LANGGAR LARI | Pegawai kanan polis ditahan susulan kemalangan yang mengakibatkan kematian pelajar tingkatan lima selepas motosikal ditunggang remaja itu dilanggar kereta dipandu pegawai polis berkenaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru.
Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur, pegawai-pegawai IPPT USM Bertam, Pertubuhan Pengusaha Institut Pendidikan Swasta Seberang Perai Utara, ahli jawatankuasa pelaksana dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program yang hebat sebegini.
KARNIVAL HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2023 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Kemain meriah Karnival Hari Kanak-Kanak. Ada yang duduk dari pagi sampai ke petang.Ada yang mai kedua-dua hari pun ada. Dahsyat sungguh depa.
Banyak aktiviti-aktiviti sihat dan bermanfaat yang diadakan untuk meraikan kanak-kanak yang hadir.
Program telah pun berlangsung selama 2 hari di Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia, Bertam.
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, muliakanlah kematian mereka, lapangkanlah kubur mereka, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga mereka, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang soleh
ZIARAH DI PULAU MERTAJAM
Kehilangan orang yang tersayang sangat memberi kesan. Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga alrmarhum Abdul Rani, Rashidi dan Saiful Anuar.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهم وَارْحَمْهم وَعَافِهم وَاعْفُ عَنْهم
Sanah Helwah murabbi kami, YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Semoga diberi kesihatan yang baik dan terus berada di bawah rahmat dan kasih sayang Allah.
Alhamdulillah terima kasih saya ucapkan kepada semua muslimat Dun Tepoh dan saya berharap sudi kiranya lagi datang ke Kepala Batas nanti.
Saya bekalkan juga cenderahati “Kopi Hang Tuah” iaitu produk dari Kepala Batas untuk dibawa balik ke Terengganu.
"Kepala Batas Sejahtera"
Kunjungan delegasi muslimat Dun Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu. Terkejut saya 3 biji bas yang sampai.
Mereka sedang mengadakan Lawatan Informasi ke Kedah, Perlis dan Pulau Pinang selama tiga hari.
Sungguh saya amat terharu menerima kunjungan ini kerana mereka antara muslimat di belakang tabir yang sentiasa bekerja keras agar Terengganu dipimpin oleh kepimpinan yang baik & sejahtera.
Alhamdulillah lega saya baca bila ada maklum balas positif mengenai penambahan PPP.
Terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan di peringkat Persekutuan dan Negeri kerana bersama-sama melihat isu kekurangan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di Hospital Kepala Batas.
PROJEK PERUMAHAN AWAM TERBENGKALAI
Pertanyaan saya kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan tentang senarai terperinci projek perumahan awam yang terbengkalai di seluruh Malaysia dan apakah garis panduan yang boleh dibuat oleh pembeli-pembeli terhadap projek tersebut.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2023
Bersama kita noktahkan stigma terhadap kesihatan mental. Selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia kepada semua rakyat Kepala Batas yang disayangi.
"Kepala Batas Sejahtera"
#KepalaBatasSejahtera#KepalaBatas