Melampau betul pukul mcm tu. Malaysia ini negara hukum, kalau benar pun ART tu salah, buat report polis biar undang2 memutuskan. Bukan buat hukum dengan tangan sendiri! Aku harap hukuman setimpal dijatuhkan kepada mereka. Jangan biar otak terletak dilutut!!!!! #pdrm
Jika benar informasi yang beredar bahwa tindakan ini dipicu oleh dugaan ART memukul anak majikan, tetap saja penyelesaian melalui kekerasan bukanlah jalan yang tepat. Semua pihak berhak mendapatkan proses yang adil sesuai hukum yang berlaku. Semoga kebenaran segera terungkap dan menjadi pelajaran bagi kita semua untuk mengedepankan penyelesaian yang bijaksana.
BREAKING: Former ministers Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad say they will vacate their parliamentary seats and leave the governing People's Justice Party to lead a new party.
๐ด More on https://t.co/hGzrK2N8WC
Saya masuk ke pejabat buat kali terakhir semalam dan hari ini (Jumaat) untuk urusan-urusan terakhir, termasuk mengemas pejabat.
Saya ingin ambil kesempatan ini untuk memperkenalkan beberapa orang yang banyak membantu saya mengusahakan inisiatif ekonomi di bawah Kementerian Ekonomi.
Mereka adalah pegawai-pegawai dasar dalam pasukan saya yang saya pujuk untuk meninggalkan kerjaya masing-masing sebelum ini dan berkhidmat di pejabat saya.
Dari cili kepada semikonduktor, kepada ekosistem syarikat pemula, JSSEZ, NETR, kepada gaji progresif sehinggalah RMK13, mereka banyak menterjemah idea-idea saya sehingga mula boleh dilaksanakan.
Kini mereka akan kembali ke bidang masing-masing.
Terima kasih dari saya kepada:
Dr. Azraai Bahari Nasruddin โ doktor pakar endokrinologi lulusan University of Cambridge, dengan lulusan tambahan dalam Informatics dari UCL. Ijazah Kelas Pertama. Berkhidmat lama di UK sebelum kembali ke Malaysia tahun 2014.
Benjamin Quek โ lulusan perbankan dan kewangan dari Monash University dan MSc dalam Applied and Computational Mathematics, John Hopkins University. Sebelum ini seorang pengurus dana.
James Chai โ pelajar terbaik undang-undang dari University of London dan sarjana undang-undang dari University of Oxford. Ijazah Kelas Pertama. Sebelum ini kerjaya undang-undang dan dalam bidang tech. Juga seorang penulis buku.
Ismat Qayyum โ lulusan PPE (Politics, Philosophy and Economy) dari London School of Economics (LSE). Ijazah Kelas Pertama. Sebelum ini di sektor perbankan.
Haqimi Zamri โ lulusan Politik and Hubungan Antarabangsa dari University of Nottingham. Sebelum ini mengusahakan perusahaan sosial pada usia yang muda.
Saya banyak belajar dari mereka, mungkin lebih dari mereka belajar dari saya.
@rafiziramli Kata dikota, itulah prinsip yg dipengang DS @rafiziramli kami akan terus menyokong DR biar badai melanda. Insyallah jika diberi rezeki semoga satu hari nanti DS dapat mengemudi bahtera reformasi. Terima Kasih atas perkhidmatan DS, kami rakyat terbanyak sangat menghargai.
Terima Kasih DS @rafiziramli atas perkhidmatan yg penuh reformasi dan transformasi yg cemerlang. Jasa DR amat dihargai dan akan terus dikenang seluruh rakyat terbanyak. Semoga DR terus kekal dgn prinsip dan jiwa reformasi membara. Kami akan tetap menyokong DR biar badai melanda.
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ฎ๐ด ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ฃ๐๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐
Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada YAB Perdana Menteri. ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ญ๐ณ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.
Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini. Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan.
Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam.
Amanah terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.
RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri.
Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pihak media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi.
Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
28 Mei 2025
Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan, sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.
Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik - cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.
Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini.
Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.
Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya.
๐ง๐๐๐ก๐ ๐ฌ๐ข๐จ
I have run many election campaigns before. Never in any of them so many nameless people echoed the messages so loudly, yet so resoundingly beaten in the result.
For that, I owe a mountain of gratitude to the average Malaysians who supported my campaign. From the bottom of my heart, thank you so much, only Allah can repay your kindness.
I will not dwell on the outcome. I have been very transparent and vocal in sharing my concerns on numerous issues, from the change in one member one vote voting system, to the integrity of the digital voting system, to the lackadaisical efforts to resolve them.
I can understand the frustration and disillusionment of ordinary PKR members and supporters out there. It will take time to shake off the sense that many years of dedication to PKR ideals have gone to waste.
I wouldnโt be human if I didnโt feel the same, even if only momentarily. Iโve spent a good part of my adult life, nearly 27 years, to be precise, serving the party: from running the International Free Anwar Campaign, to a leadership role in the PKR Youth Wing in its early years, to writing a book explaining Anwar Ibrahimโs court case to the layperson.
I left a promising corporate career at a relatively young age, at Anwarโs request, to become his Chief of Staff at the Selangor Economic Advisory Office. To date, I have had to endure 16 court cases: 7 criminal and 9 civil defamation suits, for exposing numerous financial scandals. I have probably spent more time in court than the average lawyer. I was sentenced to three years' imprisonment (suspended) under the Official Secrets Act (OSA) for my role in exposing 1MDB.
Honestly, I donโt feel that bad. If anything, I feel a great deal of relief that I can return to living a private life, away from the shenanigans of the corridors of power.
When I joined reformasi (before PKR was even launched), I was driven by an ideal. I wanted to see the first democratic change of government because I believe in competition. I believe the public deserves the best set of people to run the government. Competition promotes merit and keeps politicians on their toes. It is an antidote to rampant corruption.
I believe in a multiracial, progressive Malaysia because we are but a small nation. Multiracialism opens our minds to competition. It allows us to learn from one another and adapt the best practices. It builds empathy and compassion. Competition prepares us to be an outstanding member of the global market. All of this can lead to prosperity and provide a much better life for many Malaysians.
I joined PKR because of the promise of this ideal. I did not join PKR for public office or ministerial positions, let alone for financial gain. I understand that Anwar Ibrahimโs fate is intertwined with PKRโs, but I believe PKRโs relevance transcends Anwar or any one personality. Leaders come and go, but the ideal endures.
I stayed in PKR for 27 years, outlasting many of the pioneers and senior members of the party, because I believe PKR is still a work in progress. We have made substantial contributions to the coming of age of Malaysians as a mature society, yet we are still far from achieving the ideal we espoused.
I have never believed that holding a government position is the only way to achieve our ideals. Society must change faster than the government in order to realize a multiracial, progressive Malaysia - a goal that remains a work in progress.
I am proud of the ordinary PKR members and supporters who have staunchly stood by this ideal throughout the campaign, even when all odds were stacked against me. There is hope after all.
Thank you for the hundreds of messages expressing support. Thank you to those who offered their prayers. I was deeply moved when a few young party members shed tears, pleading with me not to walk away from PKR despite the sting of betrayal. There is hope after all.
I have no intention of giving up on the idealistic belief that Malaysia deserves better, a belief that inadvertently drew me into activism and politics in the first place. For every problem, there are multiple solutions. For every obstacle, there are many ways to overcome it.
With more time on my hands, I am grateful that I can now spend more time with everyday Malaysians.
In the meantime, the least I can do is to respond to as many of the supportive messages Iโve received as possible.
To those who feel disappointed, all I can say is: we must trust the process. Allah knows best what is good for us.
Once again, thank you very much from the bottom of my heart.
๐ฅ๐ฎ๐ณ๐ถ๐๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐น๐ถ
๐ฎ๐ฐ ๐ ๐ฎ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Aku terkesima, perwakilan PKR tak dengar rakyat terbanyak! Kata memperjuang rakyat. Aku pengundi tegar PKR makin luntur harapan. For now no secured votes for PKR from me and my family. Terima kasih @rafiziramli atas strategy dan usaha keras saudara dan team selama ini.
siap ambil cuti kecemasan khas untuk mengundi.
Marah, geram, bengang dan kecewa dan sekarang aku akan berpikir-pikir undi aku kepada siapa PRU16 nanti. Bahana #Damai mengila jawatan, ketika PKR ditampuk kuasa. Sokongan aku dan rakyat banyak kepada #Rafizi
Panjang lebar NIA tulis, satu-satu @rafiziramli jelaskan, siap ade timeline lagi, ini kene cakap, aku semenjak boleh mengundi bukan hanya undi PKR malah berkempen lewat media sosial, P2P untuk PKR dan jadi peraih undi ketika PRU. Sehingga 2 kali PRU aku โฆ.
๐๐๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐จ๐
Banyak perkara yang ditimbulkan kebelakangan ini, untuk memberi alasan kenapa saya perlu dikeluarkan dari kepimpinan kanan KEADILAN, adalah tidak bersandarkan kepada fakta dan kebenaran.
Terkini, tohmahan kononnya Nurul Izzah bertanding kerana saya akan meletakkan jawatan dan telah mengosongkan pejabat.
๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐๐ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐๐๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐๐๐ถ๐๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐ธ๐๐ ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ:
๐ฎ๐ด ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ โ YAB Presiden menasihatkan supaya tidak ada pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden di pelancaran bersama Mesyuarat Agung Tahunan PKR Selangor. Beliau meminta saya diberi laluan mudah.
๐ด ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ YAB Presiden meminta saya kekal bertanding sebagai Timbalan Presiden. Beliau hadir ke acara rumah terbuka Kementerian Ekonomi.
๐ญ๐ฏ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Pemilihan cabang berlangsung bagi minggu kedua. Keputusan pelik (termasuk badan tanpa kepala, undi hilang) memuncak dan pola keputusan menunjukkan sesuatu tidak kena.
๐ฎ๐ญ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Sdr Saifuddin Nasution Ismail datang berjumpa di pejabat saya dan kami berbincang lebih 4 jam. Saya maklumkan ada gerakan yang mahu saya tidak lagi menjadi Timbalan Presiden. Saya maklumkan saya terbuka untuk tidak bertanding, sekiranya itu menghentikan kekacauan yang berlaku. Saya nyatakan tidak ada keperluan untuk menggoncang kestabilan parti dan kerajaan hanya untuk mengeluarkan saya. Saya juga akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi kerana prinsipnya mestilah pimpinan parti yang dipilih yang menganggotai Kabinet.
๐ฎ๐ฎ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Saya berjumpa YAB Presiden. Saya nyatakan perkara yang sama kepada beliau. Beliau tidak bersetuju. Beliau memaklumkan aduan-aduan mengenai sistem dan keputusan di peringkat cabang akan dibincangkan di dalam MPP Khas yang telah dipanggil keesokan hari.
๐ฎ๐ฏ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ MPP Khas berlangsung dalam keadaan tegang dan menemui jalan buntu. Mesyuarat berakhir tanpa ada sebarang persetujuan yang jelas mengenai aduan-aduan.
๐ฎ๐ฐ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Oleh kerana tiada jalan penyelesaian yang jelas diputuskan oleh MPP Khas, saya membuat keputusan mengambil cuti untuk berjumpa seberapa banyak cabang yang tidak berpuas hati. Surat memohon bercuti dihantar kepada YAB Presiden. Surat hanya memohon cuti, tidak timbul soal meletak jawatan atau tidak bertanding kerana saya akur dengan permintaan YAB Presiden sebelum itu untuk saya kekal bertanding.
๐ฎ๐ด ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ YAB Presiden menelefon dan mohon berjumpa. Saya mohon untuk saya selesaikan perjumpaan saya dengan akar umbi dan bersetuju berjumpa pada 30 April.
๐ฎ๐ต ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ MPP bersetuju untuk mengadakan audit bebas ke atas sistem dan keputusan pemilihan di peringkat cabang, untuk mengatasi masalah defisit kepercayaan kepada sistem menjelang pemilihan pusat.
๐ฏ๐ฌ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Saya berjumpa YAB Presiden. Beliau sekali lagi mengulangi permintaan untuk saya mempertahankan Timbalan Presiden dan kekal dalam kabinet. Saya menyatakan pandangan saya bahawa sesiapa yang menang Timbalan Presiden mestilah mewakili parti dalam kabinet dan saya wajar menarik diri jika kalah. Jika tidak, PKR dilihat tidak berbeza dari parti lain yang berkisar mengenai kedudukan dalam kerajaan.
๐ฒ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Kenyataan-kenyataan media yang disusun oleh individu tertentu (sebahagiannya adalah Setiausaha Politik PM sendiri) mula keluar untuk menunjukkan saya ditolak ketua cabang dan pimpinan kerajaan dari PKR. Kenyataan-kenyataan ini menyatakan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah.
๐ณ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Dalam satu kenyataan media, saya mengesahkan saya akan bertanding dan mengalu-alukan penyertaan calon lain.
๐ต ๐ ๐ฒ๐ถ โ Penamaan calon bagi jawatan Timbalan Presiden. Nurul Izzah tetap bertanding walaupun tahu bahawa saya akan mempertahankan jawatan.
๐ญ๐ฌ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Kempen HIRUK bermula.
๐ญ๐ต ๐ ๐ฒ๐ถ โ Saudara Saifuddin memohon untuk saya pertimbangkan permintaan Nurul Izzah untuk berjumpa dengan saya.
๐ฎ๐ฌ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Saya berjumpa Nurul Izzah dan Saifuddin di rumah Saifuddin. Inti pati perbincangan akan saya ulas di perenggan seterusnya.
Saya ingin nyatakan bahawa saya tidak pernah mendraf surat meletak jawatan, atau menyatakan tidak akan bertanding. Alasan yang diberikan konon Nurul Izzah masuk bertanding untuk menyelamatkan parti akibat kekosongan jawatan adalah tidak benar. Saya telah umumkan terlebih dahulu saya akan mempertahankan jawatan seperti yang diminta oleh YAB Presiden sendiri.
Saya juga tidak pernah berkemas untuk mengosongkan pejabat. Pejabat saya masih kekal bersepah dengan fail-fail hingga ke hari ini. Selepas bercuti selama 4 hari untuk berjumpa dengan akar umbi, saya kekal menjalankan tugas menteri seperti biasa.
Jika benar Nurul Izzah bimbangkan kekosongan jawatan Timbalan Presiden, Saudara Saifuddin boleh sahaja bertanding sebagai timbalan. Lebih mudah, Nurul Izzah boleh berhubung dengan saya untuk mengesahkan, seperti mana beliau sering berhubung di tahun-tahun 2021 dan 2022 untuk memujuk saya kembali aktif ke arah persediaan PRU2022.
Dalam pertemuan terakhir pada 20 Mei, Nurul Izzah sekali lagi merayu kepada saya untuk membantunya selepas pemilihan parti. Ada gambaran beliau menawarkan jawatan kepada saya. Saya nyatakan di awal perjumpaan saya tidak berminat dan akan menghormati keputusan pemilihan.
Alasan yang diberikan ialah kebimbangan beliau dengan barisan kepimpinan baru yang dilihat bakal menimbulkan masalah kepada YAB Presiden dan parti. Secara jelas, beliau berkongsi kebimbangan mengenai niat mereka, rekod mereka, amalan politik mereka dan kesannya kepada parti.
Inilah sebenarnya jawapan kepada soalan โAda Apa Dengan Hiruk?โ
Saya tidak pandai bermuka-muka. Saya diketahui di dalam dan luar parti yang saya tidak selesa dengan beberapa kumpulan, yang pada pandangan saya, tidak menggambarkan reformasi politik yang dibawa PKR. Amalan mereka banyak berkisarkan wang dan keghairahan mereka untuk mendapatkan jawatan bertentangan dengan janji reformasi yang dibawa parti.
Saya konsisten menolak mereka.
Atas alasan ini, saya dituduh ego. Setiap kali ada pemilihan, kumpulan ini bekerjasama untuk menolak calon-calon yang tidak mengamalkan perkara yang sama.
Saya dituduh memburukkan parti apabila mengkritik amalan-amalan ini secara terbuka.
Akhirnya, setelah kumpulan-kumpulan ini diyakini akan membarisi kepimpinan baru PKR, saya juga yang dirayu untuk melawan mereka di dalam parti.
Jika Nurul Izzah bimbang mengenai amalan mereka, Nurul Izzah sepatutnya tidak bersekongkol dengan mereka demi untuk menang jawatan Timbalan Presiden.
Insya Allah, tanggungjawab itu menjadi tanggungjawab beliau selepas ini. Allah dan rakyat akan menghakimi kita, melangkaui jeritan reformasi kita di dalam kempen.
Saya bersyukur saya telah melakukan yang terbaik untuk melepasi ujian kuasa kali pertama ini.
#HIRUK #IdealismeDalamUjianKuasa #PemilihanPKR2025
Just my two cents, if Rafizi menang rakyat akan cakap PKR tolak Anwar, if Izzah menang rakyat akan cakap PKR parti anak beranak Anwar. Masa PRU nanti mana lagi mudarat? Parti Dinasti/Nepotism ke org tolak Anwar? Jangan bergantung pada Individu sbb ini PKR! Go @rafiziramli
@rafiziramli OWH NO!!! Saya berpendapat DS Rafizi harus terus ditampuk Timbalan Presiden dan terus sebagai Menteri Ekonomi. Kami memerlukan perkhidmatan dan buah fikiran saudara. Rakyat banyak bersama saudara! @rafiziramli