STATEMENT: When a Press Statement is Expected to do the Work of an Audit!
Bestinet’s lawyers have issued a press statement so polished it practically glows and so should it, given how much public money has flowed through this operation.
1/
𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗛, 𝗜𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗨𝗛 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜, 𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗖𝗔𝗡𝗧𝗔𝗦: 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗧𝗔𝗦𝗡𝗬𝗔, 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗟𝗔𝗚𝗜?
Sabtu ini, 25 April 2026, ada sekumpulan kecil rakyat yang lain dari yang lain.
Mereka tahu bahawa melawan yang berkuasa itu tidak mudah. Apatah lagi bila majoriti rakyat tidak ambil peduli kerana terbahagi kepada kesetiaan politik masing-masing.
Sabtu ini, 25 April 2026, sekumpulan kecil rakyat ini akan berkumpul di Dataran Merdeka bermula jam 3 petang
Mereka tidak minta wang, mereka tidak menuntut pangkat. Mereka hanya minta satu sahaja:
Tangkap Azam Baki dan siasat semua dakwaan-dakwaan salah laku dan rasuah yang telah berlarutan merentasi tiga Perdana Menteri dari tiga gabungan politik terbesar dalam negara - dari Tan Sri Muhyiddin dan PN, kepada Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan BN, kini bersambung dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan PH.
Kumpulan kecil rakyat Malaysia ini tidak ada identiti.
Mereka tidak mewakili mana-mana parti, agama, bangsa, negeri, umur atau kaya miskin. Jika tidak kerana isu rasuah dan Azam Baki, mereka tidak boleh duduk dalam satu bilik pun.
Tetapi ada satu perkara yang mereka bersetuju: rasuah adalah barah masyarakat, dan barah tidak akan sembuh dengan sendirinya. Barah mesti dicantas.
Mereka adalah kumpulan yang kecil kerana gabungan-gabungan politik yang mewarnai politik negara ada percaturan masing-masing dalam isu ini.
Azam Baki dilantik oleh PN.
Semasa PN memerintah, sudah tentu ada banyak keputusan dan tender yang dikendalikan. Hanya ada beberapa orang pimpinan utama yang setakat ini disiasat SPRM, kita tidak terkejut ramai lagi yang ada fail. Menuntut siasatan ke atas Azam Baki maksudnya menggali kubur.
Azam Baki dikekalkan oleh BN.
Kita semua tahu banyak kes-kes yang dikaitkan dengan pimpinan BN. Membuka mulut mengundang siasatan. Lagi pun, sistem kuasa yang ada ini dibentuk oleh BN dan diwariskan kepada PN dan kini PH. BN yang paling mahir bermain percaturan kuasa dan menggunakan badan-badan kerajaan.
Strategi BN kini mudah: biarkan Anwar Ibrahim tercungap-cungap mempertahankan Azam Baki berseorang kerana pengundi progresif yang akan lari dari PH.
Azam Baki disambung tiga kali oleh PH.
Majoriti pendukung PH kini membuat u-turn dan mengulangi hujah Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa Azam Baki seorang yang berani dan bekerja keras, walaupun bukti-bukti dan tuduhan salah laku telah dibentangkan kepada rakyat. PH kini terperangkap, turun naik nasib politiknya terikat di kaki dengan nasib Azam Baki.
Maka tinggallah segelintir kecil rakyat Malaysia yang lebih bencikan rasuah dan salah guna kuasa dari percaturan politik.
Episod Azam Baki membuka mata kita bahawa permainan dan percaturan kuasa di koridor Putrajaya yang gah itu tidak akan berubah dengan perubahan parti pemerintah semata-mata, jika sistemnya tidak berubah.
Bila kuasa dipusatkan di tangan beberapa orang sahaja, sukar untuk menolak godaan kuasa. Asalkan sesuatu itu memberi keuntungan politik dan mengukuhkan kuasa aku, persetankan suara-suara kecil segelintir manusia kerana aku ada pengikut yang ramai.
Saya yakin walaupun kumpulan rakyat yang tampil mengambil risiko ini kecil, tetapi kebencian mereka kepada rasuah dikongsi majoriti rakyat kita.
Mereka telah menjalankan tanggungjawab sivik dan amanah masyarakat. Mereka bersuara, berhadapan dengan tindakan undang-undang walaupun mereka dipandang rendah.
Mereka telah lulus ujian mereka.
Kita yang turut bencikan rasuah perlu bertanya kepada diri sendiri: di mana aku ketika anak-anak muda ini berhempas pulas menyatakan pendirian mereka melawan rasuah?
Jika kita rasa kita berkemampuan untuk hadir, sama-sama kita hadir di Dataran Merdeka hari Sabtu ini, 25 April 2026 jam 3 petang.
Jika kita tidak berkelapangan, kongsikan mesej ini dan panjangkan kepada keluarga dan kawan-kawan, agar lebih ramai boleh hadir.
Jika kita tidak mahu dipandang serong oleh keluarga dan kawan-kawan kerana ke depan mempromosi demonstrasi Tangkap Azam Baki, tekan butang “like” dan “share” setiap kali ada kandungan mengenai demo ini dan mesej anti-rasuah.
Saya tidak pandai sangat berstrategi dalam politik. Saya selalunya bendul - kalau saya rasa perkara itu salah, saya cakap salah. Kalau saya rasa benar, saya cakap benar.
Tetapi ada satu kata-kata yang menjadi pegangan saya sejak dari muda:
“Never doubt that a small group of thoughtful, committed citizens can change the world; indeed, it's the only thing that ever has."
“Jangan sesekali ragu-ragu bahawa sekumpulan kecil rakyat yang berfikir dan komited akan mengubah dunia, malah itu sajalah yang membawa perubahan selama ini”.
Saya dimaklumkan saya akan memberi ucapan terakhir di perhimpunan Tangkap Azam Baki pada hari Sabtu ini.
Jumpa di Dataran Merdeka dan bermula hari ini, saya akan menghantar kandungan promosi setiap hari dan count down menjelang 25 April 2026.
Rasuah itu barah dan perlu dicantas. Kalau kita tidak mencantasnya, siapa lagi?
“Kalau dah B40 tu tak payah lah minum kopi tu.”
Masalahnya bukan kopi.
Masalahnya mentaliti nak tentukan
orang lain layak rasa apa dalam hidup dia.
Bila orang susah beli kopi RM11,
terus jadi bahan ceramah kewangan.
Tapi bila kebocoran berbilion,
semua diam.
Aneh kan?
B40 disuruh berjimat sampai ke tahap
tak boleh ada nikmat kecil.
Seolah-olah hidup mereka kena kekal
dalam mode “cukup-cukup makan” saja.
Tak boleh rasa normal.
Tak boleh rasa tenang.
Tak boleh reward diri walau sikit.
Yang pelik...
orang yang cakap macam ni,
bukan tanggung pun hidup B40.
Cuma sibuk jadi pengawal moral
untuk pilihan orang lain.
Padahal realitinya:
Bukan kopi yang buat orang jadi miskin.
Tapi sistem yang buat orang kerja kuat,
tapi tetap tak cukup.
Dan bila sampai tahap secawan kopi pun
kena justify...
itu bukan nasihat.
Itu tanda empati dalam masyarakat
dah makin mahal dari kopi itu sendiri.
Protests are not supposed to be held only in 'appropriate' settings. They are supposed to disrupt, to call attention to topic of protest.
It's not a polite forum at designated spots.
Of course the event organisers malu and upset. But that was the point.
Di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Ahli Parlimen Hong Kong, Dominic Lee, membuat kenyataan mengejutkan:
“Barat bercakap tentang hak asasi manusia, tetapi membiarkan Israel terlepas dengan melakukan genosid.”
“Darah rakyat Palestin dan Iran berada di tangan mereka.”
“Apa kelayakan moral yang Amerika ada? Sebuah negara yang diperintah oleh pengikut Epstein!” ‼️
Kenyataan Media BERSIH
6 Mac 2026
Bersih Jawab PMX: Laksanakan Keadilan Dengan Tubuhkan RCI Siasat Mafia Korporat, Azam Baki Letak Jawatan Segera
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menjawab respon yang diberikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap kenyataan Bersih pada 5 Mac yang bertajuk “SPRM Tidak Boleh Menjadi Senjata Politik, Azam Baki Perlu Letak Jawatan Segera”. Dalam satu kenyataan, Anwar menyifatkan kenyataan Bersih sebagai tidak adil kerana tidak menunggu siasatan yang dipengerusikan oleh Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar.
BERSIH dan rakan-rakan daripada kumpulan masyarakat sivil (CSO) sebelum ini telah pun mengkritik jawatankuasa ini yang hanya memfokuskan kepada pemilikan saham Azam Baki dan seolah-olah sengaja menutup mata tentang skandal yang lebih besar melibatkan mafia korporat. BERSIH dan rakan-rakan CSO sebelum ini juga mempersoalkan keterlibatan Peguam Negara untuk mempengerusikan jawatankuasa tersebut memandangkan beliau terlibat secara langsung dalam menarik semula pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang telah pun dibuktikan ada prima facie.
Jika begini situasi dan individu yang akan mengetuai siasatan terhadap Azam Baki, bagaimanakah Anwar Ibrahim boleh mendapatkan kepercayaan rakyat terhadap ketulusan dan ketelusan siasatan ini? Malah kami juga ingin bertanya, jawatankuasa ini akan bertanggungjawab kepada siapa selepas siasatan ini selesai? Adakah kepada beliau sendiri yang sudah menyambung kontrak Azam Baki sebanyak tiga kali sebelum ini walhal beliau sendiri yang mengkritik keras Azam Baki pada tahun 2022?
BERSIH sekali lagi mendesak Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani untuk melakukan tindakan berikut dengan segera:
1. Tubuhkan segera satu panel yang bebas atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semua tuduhan yang tertunggak termasuk tuduhan mafia korporat di dalam SPRM. Tokoh-tokoh yang terkemuka dan dihormati perlu mengetuai panel bebas/RCI ini serta bebas daripada keahlian Menteri, penjawat awam dan Peguam Negara untuk menyiasat kesemua tuduhan tertunggak terhadap SPRM dan Azam Baki.
2. Azam Baki perlu meletak jawatan dengan segera. Kehadiran dan kewujudan beliau di dalam SPRM mempunyai konflik kepentingan yang sangat besar terhadap siasatan yang berjalan terhadap beliau. Tak wajar kredibiliti SPRM terheret bersama Azam Baki.
3. Mewujudkan satu pelan reformasi yang menyeluruh khususnya berkaitan proses pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang bebas daripada campur tangan Eksekutif namun tertakluk kepada semakan Parlimen dan menjamin pelaksanaan kuasa dan tugas SPRM adalah telus serta bertanggungjawab kepada Parlimen. Perkara ini pernah dinyatakan dalam manifesto PRU sebelum ini.
BERSIH dan rakan-rakan CSO sudah berulang kali mendesak supaya kerajaan melaksanakan reformasi SPRM sejak daripada kali pertama Kerajaan Madani ini menyambung kontrak Azam Baki pada 12 Mei 2023. Ini bukanlah isu yang baharu kali pertama berbangkit. Jika Kerajaan Madani, khususnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim gagal menangani isu Azam Baki, mafia korporat dan reformasi SPRM ini, dikhuatiri kepercayaan rakyat terhadap usaha-usaha reformasi dan melawan rasuah akan terus terhakis dan runtuh. Anwar tidak boleh salahkan BERSIH atas kegagalan kerajaan untuk melaksanakan reformasi melawan rasuah ini.
Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH
Kenyataan Media BERSIH
5 Mac 2026
SPRM Tidak Boleh Jadi Senjata Politik, Azam Baki Perlu Letak Jawatan Segera
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam halatuju Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang dilihat semakin menyimpang daripada mandat asalnya untuk penguatkuasaan mencegah serta melawan rasuah, namun sebaliknya menjadi alat intimidasi politik melalui institusi ini.
“Pemburuan” awam terbaru terhadap James Chai, seorang warganegara biasa dan bekas pegawai kepada bekas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, menandakan satu tahap baharu yang membimbangkan. Dengan menyiarkan “notis mengesan” yang turut memaparkan alamat rumah keluarganya - di mana ibu bapanya yang sudah lanjut usia menetap - walaupun James Chai menegaskan beliau tidak pernah dihubungi secara langsung untuk sebarang siasatan, SPRM telah terlibat dalam tindakan memalukan secara sengaja serta membina persepsi telah bersalah. Ini bukanlah prosedur siasatan yang lazim dan wajar, dan hanya boleh disifatkan sebagai pendedahan (doxxing) institusi yang bertujuan mencemarkan reputasi.
BERSIH mengambil maklum dengan kebimbangan bahawa peningkatan tindak balas ini berlaku ketika ramai pihak termasuk YB Rafizi Ramli terus lantang memperjuangkan reformasi institusi dan baru-baru ini berucap di perhimpunan #TangkapAzamBaki yang dianjurkan oleh masyarakat sivil dan aktivis mahasiswa. Masa tindakan ini diambil menimbulkan persepsi wujudnya pola tindakan balas, di mana SPRM dipersenjatakan terhadap mereka yang menuntut kebertanggungjawaban institusi penguatkuasaan antikorupsi ini.
Mempergunakan Suruhanjaya tersebut untuk menyasarkan pegawai politik atas alasan “kepentingan negara” sambil mengabaikan kerosakan di peringkat tertinggi suruhanjaya itu sendiri adalah satu pengkhianatan terhadap semangat reformasi.
Keyakinan awam terhadap SPRM telah merosot ke tahap rendah susulan pendedahan terkini oleh Bloomberg mengenai dakwaan kaitan “mafia korporat” dalam agensi tersebut serta bayangan berpanjangan berhubung pegangan saham Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki.|
Berbanding menangani dakwaan serius ini secara telus, pihak berkuasa memilih untuk:
1. Mengganggu wartawan dengan menghantar polis ke pejabat tempatan Bloomberg untuk menjejaki wartawan penyiasat;
2. Membingkaikan kewartawanan penyiasatan yang sah sebagai satu konspirasi asing, iaitu taktik yang mengingatkan kepada pendekatan era Najib Razak semasa skandal 1MDB, apabila tindakan keras diambil terhadap media dan aktivis dengan alasan “aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen” demi kelangsungan politik susulan laporan The Wall Street Journal mengenai 1MDB.
BERSIH melihat ironi besar apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang suatu ketika dahulu mendapat sokongan teguh media antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia ketika berdepan penganiayaan politik, kini mengetuai pentadbiran yang melabel kewartawanan penyiasatan sah oleh media antarabangsa sebagai “campur tangan”.
Menolak laporan rasuah sebagai konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan adalah satu kaedah memperdaya rakyat Malaysia daripada melihat isu sebenar. Perdana Menteri perlu beringat bahawa beliau sendiri pada satu masa pernah menjadi mangsa undang-undang dan institusi berat sebelah yang kini dibiarkan berterusan.
Sehubungan kegagalan sistemik ini, BERSIH sekali lagi mengulangi tuntutan berikut:
1. Peletakan Jawatan Segera Azam Baki: Kehadiran beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya tidak lagi boleh dipertahankan dan terus menjejaskan reputasi SPRM.
2. Reformasi segera SPRM: Reformasi Proses pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM mesti diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen (JKP) bagi memastikan pengawasan dwi-partisan dan berintegriti.
3. Hentikan gangguan terhadap James Chai dan wartawan: Hentikan penggunaan “Notis Mengesan” sebagai alat memalukan secara terbuka dan hentikan intimidasi terhadap media. Modus operandi SPRM seolah-olah sesuatu pihak itu telah bersalah sebelum ada siasatan yang telus.
4. Tubuhkan segera satu panel yang bebas atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semua tuduhan yang tertunggak termasuk tuduhan ''mafia korporat'' di dalam SPRM.
Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani tidak boleh mendakwa memerangi rasuah sambil melindungi ketua penguatkuasanya daripada penelitian yang sama yang dikenakan secara terpilih terhadap pihak lain. Sehingga kini Kerajaan Madani tidak menunjukkan kepimpinan yang berkesan untuk menyiasat Azam Baki melalui satu badan yang bebas daripada campur tangan Eksekutif.
Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH
America killed Bin Laden, what did it offer the people of Afghanistan afterward?
America killed Saddam Hussein, what did it offer the people of Iraq afterward?
America killed Yasser Arafat, what did it offer the people of Palestine afterward?
America killed Muammar Gaddafi, what did it offer the people of Libya afterward?
America killed Ali Abdullah Saleh, what did it offer the people of Yemen afterward?
America overthrew Bashar al-Assad, what did it offer the people of Syria afterward?
America arrested Nicolás Maduro, what did it offer the people of Venezuela?
America cannot be trusted; it is merely a colonial power exploiting peoples and resources.
Alhamdulillah saya bersama mshaffuan dan Nicholas chin diberikan kepercayaan dari Astro Shaw untuk menghasilkan sebuah short teaser untuk Astro Shaw Cinematic Universe : The Beginning.
Selamat menonton semua
Alhamdulillah saya bersama mshaffuan dan Nicholas chin diberikan kepercayaan dari Astro Shaw untuk menghasilkan sebuah short teaser untuk Astro Shaw Cinematic Universe : The Beginning.
Selamat menonton semua