𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗫 𝗧𝗔𝗞 𝗢𝗢𝗢𝗠𝗣𝗣𝗛!
𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗦𝗛𝗔𝗠𝗦𝗨𝗟 𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥, 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗜𝗡𝗜 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗔𝗭𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗞𝗜
Negara kini kecoh dengan pendedahan demi pendedahan mengenai isu integriti Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM, hasil dari laporan siasatan media antarabangsa Bloomberg.
Bermula dengan pendedahan pemilikan saham yang melanggar peraturan penjawat awam, hari ini keluar pula laporan siasatan terperinci oleh Bloomberg mengenai tuduhan SPRM bersekongkol dengan ahli-ahli perniagaan tertentu, termasuk yang pernah disiasat atas tuduhan mencuci duit kongsi gelap.
Saya tunggu lebih 24 jam untuk mendapat reaksi pertama Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Ini reaksi beliau (tonton di video).
Saya ulang verbatim reaksi Perdana Menteri:
“Orang buat kerja nak pecat mengapa, nak suruh ambil perasuah jaga.”
“Baca penjelasan Azam Baki. Dia buat kerja, buat apa maki dia. Dengar penjelasan masing-masing”
Walaupun saya kecewa dengan jawapan ini, walaupun jawapan tidak and ommmph langsung, tapi kita kena tabik juga kemahiran lari dari menjawab soalan yang PMX ada.
Soalan rakyat mudah: Tan Sri Azam Baki telah melanggar peraturan mengenai pemilikan saham oleh penjawat awam. Bukan sekali, bukan dua kali, setakat ini pendedahan menunjukkan dah tiga kali. Sama banyak dengan sambungan kontrak dia oleh PMX.
Jadi apa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan kerana perkara ini melunturkan kewibawaan SPRM.
Jawapan PMX: dia buat kerja, nak suruh ambil perasuah jaga.
Dua-dua jawapan ke laut.
Kalau alasan seorang yang buat kerja maka dia boleh langgar peraturan dan ada salah laku, Dato’ Seri Najib tak de la masuk ke penjara. Sembilan tahun beliau jadi Perdana Menteri, ada jasa beliau dan ada hasil kerja beliau.
Tetapi, bila sudah terbukti ada pecah amanah yang melanggar undang-undang, maka beliau telah dijatuhkan hukuman.
Tidak ada satu undang-undang pun di dunia ini yang mensyaratkan seseorang yang melakukan jenayah hanya boleh dihukum jika pesalah tidak buat kerja atau tiada kebaikan.
Malah undang-undang yang ada di seluruh dunia adalah terbalik: kamu boleh ada jasa yang besar, tetapi jika kamu melakukan jenayah, kamu tetap dihukum seperti orang lain kerana jenayah tetap jenayah. Kalau tidak buat apa ada undang-undang.
Jawapan kedua “nak suruh ambil perasuah jaga”.
Tak de siapa yang suruh ganti Tan Sri Azam Baki dengan perasuah. Malah kita kritik Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana masih berdegil kekalkan Tan Sri Azam Baki walaupun sudah ada banyak persoalan mengenai integriti beliau.
PMX pusing seolah-olah kalau kita mahu Tan Sri Azam Baki diganti, kita nak letak perasuah.
Apa punya konar macam ni.
Saya bimbang kalau reaksi PMX ini satu perlambangan: iaitu hanya orang yang dia percayai, atau dipilih oleh beliau, yang bersih dan bukan perasuah.
Kalau orang itu bukan pilihan dia, orang itu automatik jadi perasuah.
Macam itu baik lantik Nurul Izzah je jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebab anak sendiri, confirm tak timbul isu lantik perasuah jaga SPRM.
Mulai sekarang, belajar untuk terima benda yang dah jadi. Tahu bahawa kita tidak boleh memaksa seseorang untuk kekal dalam hidup kita. Bertahan adalah pilihan. Bersyukurlah untuk orang yang memilih kita hari ini. Sebab orang datang dan pergi. Selagi dia ada, hargailah dia.
Saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk Apple menjaga kualiti iPhone 17 Pro.
Kebarangkalian untuk hadapi isu kosmetik sangat tinggi dan Apple tidak peduli jika iPhone yang anda miliki akan berlaku kecacatan kosmetik. Mereka tak akan bertanggungjawab.
I’ll choose ASBF.
ASBF ni sebenarnya tools yang bagus for force saving with minimal risk & acceptable return.
Tapi…
Sebenarnya ASBF ni boleh buat kita rugi kalau tersilap buat.
Ada 3 kesilapan yang akan buat ASBF ni rugi.
Dalam thread ni I’ll explain dengan calculation.
Sisi Gelap Di Balik Tirai Besi
(Part 1)
Ingin saya kongsikan bagaimanakah rasanya hidup di balik tembok 18 kaki tinggi, jeriji besi serta mandi berbogel di hadapan orang lain.
jikalau Penjara di Taiping serta Jawi, agak malang sikit sebabnya 'berak tong'! yup! setiap pagi,
“Alhamdulillah, sudah masuk 1 Syaaban.” Fasa-fasa memasuki bulan-bulan cinta penuh kenikmatan, lagi sebulan untuk sampai di bulan Ramadan.
Ya Allah, berkati kami kepada bulan syaaban yang tiba ini dan sampaikan kami di bulan Ramadan!
@alfiezainal@isusemasaviral Kau ni benak ke apa, kalau xtahu jgn buat pala tau, dk diam2 ja.. 40km/s stndrd jem lah tu motor besar, kau nk suruh motor besar bawak brapa km/s? Nk bawak 10km/s? Baik kau jalan kaki je benak