Qobiltu ijazah.. Semoga الله bukakanlah jalan rezeki kita seluas-luasnya, diberikan kesihatan yang baik, bebas dari segala hutang dan dikurniakan kehidupan yang tenang. Aamiin..✨🤲🏻
Boleh amalkan doa ini untuk rezeki yang tak putus:
Inna haa zaa larizquna maa lahu min na fad.
Maksudnya:
“Sesungguhnya ini ialah pemberian kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis.”
Mari amalkan doa ini untuk mengelak penyakit 'ain:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yg sempurna, daripada syaitan, binatang berbisa dan pandangan mata yang dengki.
Manusia takkan lari dari ujian Allah. Tetapi semua ujian yang dihadapi ada baik yang boleh dipelajari.
Jangan sangka ujian itu tanda Allah tidak sayangkan kita. Tetapi itu adalah tanda kasih sayang Allah untuk hambaNya agar tidak lalai.
Korang pernah rasa macamni tak
"Kalau aku pendam rasa sesak didada + rasa semak kepala. Kalau aku luah boleh rosakkan suasana + tak semua boleh paham situasi kita. Kadang kita takda pilihan lain selain diam"
Ya Allah, jadikanlah bulan ini permulaan kepada segala kebaikan dan penamat kepada segala keburukan. Berkatilah aku dalam bulan ini dan kurniakanlah kepadaku limpahan rahmat serta kelebihan dari-Mu. Aamiin.. ✨🤲🏻
Bila tengah kenal seseorang tiap kali lepas solat doa ;
“Ya Allah Kau hadirkan dalam hidup aku ni, Adakah dia jodoh atau hanya ujian untuk aku, Jika benar jodoh dekatkan, jika hanya ujian semata kau jauhkanlah dari hal yang sia sia, aku taknak terluka lagi.”
Semoga setiap doa yang kita utuskan setiap pagi ini diberkati Tuhan. Permulaan hari yang baik dimulakan dengan hati yang bersih dan doa yang terbaik buat orang sekeliling kita.
Moga semua dilimpahkan rezeki yang mencurah-curah dan kesihatan yang baik.
Pernah baca kata-kata yang bagus :
"Jodoh itu di tangan kita, takdirlah yang di tangan Tuhan. Jika ingin berjodoh, maka kita sama-sama berusaha untuk saling bersama. Jika kita berpisah, bererti salah satu di antara kitalah yang tidak ingin berjodoh."
Allah tak turunkan ujian untuk menghancurkan kau ; tapi untuk membuka mata, membentuk hati dan menguatkan jiwa kau.
Mungkin hari ini kau rasa susahnya tak tertanggung, tetapi satu hari nanti kau akan faham bahawa setiap rasa sakit itu terselit rahmat yang tersembunyi.