Sapura Energy kini dikenali sebagai Vantris Energy
#BHbisnes Nama baharu mencerminkan identiti, nilai teras dan hala tuju strategik syarikat.
https://t.co/ji0AMzvbB8
RM1.1 billion Duit Rakyat Bail-Out Sapura Energy
1. RM1.1 bilion suntikan tunai yang Sapura Energy umumkan semalam datang daripada Kerajaan melalui Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
2. Dalam pengumuman SapEn semalam, condition precedence atau syarat dalam perjanjian dengan MDH untuk dapat funding ni adalah kena bayar syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas (O&G) atau O&G vendors di Malaysia yang SapEn ada hutang.
3. Bermakna duit RM1.1 bilion daripada Kerajaan tidak boleh digunakan untuk benda lain contohnya bayar hutang bank, bayar gaji atau top management, bayar dividen kepada pemegang saham atau lain-lain.
4. Secara tidak langsung RM1.1 bilion ini adalah untuk membantu vendors yang dah buat dan tengah buat kerja untuk SapEn.
5. Ada 2,300 vendors yang buat kerja untuk SapEn, dan hampir 80% atau 1,800 vendors adalah syarikat kecil dan sederhana (SMEs) dan kalau mereka tidak dibayar ramai yang akan terkesan terutamanya pekerja-pekerja yang bekerja dengan vendors ni semua.
6. Berbeza dengan hutang-hutang dengan bank-bank besar yang boleh distruktur semula, syarikat SMEs tidak mempunyai kekuatan untuk menangguh penerimaan pembayaran tanpa menjejaskan operasi dan kelangsungan mereka.
Apakah Kerajaan rugi dalam menanggung pembayaran kepada vendors?
7. Mekanisme pembiayaan oleh MDH kepada SapEn adalah melalui Redeemable Convertible Loan Stocks secara ringkasnya adalah satu bentuk pinjaman bersyarat yang boleh ditukarkan kepada saham di suatu masa yang ditetapkan akan datang.
8. Setakat laporan kewangan suku tahunan terakhir yang diumumkan SapEN, mereka mempunyai RM6.0 bilion order book atau nilai kerja dan RM5.8 bilion order book melalui joint venture & associates.
9. Bila vendors dibayar, maka kerja-kerja yang sekarang tengah buat boleh diteruskan termasuk vendors akan terus buat kerja untuk SapEn.
10. Dalam masa yang sama SapEn sedang menjalani Regularisation Plan termasuk untuk keluar daripada status PN17 dalam Bursa Malaysia.
11. Pembiayaan daripada Kerajaan adalah sebahagian daripada Regularisation Plan dan bila berjaya, saham SapEn berpotensi naik semula dan masa tu MDH boleh convert RM1.1 bilion hutang ini kepada saham dan meraih untung sebagai salah satu pemegang saham.
12. Kalau kedudukan kewangan SapEn semakin pulih, mereka juga ada pilihan untuk membayar semula RM1.1 bilion kepada MDH tanpa hutang ini ditukarkan kepada saham.
Bail-out ke tak?
13. Bergantung, pada perspektif yang nak dilihat. Pada aku SapEn punya hutang atau liabiliti tidak berkurang, sebab RM1.1 bilion tu akan dibayar kepada vendors yang terdiri daripada syarikat SMEs dan RM1.1 bilion ini masih kekal sebagai liabiliti dalam akaun.
14. Ini berbeza dengan cadangan untuk Petronas atau Khazanah mengambil alih SapEn atau memberi pinjaman mudah (soft loan) kepada SapEn yang memberi risiko secara langsung kepada duit rakyat kalau SapEn gagal memulihkan kedudukan kewangan mereka.
15. Korang kena tau, Sapura Energy setakat laporan kewangan suku tahunan terakhir masih ada RM17.5 bilion liabiliti iaitu RM10.7 bilion dalam bentuk pinjaman (bank, bon, trade credit) dan RM5.1 bilion trade payables.
16. RM1.1 bilion adalah keutamaan semata-mata kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang tidak mendapat bayaran atas kerja dan perkhidmatan yang diberikan kepada SapEn.
17. Lebih baik buat macam ni daripada bail-out terus secara keseluruhan dan biar SapEn teruskan regularisation plan mereka.
Khalas.
Dewan Rakyat kecoh selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memerintahkan YB Pendang, Datuk Awang Hashim keluar dari Dewan Rakyat selama 10 hari. #AWANInews#SisiTvParlimen#DewanRakyat
Semasa menjawat jawatan Mufti, saya mengimpikan sebuah aplikasi soal jawab hukum yang mampu mempermudah urusan umat Islam di Malaysia dengan ribuan bank artikel isu-isu agama semasa.
Namun, Allah SWT lebih mengetahui hikmah yang berlaku.
Apabila saya mula kembali menjawab soalan-soalan agama setelah “berehat” seketika semasa menjawat jawatan Menteri - setepatnya pada 10 Januari 2022 - sambutan masyarakat amat luar biasa.
Dengan hampir 5 juta kunjungan ke web https://t.co/Jf1XgVJPem hari ini sejak 3 tahun lalu, saya mula memikirkan pendekatan yang lebih mesra dengan kemajuan zaman.
Hasil usaha jitu pasukan media Maktabah Al-Bakri, lahirlah aplikasi Al-Inarah yang dibina seadanya, dengan sumber kewangan yang amat terhad.
Hari ini pada 26 Ogos 2024, genap 7,000 buah artikel yang dimuatnaik dan boleh diakses secara percuma. 3 tahun untuk 7,000 buah artikel sudah pasti bukan kerja mudah. Namun, ia adalah semangat kerja berpasukan yang menatijahkan kejayaan.
Saya dengan rendah hati memohon sekiranya para ulama mendapati ada kekurangan pada mana-mana artikel, boleh sampaikan untuk semakan kami.
Terima kasih juga kepada lebih 400 orang yang memberikan “rating” 4.9 kepada aplikasi Al-Inarah. Ia satu penghormatan bagi kami.
Kami ada banyak lagi kejutan untuk anda. Insya-Allah, dengan doa dan sokongan umat Islam di Malaysia, Maktabah Al-Bakri akan berusaha menjadi peneraju utama kepada hab soal jawab agama di Malaysia.
Dah muat turun Al-Inarah?