sedih tgok kisah adik ni , katanya di langgar oleh polis narkotik , dlm kereta ada 4org , dan sorg sahaja yg turun minta maaf . kaki adik ni dikatakan cacat kekal ๐ฅน dh buat report polis tpi tkde apa2 tindakan . mohon mana2 lawyer bantu keluarga ni , sebak sangat tgok adik ni meraung kesakitan ๏ฟฝ๏ฟฝ๐ญ๏ฟผ
CARA KIRA ZAKAT PENDAPATAN 2025.
Dah tiba akhir tahun ni, dah sampai masa untuk keluarkan zakat pendapatan anda. Aku kongsi cara kiraan zakat yang ada.
Ada 3 kaedah kiraan:
1. Guna Jadual Potongan Gaji (paling mudah).
2. Kiraan dengan tolakan asas Kifayah.
3. Kiraan tanpa tolakan.
+++++++++++++++++
1. Guna Jadual Potongan Gaji.
Kaedah paling ringkas. Tengok berapa gaji kasar korang kat jadual bawah ini dulu.
โข Bujang gaji kasar income lebih RM4,600 baru wajib bayar zakat RM74 sebulan.
โข Berkahwin anak 2 (KA2) gaji RM5,900, zakatnya RM76 sebulan dan seterusnya.
โข Warna Biru = Belum wajib keluarkan zakat. Tapi digalakkan untuk buat kiraan zakat dan bayar zakat untuk harta-harta lain juga.
โข Bagi yang pendapatan tak tetap, buat anggaran dan lebihkan sedikit supaya lebih yakin.
Full Jadual ini:
https://t.co/lAIerKpVgj
+++++++++++++++++
2. Kiraan Zakat dengan tolakan Kifayah.
Ini kiraan zakat yang lebih tepat. Maksudnya Pendapatan yang kita terima, tolak perbelanjaan asas dibenarkan.
Perbelanjaan Asas?
Diri, Tanggungan seperti jadual dibawah ini. Termasuk tolakan untuk KWSP dan TH jika ada. Bakinya baru dikenakan zakat.
Ini Tolakan Asas Had Kifayah:
Untuk kiraan lebih tepat, digalakkan untuk guna Kalkulator Zakat Pendapatan ini:
https://t.co/05if6rxVqh
+++++++++++++++++
3. Kiraan Tanpa Tolakan.
Kaedah ini biasanya digunakan oleh individu yang berpendapatan tinggi.
Upper M40 atau T20.
Biasanya cukai pendapatan mereka 15-28% dari pendapatan tahunan mereka.
Jadi kalau kena keluarkan zakat 2.5%, itu tak menjadi masalah untuk mereka.
Basic Kiraan:
[GAJI KASAR] x 2.5% = JUMLAH ZAKAT
Contoh: Gaji Kasar Tahunan : RM150,000
RM150,000 x 2.5% = RM3,750
+++++++++++++++++
Bayar Zakat Online.
Bagi nak buat BAYARAN ZAKAT boleh bayar secara ONLINE di sini :
https://t.co/4M0gvboiAA
+++++++++++++++++
Rebet Cukai.
Semua bayaran Zakat Pendapatan ini layak mendapat rebet cukai LHDN 100%.
Ini kelebihan kepada semua pengeluar zakat Zakat di Malaysia yang seharusnya digunakan semua muslim. Takde negara lain yang buat begini.
Contoh kiraan selepas keluar zakat:
Cukai LHDN Setahun : RM5,000
Bayar Zakat : RM2,000
Cukai LHDN dibayar kepada kerajaan : RM3,000
+++++++++++++++++
Semoga semua yang bayar zakat, rezekinya bertambah luas dan berkat, kehidupannya bertambah lapang dan tenang, keluarganya bahagia dan hartanya dibersihkan berkat bayaran zakat tersebut. Ameen!
Mohon panjangkan kepada sahabat lain untuk pahala berpanjangan dengan ingatkan mereka tentang zakat.
Wallahua'lam.
Bayangkan mercu-mercu tanda di Gombak ni ada koleksi ala ala mainan figura, mesti korang pun nak buat koleksi kan? ๐๐๐
Ada lagi yang korang nak Admin tambah?
(1/3)
@fourmeows1 Im a catlover and got 6 cats at home staying in condo. Please, as a catlover. We need tb more responsible. X perlu jaga kalau jiran terkesan. Cth Kebersihan ni dituntut dlm agama. Kalau dah ๐๐ฉmerata. Kotor & ๐ฆ org , dosa tu.Tak blh suruh org suka apa yg kita suka.
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) bantah pelantikan seorang ekspatriat warga India, Animesh Mukherjee sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan CIMB
Dalam satu kenyataan, NUBE mendakwa Animesh kurang memahami budaya tempatan serta empati terhadap pekerja. Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon menyifatkan pelantikan ini juga seakan-akan menghina kumpulan profesional sumber manusia tempatan dan menunjukkan sikap tidak menghargai bakat tempatan
Januari 2025, kos untuk naik ETS Kuala Kangsar - Kuala Lumpur pergi balik adalah RM118.
Mei 2025, kosnya adalah RM132. Kenaikan 12%.
Dah hampir menyamai naik kereta. Kalau berdua, dah RM264.
Kemudian kita pelik kenapa orang tak naik pengangkutan awam?
Saya sebenarnya tak nak la viral hal2 jiran tetangga ni, lama dh bersabar dh ikut saluran betul pun tak Di layan. Berkali2 dah kami buat report dgn pihak Majlis masih tiada tindakan.. dh umur2 gini puas tegur la. Nk gaduh pun tak da guna.. malas.. bukan lagi boleh selesaikan malah lagi tambah masalah.tapi makin diam makin melebih2 pulak
Tengok la gambar ni, Tu ada ampaian kain kat luar rumah, setiap kali nk masuk rumah atau keluar mesti ada ampaian dia kat sebelah..bila kita tegur pergi rumah dia dia boleh cakap suh kita alih sendiri kalau nk keluar, kau rasa mcmana? Nk keluar kereta kena alihkan ampaian nk masuk rumah kena alihkan ampaian. Depan rumah dia nak kosong.
Dia buang almari lama pastu depan rumah dia nk kosong je dia letak kat depan rumah saya.. sakit jiwa betul la.. paling sakit hati dia buang sampah2 dia dalam tong sampah rumah saya.. tong sampah dia nk kosong je. Banyak kali dah tapi malam tadi rezeki terakam CCTV (video)
Saya bukan nak gaduh atau nk keruhkan keadaan sekurangnya bila pihak majlis atau berkuasa datang ada la kesedaran dari dia tu.
2-3 kali saya buat aduan dalam sispa, ignore sampai sekarang .. dia kata kalau saya nk report pergi la report .. budak2 dia ramai dalam majlis tu. Kalau mcmtu susah la saya mereka ada kenalan.abis yang tak da kenalan ni macam mana?..
Saya buntu betul.mana saya nk war-war kan . Tak kan la saya sampai nk kena buat laporan kat polis pulak . Kita nk harmoni tak nak gaduh2 tapi kalau dh lama mcmni https://t.co/UaOBa6WByl boleh tahan.
๐ Taman perumahan di Sikamat, Seremban
Kredit: Negeri Sembilan Kini