πππππππ ππππππππ, ππππ πππππππππ πππππππ πππππ ππππππ πππππππππ
Hari ini, saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Bilangan 2/2026 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri 1, Datoβ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Pengurusan penggajian tenaga kerja asing perlu dilaksanakan secara teratur, telus dan berintegriti. Keutamaan kepada pekerja tempatan mesti terus diperkukuh, manakala kebergantungan kepada pekerja asing perlu diurus berdasarkan keperluan sebenar sektor dan industri.
Kerajaan MADANI akan terus memperkemas ekosistem penggajian pekerja asing supaya lebih cekap dan bertanggungjawab, tanpa kompromi terhadap pematuhan undang-undang perburuhan serta kebajikan pekerja.
#KESUMA #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan
Kemahiran bukan lagi pilihan, ia adalah kunci masa depan pekerjaan.
Dunia pekerjaan berubah dengan pantas. Teknologi berubah, industri berubah, dan kemahiran yang diperlukan juga berubah. Sebab itu kita mesti pastikan tenaga kerja Malaysia sentiasa bersedia, relevan dan mampu merebut peluang pekerjaan yang lebih baik.
#KESUMA #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
ππππππ πππππ ππππππ, πππππ ππππππππππ, ππππππππ πππππππππ
Hari ini, saya bersama barisan kepimpinan parti telah mengulung perbahasan Ucapan Dasar Presiden sempena Kongres Nasional KEADILAN Tahun 2026.
Dalam penggulungan saya, saya menegaskan bahawa suara rakyat perlu kita dengar dengan hati terbuka kerana di situlah datangnya ruang untuk kita memperkemas gerak kerja dan memperkukuh keyakinan rakyat.
Kita haru turun ke akar umbi, fahami keresahan mereka, cari penyelesaian dan pastikan setiap dasar serta inisiatif kerajaan benar-benar memberi kesan dalam kehidupan seharian.
Pada masa yang sama, penerangan mesti diperkasakan. Kerajaan MADANI boleh melaksanakan pelbagai inisiatif dan pembaharuan, tetapi sekiranya rakyat tidak tahu, tidak faham dan tidak merasainya, maka usaha itu belum sampai sepenuhnya kepada mereka. Sebab itu penerangan perlu bergerak setiap hari sehingga ke akar umbi.
Dengar suara rakyat. Baiki kekurangan. Sampaikan fakta. Pastikan kejayaan Kerajaan MADANI bukan sahaja diketahui, tetapi benar-benar dirasai oleh rakyat.
Terima kasih atas kehadiran luar biasa semua perwakilan dari seluruh negara dan penghargaan juga kepada urusetia serta sukarelawan yang bertungkus lumus memastikan kelancaran sepanjang kongres berlangsung.
Parti Kita, Rumah Kita βπΌ
Membuju lalu melintang patah βπΌ
#Keadilan #MalaysiaMadani #YakinMADANI #YangBerkhidmatRamanan
ππππππππ πππ , ππππππππ πππππππ ππππππππ
Malam tadi, saya berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan hampir 150 Ketua Cabang KEADILAN dari seluruh negara sempena Kongres Nasional Tahunan KEADILAN Tahun 2026.
Pertemuan ini bukan sekadar ruang untuk bertukar pandangan, tetapi peluang untuk saya mendengar sendiri suara kepimpinan di peringkat akar umbi, memahami cabaran di setiap kawasan serta menyelaraskan gerak kerja kita dalam menghadapi cabaran politik mendatang.
Saya percaya kekuatan KEADILAN bermula dari Cabang. Apabila Cabang kuat, jentera bergerak dan kepimpinan akar umbi dekat dengan rakyat, parti akan menjadi lebih kukuh.
Kini masanya untuk kita rapatkan saf, perkukuh jentera dan bergerak sebagai satu pasukan. Matlamat kita jelas, terus bekerja untuk rakyat, memperkukuh KEADILAN dan memastikan agenda Reformasi terus diperjuangkan.
Parti Kita, Rumah Kita βπΌ
#KEADILAN #PartiKitaRumahKita #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan
Daripada impian kecil kepada perniagaan yang mampu berkembang lebih jauh. UYARVU MADANI dilaksana oleh MITRA untuk membuka ruang kepada usahawan komuniti India B40 & M40 untuk melangkah ke tahap seterusnya. π²πΎ
#KESUMA#MITRA#YakinMADANI#MalaysiaMADANI#YangBerkhidmatRamanan
Hasrat saya adalah untuk melihat pelajar ADTEC JTM mendapat pendedahan yang lebih luas menerusi program ini. Oleh itu, saya telah menyatakan cadangan ini semasa lawatan dan pihak ITE Singapura telah memberikan maklum balas positif.
Terima kasih @bernamadotcom
https://t.co/C1YJ0SzRDM
ππππππππππ ππππ, πππππππ ππππππ πππππ ππππ πππππππ
Saya turut mengambil peluang dalam rangka lawatan kerja rasmi di Singapura untuk mengadakan lawatan ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE), antara institusi utama pendidikan dan latihan teknikal di negara ini.
Lawatan ini amat bermakna kerana saya dapat melihat sendiri bagaimana pendidikan teknikal dibangunkan dengan hubungan yang rapat antara institusi latihan dan industri, selain memberi penekanan kepada pembelajaran secara praktikal serta kemahiran yang benar-benar diperlukan dalam dunia pekerjaan.
Saya turut diberikan penerangan mengenai pendekatan ITE dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi perubahan landskap pekerjaan, termasuk perkembangan teknologi, automasi dan keperluan kemahiran baharu.
Disamping itu, lawatan tapak ke tiga fakulti di ITE termasuk fakulti sukan, AI dan Aeroangkasa turut memberi peluang kepada saya dan delegasi melihat sendiri kemudahan fasiliti bersepadu gabungan antara teknologi, automasi dan AI dengan modul-modul teknikal yang tersedia di ITE.
Antara perkara yang paling penting bagi saya ialah bagaimana kita boleh mengambil iktibar daripada amalan terbaik di negara lain dan menyesuaikannya dengan keperluan serta kekuatan Malaysia.
Kita mahu memastikan latihan yang diberikan oleh institusi TVET di negara kita sentiasa seiring dengan permintaan industri. Graduan bukan sahaja perlu memiliki sijil dan kemahiran, tetapi mempunyai laluan yang jelas kepada pekerjaan berkualiti, perkembangan kerjaya serta pendapatan yang lebih baik.
Malaysia mempunyai ekosistem TVET yang kukuh dan potensi yang sangat besar. Namun kita tidak boleh berhenti menambah baik. Kita perlu terus belajar, membandingkan amalan terbaik dan membina kerjasama yang boleh memberi nilai tambah kepada pembangunan tenaga kerja negara.
Apa yang baik kita pelajari. Apa yang sesuai untuk kita bawa pulang, menyelami dan tambah baik.
Matlamat akhirnya jelas, iaitu melahirkan tenaga kerja Malaysia yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan pekerjaan masa hadapan.
#KESUMA #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
πππππ ππππππ πππππππππ πππππ ππππππππ
Saya mengambil peluang turun ke Program Temu Muhibbah bersama penduduk Kampung Sri Indah A yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sri Indah, Sungai Buloh.
Pertemuan seperti ini sentiasa saya hargai kerana ia memberi ruang untuk saya mendengar sendiri pandangan, cadangan serta menyelami setiap isu yang dibangkitkan oleh penduduk.
Setiap maklum balas yang diterima akan saya teliti dan usahakan penyelesaian terbaik bersama agensi-agensi berkaitan. Terima kasih kepada seluruh penduduk Kampung Sri Indah A atas sambutan yang cukup mesra serta kesudian berkongsi pandangan.
#SungaiBulohPrihatin #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan
πππππ ππ% πππππππ πππππ πππ πππππππ πππππππππ πππππππ πππππ
Hari ini saya berbesar hati menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ADTEC JTM Kali Ke-29 Tahun 2026 yang akan meraikan seramai 8,255 graduan seluruh negara. Tahniah juga kepada semua 1,420 graduan untuk Konvokesyen Wilayah Tengah.
Pencapaian ADTEC JTM membuktikan bahawa TVET kini menjadi antara laluan pendidikan yang paling diyakini industri. Pada tahun 2025, kadar kebolehpasaran graduan ADTEC JTM mencecah 95.5%, melepasi purata kebangsaan, manakala 97.2% majikan berpuas hati dengan prestasi graduannya. Angka ini jelas membuktikan bahawa graduan ADTEC JTM bukan sahaja memiliki kemahiran, malah memenuhi keperluan sebenar industri.
Kejayaan ini diperkukuhkan lagi melalui kerjasama strategik dengan hampir 400 syarikat terkemuka, termasuk Proton, Perodua, Petronas dan Huawei, dengan sasaran diperluaskan kepada 600 syarikat menjelang 2030.
Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga mahir yang kompeten, berintegriti dan bersedia menghadapi perubahan teknologi serta keperluan industri. Sebab itu, TVET bukan lagi pilihan kedua, tetapi antara laluan terbaik untuk membina kerjaya yang berkualiti dan masa depan yang lebih cerah.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada para ibu bapa graduan, pensyarah dan seluruh warga Jabatan Tenaga Manusia yang telah memainkan peranan besar dalam melahirkan generasi tenaga kerja mahir negara.
Kepada semua graduan, teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Jadilah insan yang bukan sahaja berjaya dalam kerjaya, tetapi turut menyumbang kepada kemajuan Malaysia.
Sekali lagi, tahniah kepada seluruh graduan ADTEC JTM. Semoga terus melakar kejayaan yang lebih gemilang.
#KESUMA #TVET #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan