Kesian. Bila rasa berjaya/ berduit sikit terus buat drama diri seolah mental
Kununnya pernah dihina wanita la
Pernah dihina di sekolah la
Pernah makan nasi dan garam lah
Masa miskin dulu
Org yg betul2 miskin pun takda hidup sedih mcm tu
Billionaire mcm mendiang Lim Goh Tong pun tak pernah cerita benda2 mcm ni walaupun beliau membesar masa World War 2
Baru-baru ni The Edge Weekly ada kongsi perbandingan untung - rugi antara beli atau sewa rumah.
1. Tahun pertama sewa dapat jimat RM11.6k
2. Beli rumah mula untung selepas 12 tahun
3. Lepas 35 tahun - rumah jadi aset RM2 juta, sewa rugi RM289k + tiada aset
Baru ni ada isu pengantin kecewa sebab makanan tak cukup untuk tetamu
Rupanya relatives pergi jemput jiran
Daripada 150 pax dah jadi 400
Dekat indonesia ada cara nak avoid benda macamni jadi
Dekat malaysia dah ada orang buat ke?
Jangan stress2 bila iPhone storage korang dah nak penuh sbb ada solution dia...
Instead of subscribe iCloud, lagi berbaloi kalau korang guna iXpand ni
Sebab apa ? Jom aku share
(Thread)
Bila dah faham semua yang kita ada ni cuma pinjaman dan boleh ditarik bila-bila masa, jadi lebih selesa lay low. Berkongsi buat pedoman untuk orang lain dan untuk belajar bersyukur boleh lah, jangan sampai ada rasa sombong dan lupa diri.
Simple Rule of Hutang
1. Jangan bagi pinjam kalau tak ready nak relakan semua
2. Jika beri hutang, pastikan bertulis, dan berakad.
(Details sambung thread)
Kita nak elakkan perkara macam ⤵️
Cara Elakkan Beri Hutang
Kadang kita ada duit, tapi berat laa nak kasi pinjam.
Kalau cakap takde duit, nanti sungguh jadi takde duit.
Serba salah? Ni alasan saya bagi…
Great travel tips dari saudara Khairul Aming 👇🏻
Kalau pergi ke New Zealand (atau mana-mana negara yang pemeriksaan kastam agak ketat), buat list bahan masakan yang dibawa.
Ini akan memudahkan urusan di lapangan terbang & Alhamdulillah barangan yang mereka bawa tak dirampas 👍🏻
3 perkara dalam Islam kita kena rahsiakan:
1. Umur: Rahsiakan umur. Kalau orang tau umur kita mungkin orang pandang rendah kepada ilmu & kedudukan kita jika yang bertanya tu lebih tua.
2. Gaji: Rahsiakan gaji kita untuk menghindari dari iri hati atau pandang rendah kalau bukan setaraf.
3. Keluarga: Rahsia tentang hal ehwal keluarga untuk menjaga kehormatan dan privasi keluarga.
2 influencers yang mengajak kita ke yang lebih baik tahun ini.
1. @khairulaming untuk kita be fit and healthy, whilst enjoying our food.
2. Alif Satar untuk kita solat jemaah Subuh di masjid.
Have a great 2024!!
I lost 20kg in 2023
Bermula dengan berat 113 kg dan turun ke 93kg. Hilang 20kg memang rasa life changing. Dulu badan selalu semput dan baju makin tak muat. Now dah mula rasa fit and senang nak buat kerja seharian 🥺
It’s been a long year and I can’t wait for 2024🎉
Bila-bila masa Allah boleh tarik apa yang kita ada sekarang.
•Partner
•Family
•Kawan
•Harta
•Otak
•Duit
•Kereta
•Rumah
•Followers
•Bisnes
•Title
•Kesihatan
Jadi, kena sentiasa beringat & ready mental bila terjadi betul-betul.
Perlu bersyukur selalu.
Salah sorang saudara aku waktu kecil pernah main gayut-gayut, ada saudara lain tolak badan dia dari belakang, yg gayut tu jatuh, tangan landing dulu ke tanah, pergelangan tangan dislocate.
Ibunya bawa pergi jumpa tukang urut yg memang terkenal dalam kejiranan, letak telur, balut kain putih dekat wrist yg dislocate tu.
Sudahnya, injury tu tak baik-baik.
Terpaksa ke hospital.
Doktor buat keputusan untuk simen tangan tu, sebab tulang ada retak juga. Doktor pesan, lagi awal datang lagi bagus sepatutnya.
Benda ni aku jadikan pengajaran hidup.
Kalau kita cedera, cari doktor,
jangan cari tok batin.
Kalau bisnes kita down, cari orang bisnes yang memang pakar dalam memberi nasihat yg praktikal untuk fix the issues.
Jangan tanya ustaz.
Bab sihir aku tak nak komen, tapi apa kata kita letak benda sihir, benda ghaib ni paling LAST sekali; kita setelkan benda praktikal depan mata.