Hiii semuaaa ☺️!! Today i ada new collection iaitu Shawl Cotton Nea 🌸 Shawl ni jenis COTTON, berbeza dgn EYELASH 🥰 Only RM 25 / pcs❗️Adaaaa DISCOUNT utk every each of you yg beli dgn i 😱🎊🎉!! Soo jgn lepaskan peluang 📌
Ws i terus utk belii 👉🏻 0182084632
Dah nak masuk tahun 2025, masih ada surau terpencil di KL buat majlis tahlil kematian arwah pd malam 1,2,3,7 dan 40.
Tinggalkan perkara² berkaitan ibadah yang tak dibuat oleh Rasulullah SAW.
Allahu Musta'an.
Kalau minta syurga ketika berdoa digalakkan kita minta 3 kali.
Sabda Nabi ﷺ :
“Tidaklah seorang Muslim memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, melainkan syurga itu akan berkata: 'Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga.' Dan tidaklah seseorang memohon perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, melainkan neraka itu akan berkata: 'Ya Allah, lindungilah dia daripada neraka.”
[HR Ahmad]
Sekadar berkongsi apa yang saya tahu.
Islam tidak perkenalkan poligami.
Sebelum kedatangan Islam, tiada had sama ada kahwin atau berzina, boleh seberapa ramai. Bahkan Arab Jahiliyyah ada hampir 10 jenis perkahwinan, dari tahan perempuan tengah jalan jadikan isteri terus tanpa mahar atau apa2 akad, sampai kepada anak kahwin dengan isteri ayahnya bila ayahnya meninggal kerana dianggap isteri ayahnya macam sekadar objek/harta yang diwarisi.
Islam turun menghadkan poligami dan meletakkan peraturan pada hubungan lelaki & wanita, letakkan aturan pada perkahwinan, memberikan hak kepada wanita.
Islam haramkan zina. Tiada hubungan seks sebelum bernikah. Perempuan dinikahi menjadi isteri, mendapat hak di dalam rumah tangga untuk diberikan nafkah, untuk dilayan dengan terhormat, untuk dilindungi. Bila suami mati, isteri ada hak kepada sebahagian harta suami.
Poligami dihadkan hanya kepada 4 isteri, dan ditekankan kepentingan bersikap adil. Sekiranya dirasakan diri tak mampu berlaku adil, Islam menasihatkan lelaki hanya berkahwin seorang sahaja.
Poligami memberikan hak kepada isteri kedua, isteri ketiga dan isteri keempat sebagai isteri yang sah. Anak-anak dari semua isteri ini, anak yang sah kepada sang suami dan ada tanggungjawab suami perlu laksanakan sebagai ketua keluarga bagi setiap keluarga terhasil dari setiap isteri tersebut.
Kita boleh lihat budaya mistress/perempuan simpanan/kekasih gelap/pelacur yang berlaku, wanita-wanita akhirnya tertindas tanpa mampu menuntut hak sebab tiada legitemasi sebagai isteri. Diguna dan dibuang begitu sahaja. Bila termengandung, kadang sampai terpaksa bunuh kandungan pun ada sebab lelakinya tak nak bertanggungjawab. Tak mengaku pula tu anak sendiri. Macam-macam kerosakan dan kezaliman ke atas wanita boleh berlaku.
Islam tidak biarkan lelaki melempiaskan nafsu tanpa tanggungjawab. Ada peraturan, ada tanggungjawab yang digalaskan ke atasnya.
Jika benar Islam bias kepada lelaki, Islam takkan letak had dan peraturan ini, sebab bukan senang nak bertanggungjawab kepada 4 orang isteri. Kalau Islam bias kepada lelaki, pasti dibiarkan sahaja lelaki lempiaskan nafsu tanpa tanggungjawab.
Tetapi tidak. Lelaki diletakkan bawah peratursn dan had. Dipertanggungjawabkan dengan undang-undang, dunia dan akhirat. Kalau berlaku zalim ke atas mereka, ujian di atas dunia dah satu hal, jadi tanggungan pula bila berdiri depan Allah di akhirat kelak kerana bertanggungjawab sebagai suami, ketua keluarga, bapa kepada anak-anak itu tuntutan Allah SWT ke atas lelaki.
Mengapa lelaki yang boleh kahwin 4? Mengapa bukan perempuan?
Sebagai rahmat Allah kepada wanita.
Allah tahu Allah ciptakan wanita bagaimana, lelaki bagaimana, emosi masing-masing bagaimana, biologi masing-masing bagaimana.
Sesiapa dah kahwin, dah ada anak, tahu betapa mencabarnya rumah tangga. Bayangkan perempuan kena melayan 4 suami, melahirkan anak untuk 4 orang lelaki. Contoh kalau dengan lelaki A berjaya dapat anak, takkan lelaki B, lelaki C & lelaki D yang merupakan suami sah tak mahu sekurang-kurangnya cuba dapat 1 anak juga masing-masing? Kemudian gaduh pula siapa nak anak dia dulu lahir sebab perempuan ada 1 rahim sahaja. Bila mengandung kena 9 bulan. Bila bersalin, kena rehat, kena susukan anak. Pada masa yang sama kena layan 3 lelaki lain? Bagaimanalah emosi dan tekanan yang akan dihadapi. Belum cerita kalau ada gaduh/masam muka berlaku dalam dinamik tersebut.
Itu baru satu sisi. Banyak lagi perspektif rumah tangga yang akan jadi bermasalah dengan konsep 4 suami 1 isteri, kerana itu tidak selari dengan fitrah kemanusiaan manusia.
Maha Suci Allah SWT yang aturkan semuanya sesuai dengan keadaan ciptaanNya. Allah Maha Tahu lagi Maha Bijaksana.
Kita tahu sedikit sahaja.
Jamak dan Qasar
Boleh jamak dan qasar solat sepanjang di destinasi perayaan yang kita pergi jika TIDAK berada di situ melebihi empat hari. Tidak termasuk hari tiba dan hari keluar.
Jika kita berniat untuk berada di lokasi empat hari keatas. Tidak boleh jamak dan qasar sebaik tiba di lokasi.
Rujuk jadual untuk contoh cara mengira hari yang boleh kita jamak dan qasar.
*Sekadar ulangkaji, untuk lebih memahami perlu belajar dengan berguru.
Saya rasa takkan dapat lupakan gambar ini buat selama-lamanya.
Saudara-saudara kita yang sedang mendapat rawatan di Hospital al-Aqsa dibom dan dibakar hidup-hidup oleh Rejim Zionis.
Setiap hari jenayah yang dilakukan semakin dahsyat.
Dunia melihat tanpa melakukan apa-apa.
Kuala Lumpur 'lumpuh' pagi ini.
Beberapa lokasi di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi, antaranya di sekitar Wisma Bernama dan Bank Negara.
📷: Orang Awam
#BernamaNews
Louder & jelas dari Tun Laila.
yang still jadi enabler, boleh slow-slow hadam & belajar.
that's why kena ada ilmu & boleh share awareness macam ni 💯
Terms yang fresh grad kena tahu.
SOCSO = PERKESO
SOSCO - Social Security Organization
PERKESO - Pertubuhan Keselamatan Sosial
EPF = KWSP
EPF - Employee Provident Fund
KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Apa lagi?
Dengar cerita, UPSR dengan PT3 nak dikembalikan semula. Baguslah. Budak-budak ni at least ada target nak dikejar.
Geli hati tengok orang tua yang bantah exam ni dikembalikan. Mesti diorang tak perform UPSR dengan PMR dulu 😂
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1445 Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia pada 16 September 2024 bersamaan 12 Rabiulawal 1446H.
Maulidur Rasul yang disambut setiap tahun ini adalah bagi meraikan keputeraan Baginda Rasulullah ﷺ yang lahir pada hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, iaitu pada tahun pertama selepas peristiwa tentera bergajah yang dipimpin oleh Gabenor Yaman, Abrahah.
Firman Allah ﷻ :
قُل بِفَضلِ اللَّهِ وَبِرَحمَتِهِ فَبِذٰلِكَ فَليَفرَحوا هُوَ خَيرٌ مِّمّا يَجمَعونَ
“Katakanlah Muhammad, dengan anugerah Allah dan rahmat-Nya maka hanya dengan itu berbahagialah orang-orang yang beriman. Hal itu (anugerah dan rahmat-Nya) lebih baik daripada harta dunia yang mereka kumpulkan.” (Surah Yunus: 58).
Sabda Rasulullah ﷺ :
إنما أنا رحمةٌ مهداة
Sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah).” (Hadis)
Orang yang menerima rahmat ini dan bersyukur atas nikmat ini, ia akan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Oleh itu, ayuh kita manifestasikan kesyukuran dan kecintaan kita pada Allah dan Rasul-Nya dengan menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul ini. Perbanyakkan amal soleh serta sentiasa berselawat ke atas junjungan Baginda ﷺ Moga kita semua dapat menanam akar kecintaan terhadap Rasul yang Mulia, tergolong dalam kalangan umat Baginda ﷺ, memperoleh syafaatnya serta reda Allah ﷻ di akhirat kelak.
#ustazwadiannuar