Kisah yang mungkin saya tidak pernah kongsi sebelum ini.
Bagaimana mak saya sanggup menggadaikan rantainya semata-mata nak tengok saya dapat sambung belajar ke @OfficialIIUM .
Dengan bermodalkan RM700 ini, saya survive untuk teruskan hidup dan belajar di UIA sehinggalah tamat.
Alhamdulillah.
Terima kasih Mak.
Terima kasih Bapa.
#doczam
Merafak sembah dan menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerima patik mengadap.
Dalam sesi mengadap tersebut, patik berkesempatan mempersembahkan beberapa perkara berkaitan perkembangan semasa sektor pendidikan tinggi negara serta inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi demi kemajuan pendidikan dan pembangunan modal insan negara.
Patik juga mempersembahkan beberapa naskhah buku kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai tanda penghargaan dan menjunjung tinggi tradisi ilmu yang sentiasa dekat di hati Tuanku.
Patik mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak serta seluruh Kerabat Diraja Perak sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, keberkatan dan dilimpahi rahmat Allah SWT. Semoga Duli-Duli Yang Maha Mulia terus memayungi negeri dan rakyat dengan penuh kebijaksanaan serta hikmah.
Daulat Tuanku.
Percutian Staff Khairulaming 2025
Ini percutian terbesar kita buat untuk 100 staff bercuti di KL. Semua dapat bilik hotel suite 5 star, dinner A5 wagyu, Splashmania, Wild Life tour, private Hop On Hop Off ride, Aquaria KLCC, berlumba Go Kart, main VR games, Indoor themepark, shopping di TRX, Bukit Bintang dan Central Market. Duit poket disediakan untuk shopping.
Dapat staff yang baik & setia macam ni adalah hadiah hari jadi terbesar utk saya. Selamat hari jadi yang ke-33 wahai Khairulaming ❤️🥹
Tengah chill layan movie kat Unifi TV 2.0 🎬
Korang cepat download siap² sebab #WeddingOfTheYear malam ni wehhh 👀
👉 https://t.co/WopsMuOUAd
(FREE access, sign up email je)
#SetulusTakdirFattahAmira#UnifiTV
Macam biasa kalau lepak malam dgn hubby mesti ada air, minum air Yeo's sharing with hubby 🫶 Yang penting yakin air Yeo's the best choice 😍👍🏻
#yeosmy#yeosno1trustredbrand#nourishinggoodness
MALAYSIA-INDONESIA PERKUKUH KERJASAMA PERLINDUNGAN PEKERJA MIGRAN
Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur | Sabtu, 24 Mei 2025
YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia hari ini mengadakan pertemuan dua hala bersama TYT Abdul Kadir Karding, Menteri Perlindungan Pekerja Migran Indonesia bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Pertemuan ini memberi penekanan terhadap pengukuhan kerjasama strategik dalam aspek perlindungan dan kebajikan pekerja migran Indonesia di Malaysia.
Antara agenda penting yang dibincangkan termasuk pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Ke-5 Malaysia-Indonesia berhubung Memorandum Persefahaman (MoU) Tenaga Kerja Indonesia yang dimeterai sejak tahun 2004. Fokus perbincangan merangkumi proses pengambilan, penggajian serta penghantaran pulang pekerja domestik Indonesia secara lebih berstruktur dan telus.
Inisiatif ini selaras dengan teras Keadilan dan Ihsan dalam kerangka Malaysia MADANI, yang menekankan prinsip hak asasi manusia, keterjaminan sosial dan hubungan dua hala yang seimbang. Kerajaan Malaysia komited untuk terus memperkukuh ekosistem pekerjaan yang berperikemanusiaan dan bertanggungjawab, terutamanya bagi golongan pekerja rentan.
Pertemuan ini menandakan kesungguhan kedua-dua negara dalam memelihara martabat dan kebajikan pekerja migran, di samping memperkukuh hubungan diplomatik yang harmoni antara Malaysia dan Indonesia.
#KementerianSumberManusia #KESUMA #MalaysiaMADANI #PekerjaMigran #KerjasamaSerantau
🎥 APA KATA PENGUNJUNG RERUAI KESUMA PMR JOHOR BAHRU TENTANG TVET?
📍 Reruai KESUMA @ Program MADANI Rakyat Johor Bahru
📅 23–25 Mei 2025
📌 Toppen Shopping Centre, Johor Bahru
✨ Jom dengar sendiri respon pengunjung yang singgah di reruai Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berkenaan dengan TVET!
📢 Anda dah singgah belum? Apa tunggu lagi, harini hari terakhir tau gais! 🗓️
#KementerianSumberManusia #KESUMA #MalaysiaMADANI #ProgramMadaniRakyat #JohorBahru #ToppenJB #PekerjaKesumaBangsa #TVETMalaysia #ILJTM #PERKESO #PTPK #JTKSM #JPK
Launched the MyMahir-NAICI initiative with @scheekeong today! A strategic partnership between NAIO & @TalentCorpMsia. This whole-of-govt effort aims to harness AI to tackle real industry challenges & build future-ready Malaysian talent.
RM10 JUTA UNTUK MEMPERKASA KESATUAN SEKERJA!
Wyndham Acmar, Klang | Jumaat, 23 Mei 2025
Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2025 bagi Zon Tengah telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia di Wyndham Acamar, Klang pada hari ini.
✨ Dalam ucapan perasmiannya, YB Menteri menekankan:
*Matlamat 3K*
🔹 Fokus kepada Kemahiran, Kebajikan, dan Keberhasilan pekerja.
*Hubungan Majikan-Pekerja*
🔹 Gaji minimum bukan ukuran tunggal – kesatuan boleh berunding CA dengan majikan.
🔹Wujudkan hubungan industri yang harmoni.
*Inisiatif Kad Pekerja MADANI*
🔹Kad diskaun 30% untuk ahli kesatuan – galak lebih ramai menyertai kesatuan.
*Isu Global*
🔹Dalam APEC: Ditegaskan hak pekerja tidak boleh dikompromi.
🔹Jangan hukum negara yang berusaha menjaga hak pekerja.
🔍 Sorotan Utama PHEKS 2025:
✅ RM10 juta diperuntukkan berbanding RM5.8 juta pada 2024
✅ 551 permohonan diluluskan, bernilai RM7.15 juta
✅ 138 permohonan untuk Zon Tengah (Selangor & WP) – RM2.1 juta
✅ 5 kluster utama dibiayai, termasuk latihan, kajian dan pendigitalan
✅ Kad Pekerja MADANI diperkenal – keistimewaan eksklusif ahli kesatuan!
📊 Statistik Terkini (2024):
- 762 kesatuan berdaftar
- 1,038,435 ahli
- 240 Perjanjian Kolektif (CA) manfaatkan 67,644 pekerja
📢 KESUMA terus komited memperkasa kesatuan sekerja demi masa depan pekerja yang lebih terjamin dalam kerangka MalaysiaMADANI.
#KementerianSumberManusia #KESUMA #MalaysiaMADANI #PHEKS #Zontengah #JHEKS
KESUMA DAN MYDIGITAL LANCAR MYMAHIR–NAICI UNTUK PERKASA TENAGA KERJA ERA AI
M World Hotel, Kuala Lumpur | Jumaat, 23 Mei 2025
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui TalentCorp dan MyDIGITAL melancarkan Majlis AI Kebangsaan MyMahir untuk Industri (MyMahir–NAICI) bagi memacu kesiapsiagaan tenaga kerja negara dalam era kecerdasan buatan (AI). Pelancaran turut menyaksikan pemeteraian MoU antara TalentCorp dan MyDIGITAL yang disaksikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong, dan Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo.
Inisiatif ini mengangkat prinsip Daya Cipta, Kemampanan dan Ihsan dalam kerangka Malaysia MADANI, dengan matlamat menyelaraskan pembangunan bakat AI secara menyeluruh. Menurut YB Steven Sim, cabaran sebenar adalah untuk memperkasa rakyat Malaysia agar berkembang bersama AI, bukan digantikan oleh teknologi tersebut.
MyMahir–NAICI memberi tumpuan kepada empat teras:
1. Pembangunan bakat AI
2. Integrasi industri
3. Penjajaran dasar dan pembiayaan
4. Tadbir urus pemegang taruh
Kajian awal mendapati kira-kira 620,000 pekerjaan formal berisiko digantikan AI dalam masa 3–5 tahun. Sebagai langkah awal, platform https://t.co/KOuGFabJGL akan menyediakan penilaian AI Readiness Index (AIRI) dan AI sandbox sebagai ruang inovasi untuk menyelesaikan isu industri secara langsung.
Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Thomas Mathew menyifatkan program ini sebagai jalinan erat antara dasar dan keperluan industri. Ketua Pegawai Eksekutif MyDIGITAL, Adrian Marcellus pula menekankan kepentingan pelaksanaan AI yang beretika dan berimpak.
Inisiatif ini dipantau oleh Unit Pemantauan Pelaksanaan AI (AI-IMU) dan menyokong pelbagai dasar negara seperti Ekonomi MADANI, NIMP 2030 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, ke arah masa depan tenaga kerja yang lebih cekap dan mampan.
#KementerianSumberManusia
#KESUMA
#MalaysiaMADANI
#MadaniBekerja
#MyMahir
#AIForAll
#TalentCorp
#DigitalEconomy