Dekat tempat kerja kena ingat ni:
- kerja bukan tempat berkawan
- jangan baik hati tolong buat kerja orang lain
- jangan pernah cerita benda personal dekat sesiapa even dah rapat
- jangan percaya sesiapa (paling penting)
Kadangkala kita rasa doa kita lambat dimakbulkan Allah, tetapi yakinlah Allah menyimpan yang lebih baik, atau menjauhkan kita daripada yang lebih buruk. Teruskan berdoa.
Simbol-simbol ini telah diletakkan di dalam mushaf al-Quran ketika percetakan mushaf Raja Fuad I di bawah seliaan Sheikh Ali bin Khalaf al-Husaini pada tahun 1332 Hijrah.
Simbol-simbol ini adalah di antara bidaah hasanah yang dilakukan oleh para ulama sebelum kita, al-Quran ketika sempurna pengumpulannya menjadi sebuah mushaf tidak mempunyai simbol-simbol ini, begitu juga baris dan titik.
Jangan takut kehilangan seseorang di dalam hidupmu, tetapi takutlah kehilangan Allah di dalam hidupmu, kerana itu adalah puncak kegagalan seorang hamba.
Seburuk-buruknya kita, jangan pernah menceritakan dosa yang kita pernah lakukan kepada orang lain, kerana golongan seperti ini tidak akan mendapat pengampunan Allah.
Orang yang memberi teguran bukan bermakna dia sempurna. Kalau hanya yang sempurna boleh memberi teguran maka tidak ada yang mampu menjalankannya kecuali Baginda Nabi ﷺ.
Agama ini nasihat. Seandainya teguran dan nasihat itu baik maka belajarlah untuk menerimanya.