Kenyataan Media
Pelantikan Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional
Saya ingin merakamkan setinggi – tinggi ucapan terima kasih atas kepercayaan dan amanah sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) baharu, yang diputuskan oleh semua Presiden parti anggota PN dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Perikatan Nasional (MPT PN) yang bermesyuarat khas pada hari ini, Ahad 22 Februari 2026.
Saya turut merakamkan setinggi penghargaan kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat bakti sebagai Pengerusi PN dari mula penubuhannya, bersama seluruh kepimpinan MPT PN yang membina PN sebagai asas muafakat politik yang dapat bergerak cemerlang sehingga mampu memenangi kerusi yang besar dalam Piihan Raya ke 15 yang lalu.
Tanggungjawab baharu kepada saya ini amatlah besar, berat dan mencabar, terutamanya dalam suasana pengharapan yang tinggi diberikan oleh pelbagai pihak dan rakyat kepada PN, untuk menjadi muafakat politik yang mampu membawa perubahan yang lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia pelbagai agama, bangsa, etnik dan latar belakang sosio ekonomi.
Saya akan berbincang dengan kepimpinan MPT PN untuk mengadakan mesyuarat MPT PN bagi menentukan pelantikan jawatan sebagaimana keperluannya dalam Perlembagaan PN.
Apa yang perlu disegerakan pada saat ini ialah pengukuhan muafakat politik ini, melaksanakan penambahbaikan struktur dan gerak kerja yang mampu menjadikan PN sebagai nukleus harapan rakyat.
YAB Dato’ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
22 Februari 2026/ 4 Ramadan 1447H
BRIEF PRESS STATEMENT
Appointment as Chairman of Perikatan Nasional
I would like to express my deepest gratitude for the trust and mandate entrusted to me as the new Chairman of Perikatan Nasional (PN), as resolved by all the Presidents of PN component parties and members of the PerikatanNasional Supreme Council (MPT PN) during a special meeting held today, Sunday, 22 February 2026.
I extend my highest appreciation to YB Tan Sri Muhyiddin Yassin for his dedicated service as the Chairman of PN since its inception, alongside the entire leadership of the MPT PN, for building PN into a foundation of political consensus that has progressed excellently, enabling us to secure a significant number of seats in the recent 15th General Election.
This new responsibility bestowed upon me is immense, heavy, and challenging, particularly amidst the high expectations placed by various parties and the public upon PN to serve as a political consensus capable of bringing meaningful change for all Malaysians across diverse religions, races, ethnicities, and socio-economic backgrounds.
I will engage with the MPT PN leadership to convene an MPT PN meeting to determine the appointments for the necessary designations in accordance with the PN Constitution.
What must be expedited at this critical juncture is the consolidation of this political consensus, alongside the implementation of structural and operational enhancements that will position PN as the nucleus of people's hopes.
YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Sunday, 22 February 2026 / 4 Ramadan 1447H
SEBAB BERLAKUNYA ISRAK MIKRAJ
1. Tasliyah (التسلية): Pengukuhan jiwa dan pemberian ketabahan kepada Nabi SAW selepas Tahun Kesedihan Nabi atas kewafatan Abu Talib, Siti Khadijah RA dan peristiwa di Taif.
2. Tasyri’ al-Solawat (تشريع الصلوات): Menerima perintah solat fardu lima waktu secara langsung daripada Allah SWT di Sidratul Muntaha.
3. Ira’atul Ayat (إراءة الآيات): Memperlihatkan tanda-tanda keagungan kerajaan Allah (Surah al-Isra’: 1) sebagai persediaan mental untuk fasa dakwah yang lebih besar.
4. Imtihan al-Iman (امتحان الإيمان): Ujian keimanan bagi penduduk Mekah untuk membezakan antara mukmin yang benar dengan golongan yang ragu-ragu.
5. Tashrif al-Rasul (تشريف الرسول): Pengiktirafan dan kemuliaan kedudukan Nabi ﷺ di sisi penduduk langit (para Malaikat & Nabi) berbanding penolakan kaum kafir di bumi.
Memahami sebab-sebab berlakunya Israk dan Mikraj ini membantu kita sedar bahawa setiap kesulitan yang kita hadapi pasti ada hikmah di penghujungnya. Sebagaimana Rasulullah ﷺ dikuatkan semangatnya melalui perjalanan ini, semoga kita juga terus cekal dalam berdakwah dan berpegang teguh kepada iman, walau apa pun ujian yang mendatang.
Minda Presiden PAS
ISLAM MENGIKTIRAF KEWUJUDAN KAUM DAN PERANANNYA
Kepada manusia yang buta al-Quran dan lupa akan Allah, lalu dijadikannya pelupa sehingga lupa akan asal usul bangsanya yang telah ditentukan oleh Allah Pencipta alam termasuk makhluk manusia. Bahkan, ramai kalangan yang buta al-Quran itu bercakap atau menulis mengikut selera akal dan perasaan mereka.
Perkara ini menjadi salah satu daripada tanda akhir zaman, dengan kemunculan kalangan yang jahil dan pendek akalnya, walaupun ada dalam kalangan mereka itu banyak ilmunya sehingga mengatasi akalnya sendiri. Lalu mereka berani membuat kenyataan dalam perkara besar yang berkait dengan ketetapan ilmu Allah.
Al-Quran menegaskan adanya kaum dan bangsa dalam kalangan manusia, serta bermasyarakat madani, adalah menjadi ketetapan Allah yang sekali gus menjadi fitrah (naluri) kemanusiaan.
Ciri fitrah adalah ketetapan Allah yang menjadi peraturan alam semesta yang tidak mungkin sekali-kali dapat diubah. Antaranya, perubahan yang boleh berlaku dengan pertambahan bangsa disebabkan adanya percampuran atau digantikan kaum atau bangsa yang terdahulu, kemudian dilahirkan pula berbagai-bagai kaum atau bangsa seterusnya.
Sebagai contoh, kehilangan bangsa Semitik (keturunan Sam) kepada kelahiran cabangnya kepada berbagai-bagai bangsa pula seperti Yahudi, Arab dan lain-lain. Manakala bangsa yang lahir daripada keturunan Yafith seperti bangsa Turki, Cina, Melayu dan lain-lain. Keturunan Ham pula melahirkan bangsa Afrika dan berbagai-bagai bangsa dan suku kaum yang lebih banyak cabangnya.
Antara hikmah sesebuah bangsa itu mendukung para rasul yang dilantik daripada kalangan bangsanya dalam perjuangan membawa risalah Islam daripada Allah yang mempunyai banyak cabaran dan musuhnya.
Baca selanjutnya:
https://t.co/9CTTlMTbTL
In case you forgot
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
we’ll remind you
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
that
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
︎
We have witnessed in Gaza the most horrific genocide in modern history.