๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐ ๐
๐๏ธ 17 Jun 2026 ๐Putrajaya
Seramai 40 orang warga kerja Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah menyertai Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M di Masjid Putra, Putrajaya hari ini.
Majlis bertemakan โMADANI Dihayati, Ummah Diberkatiโ itu diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah serta dihadiri kira-kira 5,000 tetamu.
Sambutan ini menjadi wadah menghayati makna hijrah ke arah kehidupan yang lebih baik berteraskan nilai keimanan, amanah dan integriti. Sultan Nazrin turut menyempurnakan pengurniaan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
Dalam titah baginda, Sultan Nazrin menegaskan kepentingan perancangan strategik serta mengingatkan bahawa Maal Hijrah merupakan detik untuk bermuhasabah dan memperbaiki kelemahan diri.
Selaras dengan aspirasi EAIC, semangat hijrah terus menjadi pemangkin dalam memperkukuh integriti, akauntabiliti dan pelaksanaan amanah demi kesejahteraan rakyat.
#EAIC
#AmanahDipegangIntegritiDijulang
#MaalHijrah1448H
#SalamMaalHijrah
๐ ๐ฏ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐.
โจ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐.
๐๐๐๐๐ ๐๐โ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Hijrah bukan sekadar perubahan masa, tetapi satu perjalanan ke arah menjadi insan yang lebih baik. Sempena kedatangan 1 Muharam 1448H, marilah kita menghayati semangat hijrah dengan memperteguh integriti, menyemai amanah dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan.
Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kekuatan untuk terus berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.
MADANI Dihayati, Ummah Diberkati
๐ 1 Muharam 1448H | 17 Jun 2026
#MaalHijrah1448H
#MadaniDihayatiUmmahDiberkati
#AmanahDipegangIntegritiDijulang
#EAIC
๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐?
๐ฒ Jom follow saluran WhatsApp rasmi kami!
๐ https://t.co/jOZjWuXB1H
Semua yang anda perlu tahu tentang EAIC, kini sampai terus ke WhatsApp anda! ๐ฒ
#EAIC#IntegritiDiJulangNegaraBermaruah#IntegritiDiterajui
#WhatsAppChannel
#EAICOfficial
Petikan YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Hj. Bakar semasa Mesyuarat Suruhanjaya EAIC.
Beliau menegaskan, keputusan siasatan bukanlah titik akhir tindakan. Setiap dapatan siasatan akan dinilai dan tindakan susulan akan diambil mengikut keperluan setiap kes bagi memastikan keadilan kepada semua pihak serta meningkatkan keyakinan rakyat.
#EAICQuotes
#AmanahDipegangIntegritiDijulang
#keadilan
#IntegritiUntukRakyat
โ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ซ๐ฌ๐ฉ๐๐ค๐ญ๐ข๐ ๐๐๐ญ๐๐ญ๐๐ซ๐ญ๐ข๐ ๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐๐๐ฃ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐ฐ๐๐ฆ
๐๏ธ 12 Jun 2026 | ๐ Menara Usahawan, Putrajaya
EAIC telah menganjurkan Sesi Brown Bag kepada warga kerja dengan menampilkan Puan Asliza Ali, Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, sebagai penceramah.
Sesi ini dimulakan dengan penerangan mengenai tatatertib dalam konteks perkhidmatan awam. Sepanjang sesi berlangsung, warga kerja diberi pendedahan mengenai bentuk-bentuk kesalahan serta implikasi tindakan tatatertib yang melibatkan unsur jenayah dan surcaj di bawah Akta 61, di samping memahami asas pertimbangan yang betul dalam proses membuat keputusan.
Turut dikongsikan kes-kes tatatertib serta urus tadbir proses keadilan yang teratur, termasuk kepentingan Peraturan 3C P.U. (A) 395/1993, sebagai pengajaran dan panduan dalam melaksanakan tugas secara telus dan bertanggungjawab.
Sesi ini merupakan platform yang bermanfaat dalam memperkukuh kefahaman warga EAIC mengenai aspek tatatertib, integriti dan akauntabiliti dalam menyokong penyampaian tadbir urus yang berkesan.
#EAIC
#AmanahDipegangIntegritiDijulang
#SesiBrownBagEAIC
#Tatatertib
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๏ธ10 JUN 2026 | ๐KUALA LUMPUR
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah mengadakan sesi libat urus bersama Ir. Ts. Hajah Hazlina Yon, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, di sekitar Kuala Lumpur.
Sesi turun ke lapangan yang dihadiri oleh Puan Asliza Ali, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC ini dimulakan dengan sesi taklimat di JKKP WP Kuala Lumpur, The I-Con sebelum diteruskan dengan pemeriksaan di lapangan sekitar Bukit Jalil bersama Seksyen Pemeriksaan Statutori dan Seksyen Analisis dan Pemprosesan.
EAIC telah berpeluang melihat pelaksanaan Pemeriksaan Permulaan (PEMULA) dan Pemeriksaan Berkala (PEKALA) bagi lif di sekitar Bukit Jalil. Pemeriksaan tersebut dijalankan bagi memastikan lif memenuhi keperluan keselamatan, teknikal dan perundangan yang ditetapkan serta berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.
Sesi ini turut memberi pendedahan berhubung pelaksanaan pemeriksaan dan penguatkuasaan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, di samping memperkukuh hubungan serta kerjasama strategik antara EAIC dan JKKP.
Hadir sama pada sesi ini ialah Puan Jasmee Hameeza Jaafar, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik EAIC, Ts. Hajah Habsah Md. Ishak, Pengarah JKKP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan pegawai EAIC.
#EAIC
#AmanahDipegangIntegritiDijulang
#SLUEAIC
#JKKP
[๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐]
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐. ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐. ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
9 Jun 2026 | Putrajaya
Tan Sri Dr. Ismail Bakar, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah menerima kunjungan hormat daripada YB Senator Dr. Jufitri Joha, Ahli Dewan Negara, hari ini.
Kunjungan tersebut bertujuan memahami dan menyokong usaha reformasi institusi termasuk cadangan RUU Ombudsman serta mendapatkan input EAIC dalam memperkukuh semak dan imbang pentadbiran awam.
Dalam pertemuan tersebut, Tan Sri Dr. Ismail Bakar berpandangan proses penggubalan sesuatu akta perlu bersifat inklusif dan menyeluruh, serta berharap rang undang-undang ini dapat dimuktamadkan dalam keadaan yang sebaik dan selengkap mungkin.
YB Senator Dr. Jufitri Joha merupakan Ahli Dewan Negara yang aktif dalam agenda reformasi institusi, pembangunan belia serta pengukuhan nilai integriti dalam sistem pentadbiran dan masyarakat.
#EAIC
#amanahdipegangintegritidijulang
#kunjunganhormateaic
#ahlidewannegara
#reformasiinstitusi
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Pertemuan hari ini adalah langkah penting ke arah reformasi institusi bagi membina sistem kerajaan yang lebih bersih dan cekap, sekali gus memastikan setiap urusan rakyat dapat diselesaikan dengan adil, pantas dan telus.
#EAIC
#amanahdipegangintegritidijulang
#kunjunganhormateaic
#ahlidewannegara
#reformasiinstitusi
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐. ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐. ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
9 Jun 2026 | Putrajaya
Tan Sri Dr. Ismail Bakar, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah menerima kunjungan hormat daripada YB Senator Dr. Jufitri Joha, Ahli Dewan Negara, hari ini.
Kunjungan tersebut bertujuan memahami dan menyokong usaha reformasi institusi termasuk cadangan RUU Ombudsman serta mendapatkan input EAIC dalam memperkukuh semak dan imbang pentadbiran awam.
Dalam pertemuan tersebut, Tan Sri Dr. Ismail Bakar berpandangan proses penggubalan sesuatu akta perlu bersifat inklusif dan menyeluruh, serta berharap rang undang-undang ini dapat dimuktamadkan dalam keadaan yang sebaik dan selengkap mungkin.
YB Senator Dr. Jufitri Joha merupakan Ahli Dewan Negara yang aktif dalam agenda reformasi institusi, pembangunan belia serta pengukuhan nilai integriti dalam sistem pentadbiran dan masyarakat.
#EAIC
#amanahdipegangintegritidijulang
#kunjunganhormateaic
#ahlidewannegara
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐. ๐/๐๐๐๐
๐ 9 Jun 2026 | ๐ Menara Usahawan
๐๐๐๐: ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐๐๐๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ฎ๐๐ง & ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐๐ฒ๐๐ค๐ข๐ง๐๐ง ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ
โPengendalian kes tidak seharusnya terhenti pada peringkat keputusan siasatan semata-mata. Sebaliknya, setiap dapatan perlu terus dinilai secara berterusan bagi memastikan ruang penambahbaikan dikenal pasti dan aspek keadilan kepada pengadu dapat diperkukuh.โ
โ Tan Sri Dr. Ismail Haji Bakar, Pengerusi EAIC
Selaras dengan penegasan tersebut, mesyuarat hari ini turut memberi tumpuan kepada pendekatan penilaian berterusan terhadap dapatan siasatan serta keperluan tindakan susulan yang bersesuaian mengikut keperluan setiap kes. Ia bagi memastikan aspek keadilan kepada pengadu terus terpelihara, di samping memperkukuh keberkesanan semak dan imbang serta keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam.
Selain itu, mesyuarat juga telah membincangkan perkembangan Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman yang sedang melalui proses semakan dan penambahbaikan.
Perkembangan ini dilihat sebagai satu langkah positif ke arah memperkukuh peranan EAIC serta sistem semak dan imbang negara, di samping memberi ruang kepada pengukuhan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan demi manfaat rakyat.
#EAIC
#amanahdipegangintegritidijulang
#MSEAIC
#Ombudsman
๐๐ข๐ ๐๐ข๐ก๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ก๐๐! ๐ข
Bagaimana pengalaman anda menggunakan platform digital EAIC?
๐ Sertai soal selidik di:
https://t.co/8XdXpEyxwb
Maklum balas anda akan membantu kami meningkatkan:
โ Penyampaian maklumat
โ Kemudahan akses digital
โ Pengalaman pengguna yang lebih baik
โฐ Hanya 1โ2 minit sahaja diperlukan.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.
#EAIC
#amanahdipegangintegritidijulang
๐ฑ๐ผ๐บ๐ป๐ฐ๐ช๐ฌ ๐ซ๐ฌ๐ณ๐จ๐๐ฌ๐ซ, ๐ฑ๐ผ๐บ๐ป๐ฐ๐ช๐ฌ ๐ซ๐ฌ๐ต๐ฐ๐ฌ๐ซ
Setiap pelanggaran integriti mesti ditangani segera menggunakan peraturan sedia ada tanpa sebarang kelewatan, kerana tindakan yang lambat bukan sahaja menjejaskan keadilan merosakkan imej perkhidmatan awam.
Sumber: https://t.co/urodXXbOj0
#EAIC
#amanahdipegangintegritidijulang
#janganlengah
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๏ธ 3 Jun 2026 | ๐ Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah mengadakan sesi Pengauditan dan Pemantauan Prosedur Operasi Standard (PPSOP) Bab 20: Penyitaan, Pelucuthakan, Pelupusan dan Pelepasan Barang Kes Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan hari ini.
Sesi ini yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Aziz Parmin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas, meneliti pelaksanaan prosedur sedia ada serta mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memastikan pengurusan barang kes dilaksanakan secara teratur, telus dan selaras dengan peruntukan yang ditetapkan.
Hadir pada sesi ini ialah Puan Jasmee Hameeza Jaafar, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Encik Mohd Yazid Sairi, Timbalan Pengarah I Bahagian Operasi, dan Pegawai EAIC.
#EAIC
#amanahdipegangintegritidijulang
#JAS
#SOP
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Pemantauan lebih tegas oleh setiap ketua jabatan penting bagi memperkukuh tadbir urus serta mengekalkan kepercayaan rakyat.
Sumber: https://t.co/urodXXbOj0
#EAIC
#AmanahDipegangIntegritiDijulang
#isusalahlaku
#pemantauanlebihtegas
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Serta Ucap Selamat Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim Daripada
Warga Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
#DaulatTuanku
#EAIC
#amanahdipegangintegritidijulang
โจ๐ฒ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐ ๐ฏ๐๐๐,๐ฉ๐๐๐๐ ๐ฐ๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐โจ
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฌ๐๐ค ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ง๐ฎ๐ญ ๐๐ฎ๐๐๐ก๐ ๐๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐.
Semoga Hari Wesak membawa kedamaian, kebijaksanaan dan kesederhanaan, serta menjadi ruang refleksi diri untuk melakukan kebaikan dan memperkukuh perpaduan masyarakat majmuk negara kita๐ชท
#EAIC
#amanahdipegangintegritidijulang
#HariWesak2026
๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ซ๐๐๐๐, ๐ท๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐.
โจ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ โจ
Raikan kepelbagaian budaya, semangat perpaduan dan warisan tradisi yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia.
Semoga sambutan ini membawa kebahagiaan, kemakmuran dan keberkatan kepada semua yang meraikannya๐ช๐พ
โKotobian Tadau Tagazo Do Kaamatanโ & โGayu Guru Gerai Nyamaiโ
#EAIC
#Amanahdipegangintegritidijulang
#PestaKaamatan2026
#HariGawai2026