Sabtu lepas buat keputusan untuk join satu syarikat mlm.
Join sebab minat dengan produk yang dikeluarkan.
Dan sudah tentu bila join,ada peluang buat bisnes.
#usahatanggakejayaan#motivasikejayaan
Ada orang kata buat bisnes online ni mudah,semudah abc...
Tapi hakikatnya ianya bukan semudah yang disangka.
Banyak juga perkara yang perlu di buat untuk melaksanakannya.
#bisnesonline#bisnesdarirumah
Dapat perkhabaran,atuk saudara baru sahaja meninggal dunia.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa atuk & menempatkan atuk dikalangan orang² yang beriman.
#matipasti#hidupinsyaallah
Adik sudah discaj,walaupun belum sedar & pulih sepenuhnya,tetapi ada perkembangan positif.
Ada beri respon bila dipanggil.
Semoga kau cepat sembuh & pulih seperti sediakala.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga.
Sementara menunggu urusan dihospital selesai,ambil masa sebentar baca ebook berkaitan perniagaan secara online versi percuma.
Menarik juga.
Menurut penulis ,platform yang beliau gunakan agak baru.
Peluang masih luas untuk peniaga baru.
Beberapa hari ni blk lewat,jadi makan malam pun agak lewat.
Bagitahu orang rumah,tak perlu buat makan berat,makan yang ringan sahaja.
Isteri jawab 'makan angin boleh'
Hu...hu...
Bersembang pasal kesihatan dengan seorang rakan sebaya,beliau ingatkan agar banyak bersenam,minum air kosong secukupnya.
Jaga pemakanan.
'Jangan semua kau bedal','kang dah terkena baru beringat'.
Ok baik,terima kasih atas nasihat.
Dapat khabar salah seorang rakan sekerja dimasukkan ke hospital,serangan 'hyper tension'.
Manakala salah seorang kaum keluarga juga dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung.
AllahuAkbar
Semoga mereka diberikan kesembuhan & dipermudahkan urusan.
Aamiin.