Siapa yg first time nak pergi Jepun 🇯🇵terutamanya melalui Kansai Airport (KIX), aku nak share perkara wajib yang perlu disediakan. Ada beberapa tips jgak
🧵
RASMI
RUSIA BUNUH PENUMPANG MH17
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO mengumumkan semalam bahawa Rusia yang bertanggungjawab membunuh semua penumpang pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014
Ini hasil siasatan bersama jawatankuasa antarabangsa diketuai Belanda. ICAO menyeru agar Rusia bertanggungjawab dengan kekejaman ini dan berunding untuk membayar ganti rugi berdasarkan undang-undang antarabangsa
Australia dan Belanda memulakan prosedur untuk menuntut ganti rugi dari Rusia selepas keputusan ini.
Seramai 43 rakyat Malaysia antara yang gugur dalam tragedi malang ini. Memaksa Malaysia menghantar 12 anggota Pasukan Khas ATM dan PDRM dikenali sebagai The Dozen Person untuk menyusup masuk ke Ukraine bagi menyelamatkan kotak hitam pesawat berkenaan dan berunding dengan Pihak Republik Rakyat Donetsk untuk pembebasan jenazah rakyat Malaysia
Jawatankuasa antarabangsa itu pada 2022 telah mengesahkan 3 daripada 4 orang dari Pasukan Keselamatan Rusia bersalah dalam menembak jatuh MH17. Pada 2023 jawatankuasa itu memaklumkan bahawa mereka mempunyai indikasi kukuh bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin sendiri yang meluluskan pemberian misil kepada sistem SAM berkenaan dan akhirnya menembak jatuh MH17
Seorang dato tak bayar rumah sewa almost 7-8 bulan tapi dia punya pusing mmg mcm gasing. Tapi betul la orang kaya ni kebanyakkan kedekut
Tapi kesian tuan rumah nak bayar loan sebulan dekat RM10,000 itu belum kira nak kene bergolok bergadai nak tampung bayar bank.
Plantar Fasciitis, satu istilah yang mungkin tak asing bagi yang aktif dalam dunia larian.
Ia terjadi apabila tisu di tapak kaki mengalami keradangan.
Cara merawatnya?
Rehat, stretching dan penggunaan insole yang betul boleh membantu. Jaga kaki anda supaya terus boleh berlari!
Dua Remaja Maut, Tiga Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Persimpangan Lampu Isyarat
SEREMBAN, 7 Mac 2025 – Dua remaja maut manakala tiga individu cedera parah selepas sebuah kereta merempuh dua motosikal di Jalan Persiaran Senawang 1, berdekatan persimpangan lampu isyarat Matahari Height, malam tadi.
Kemalangan yang berlaku sekitar jam 8.30 malam itu mengorbankan seorang penunggang dan pembonceng motosikal Modenas Kriss, masing-masing berusia 15 dan 16 tahun.
Mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, siasatan awal mendapati sebuah kereta Honda Jazz yang dipandu seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bersama penumpang berusia 17 tahun dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat merah.
Kenderaan itu kemudian melanggar dua motosikal yang berada di bahagian kiri jalan.
"Akibat perlanggaran itu, dua mangsa yang menaiki Modenas Kriss maut di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang Honda Jazz serta penunggang dan pembonceng motosikal Honda Vario mengalami kecederaan parah. Mereka kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban," katanya.
Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, G Sankar di talian 014-6000353 bagi membantu siasatan. -MYNEWSHUB
Alhamdulillah Masjid TNB ✅ Cantik giler masjid ni.. Siapa yang berkesempatan, pergi la masjid ni.. dewan solat utama dia kat atas yer overlooking Bangsar
Drove all the way from JB yesterday untuk kesini. Keep on seeing the positive review so mesti lah kena try sendiri baru lah puas hati and to be honest, sangatlah tidak mengecewakan. I’ll break it down on the next tweet.
📍 Bienz Wangsa Maju
Bayi baru lahir menangis ditemukan dalam semak
Manjung: Bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan masih bertali pusat dalam semak di belakang surau di Kampung Permatang, Sitiawan, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara itu pada 6.54 petang.
Menurutnya, bayi terbabit ditemui ahli jawatankuasa surau apabila terdengar bunyi tangisan bayi ketika sedang membersihkan persekitaran surau berkenaan.
"Ahli jawatankuasa itu terdengar bunyi tangisan bayi dan mengikut bunyi itu sehingga membawa kepada penemuan bayi yang dipercayai baru lahir terbabit.
"Siasatan polis mendapati bayi lelaki itu ditinggalkan dalam semak dengan dibaluti kain lalu dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, pihak polis kini mengesan ibu bayi berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana buang bayi.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-16240391 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222.
Disiarkan pada: Disember 15, 2024 @ 1:07pm
Zahratulhayat Mat Arif
[email protected]
Artikel ➡️ Harian Metro
Mencari kucing saya yang keluar tak balik-balik.
Minta orang Setapak Indah rt, dan kalau ternampak atau terambik harap boleh pulangkan.
Hilang sejak semalam 15/12/2024 pukul 9 pagi di Jalan 8C/6.
Kesian dekat wife, dia sampai tak lalu makan. Tolong ya
Violation TikTok ada 4 jenis :
⚠️ Profile Violation
⚠️ Content Violation
⚠️ Live Violation
⚠️ Shop Violation
Yang sister ni kena Profile Violation.
So apa nak buat kalau korang kena Violation macam ni? 🤷🏻♂️
Ini cadangan saya 👇🏻
Sakit hati tengok.. Penat KA bungkus untuk agihan semua mangsa banjir.. KA dah cakap dalam live, 1 bungkusan besar tu untuk 1 family..
Sampai di PPS, katanya penghulu & the gang pergi buka balik semua bungkusan dan asingkan makanan ikut suka dia.. Memalukan..🤔
Rembat status Whatsapp bini jap. Nah, renungan buat semua. Nak berubah selepas kahwin bukan tak boleh, boleh tapi susah.
Jadi, pastikan sebelum kahwin kau dah jadi yang terbaik buat diri sendiri terlebih dahulu. Jaga hubungan dengan Allah dari sebelum kahwin lagi. Baru betul.