Emang ya jika Allah sudah berkhendak, apapun bisa aja terjadi. Tentara IDF tidak mungkin melepaskan gitu aja kalau mereka liat, tapi Allah berkhendak lain.
Ada masa kita ada masalah, orang pertama yang kita cari ialah manusia.
Kita mesej kawan. Kita tanya ustaz. Kita minta pandangan orang yang kita percaya.
Tak salah.
Cuma jangan sampai kita terlupa kepada Dia yang benar-benar mampu mengubah keadaan.
Saya tertarik dengan satu perkongsian Dr. Kamilin Jamilin tentang tahajud dan qiamullail.
Kalau sedang buntu, cuba kembali kepada malam.
Bangun sekejap ketika orang lain sedang tidur. Ambil wuduk. Solat. Baca al-Quran. Berdoa.
Tak perlu ayat yang panjang-panjang pun.
Ceritakan saja kepada Allah apa yang sedang kita rasa.
Kadang-kadang kita terlalu fokus mencari jawapan, sedangkan yang kita perlukan terlebih dahulu adalah kembali rapat dengan Pemilik segala jawapan.
Kredit: Dr. Kamilin Jamilin.
Wanita yang menjaga agamanya itu dengan sebaik mungkin akan nampak cantik secara semula jadi. Ketahuilah mereka itu sangat dicintai Allah. ❤️
Hidayah itu milik Allah. Tak mustahil orang yang tidak baik harini boleh menjadi orang yang baik pada masa akan datang.
Moga dipercepatkan bertemu jodoh dan kahwin!
Jangan terlalu memilih sebab yang sempurna hanya di syurga.
Dunia tetap tempat ujian sebelum dan selepas kahwin.
Keputihan / rutubah al-farah yang mengalir secara normal dan bukan daripada dalam (batin) faraj itu bukan termasuk dalam najis.
Hanya bersihkan dan boleh solat seperti biasa tanpa perbaharui wuduk.
Wallahua’lam
Did you know there’s a moment in Salah when Allah swt stops “listening” and begins “giving”?
It’s a short verse, but it’s the ultimate reality check of our relationship with our Creator.
DOA NABI SULAIMAN SUPAYA DIBERI KEKAYAAN MELIMPAH
Qoola Rabbighfirlii Wa Hab Lii Mulkan Laa Yanbaghii Li Ahaadin Mim Ba’dii, Innaka Antal-Wahhaab
“Ya Allah, Ampuni aku dan berikan aku rezeki yang luar biasa. yang tak dimiliki orang lain setelahku. Sungguh Engkau Maha Pemberi.”
TERKINI
PALESTIN, OIC DAN NEGARA ARAB BERGABUNG DIPLOMATIK TEKAN US DAN ISRAEL
Duta Besar Palestin ke PBB bergabung bersama Diplomat Malaysia, OIC dan Negara Teluk mendesak Presiden Trump menghentikan RUU untuk memuktamadkan penjajahan Israel di Tebing Barat
Kekejaman yang penduduk haram Israel lakukan bersama IDF adalah untuk menafikan kewujudan Palestin sebagai negara. Israel juga kini sudah mengawal lebih separuh Semenanjung Gaza. Mereka juga mendesak Majlis Keselamatan PBB untuk melaksanakan tindakan lebih tegas menekan Israel yang membuat pengusiran paksa rakyat Palestin dan menjajah secara terang-terangan
600,000 penduduk haram Israel kini tinggal di kawasan Palestin di mana 3 Juta rakyat Palestin dijajah Israel. Ini termasuk Baitul Maqdis Timur
Aku baru sadar kalau selama ini doaku sering diawali dengan kata "semoga".
"Semoga dimudahkan."
"Semoga ada jalan keluar."
"Semoga Allah kabulkan."
Terus pas baca beberapa doa para nabi di Al-Qur'an, aku malah sering nemu bentuk yang langsung meminta.
"Ya Allah, mudahkan urusanku."
"Ya Allah, tenangkan hatiku."
"Ya Allah, berikan yang terbaik."
Bukan soal mana yang benar atau salah sih.
Cuma aku jadi belajar bahwa Allah bukan cuma tempat berharap, tapi juga tempat meminta.
Sejak itu aku lebih sering langsung bilang, "Ya Allah..."
Entah kenapa rasanya jadi lebih dekat.
Kalau kalian gimana, tim "semoga" atau langsung minta ke Allah?
Untuk setiap perempuan yang sedang memperjuangkan sesuatu yang terasa mustahil,
bacalah Surah Maryam.
Di dalamnya ada kisah tentang ketakutan, kesabaran, penantian, dan pertolongan Allah yang datang dengan cara yang tidak pernah disangka.
Jika Allah mampu menjadikan yang mustahil menjadi nyata bagi Maryam, maka jangan pernah meremehkan apa yang sedang kamu doakan hari ini.
Allah masih Maha Mampu.
Ketika kita mengeluh, Allah sebenarnya sudah memberikan jawapan dalam Al-Quran.
Kadang-kadang kita mengeluh dalam diam.
"Ya Allah, aku penat sangat..."
Sedangkan Allah telah menjawab dalam Al-Quran:
"Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat." (Surah An-Naba': 9)
Kadang-kadang kita rasa ujian terlalu berat.
"Ya Allah, aku dah tak sanggup..."
Tetapi Allah telah memberi jaminan:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah: 286)
Kadang-kadang pula kita tertanya-tanya.
"Apa yang aku buat selama ini, adakah semuanya sia-sia?"
Lalu Allah menenangkan hati kita:
"Barangsiapa melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya." (Surah Az-Zalzalah: 7)
Hakikatnya, bukan Allah tidak mendengar keluhan kita.
Cuma kadang-kadang jawapan itu sudah lama ada di dalam Al-Quran, tetapi kita yang jarang membacanya.
Bila hati penat, kembali kepada Allah.
Bila hidup terasa berat, kembali kepada Allah.
Bila rasa tidak dihargai, kembali kepada Allah.
Kerana setiap persoalan yang lahir daripada hati seorang hamba, Allah telah menyediakan jawapannya dalam kalam-Nya.
📖 Jangan tinggalkan Al-Quran. Mungkin jawapan yang sedang kita cari ada pada ayat yang akan kita baca hari ini.
#dakwah #quran #doa #zikir #selawat
Rintihan doa dari tanah suci Arafah untuk saudara-saudara di Palestin dan Gaza. Ketika lisan tak lagi mampu menahan pedih, hanya kepada Allah tempat terbaik untuk mengadu. Demi Asmaul Husna-Mu, kuatkanlah mereka, ya Allah🇵🇸
#MalaysiaDahKool
Sumber: Threads ammar_alamir