Selamat Menyambut Hari Polis Ke-215!
Terima kasih kepada seluruh warga PDRM atas segala khidmat bakti, keringat dan pengorbanan yang telah dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan dan menjaga keamanan negara ini.
Terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan barisan kepimpinannya yang sudi bertandang ke Rumah UMNO Pontian, malam tadi.
1/3
Perjumaan bersama Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein Menteri Pertahanan Malaysia. Semoga Dato’ Seri dapat memimpin negara dengan baik, sempat juga saya mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu kawasan banjir di Jerai Kedah tempoh hari.
Selamat Menyambut Hari Pahlawan, hari ini marilah kita sama-sama memperingati hasil keringat dan darah para pahlawan yang mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan Negara.
Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Memuliakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-62, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan anda semua dalam mendidik anak bangsa kita.
Selamat Menyambut Aidil Fitri. Semoga diterima segala amalan kita sepanjang bulan ramadan ini, setelah sebulan umat Islam menahan diri dari lapar dan dahaga disamping pekara yang membatalkan puasa. Kini tibalah masa untuk menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidil Fitri.
Sempena Jubli Intan usia Umno mencapai 75 tahun. Ianya bukan sekadar angka namun itulah tempoh perjalanan Umno membangunkan negara Malaysia yang sudah bertukar menjadi sejarah. Berpijak kepada reality ayuh kita semua bangun meletakkan kembali Umno dipersada negara diPRU ke-15 ini
Selamat hari pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia dan kepada frontliners terima kasih kerana membantu tanpa putus asa untuk mengekang penularan wabak covid-19 walaupun dalam keadaan sukar mengharungi pandemik.Anda adalah wira
Selamat Hari Pekerja 2021
“Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang memberi syafa’at kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti” (Riwayat Muslim)
Salam Nuzul al-Quran
17 Ramadhan 1442H
Kali terakhir saya berada di atas pentas PAU sebagai pembahas kira-kira 12 tahun lalu, ketika itu saya menjawat jawatan Senator di dalam usul agama. Kelamarin saya diberi tanggungjawab sebagai pembahas mewakili Perhubungan UMNO Negeri Kedah
Saya sentiasa menghargai pengorbanan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan kedaulatan dan keamanan negara daripada sebarang ancaman hingga sampai ke peringkat mempertaruhkan nyawa. PDRM adalah barisan hadapan penjaga dan pengawal keselamatan negara.
Bangun dari tidur yang lena, bersama kita rapatkan saf, perkukuhkan ukhuwah, satukan matlamat perjuangan. Umno pasti di hormati, selamat bersidang kepada semua perwakilan