Menu sihat korea ni antara kegemaran!
Japchae yang menggunakan mee ubi keledek yg memang ternyata sihat! Jangan pulak samakan dengan suhoon ya π
Resepi Japchae Korea
Ambil separuh mee kaca
Rebus 5 minit
Setelah lembut, angkat, toskan, ketepikan
Sediakan
Campuran sayur mesti mempunyai 5 jenis warna yang pelbagai.
1. Hijau - Sayur pak choi atau bayam, rebus dan toskan.
2. Kuning - Telur ayam dimasak dadar.
3. Jingga - Lobak merah, dihiris memanjang dan sangai di atas kuali dengan secubit garam.
4. Putih - Bawang Holland, dihiris dan disangai.
5. Hitam - Cendawan shitake /kulat hitam / daging perap kicap. Hiris memanjang masak
Sediakan Sos hitam.
Bahan bahan sos hitam:
β 3 sb kicap cair/masin
β 3 sb kicap pekat
β 2 sb sos tiram
β 2 sb minyak bijan
β 1 sb gula/gula perang
β 1 sk garam
Campurkan kesemua sekali dan masak di atas kuali sehingga sebati
Setelah siap gaulkan sos hitam bersama mee kaca,bahan bahan 5 jenis sayur boleh ditambah setelah soa sebati dengan mee kaca.
Siap untuk dihidangkan bersama bijan yang telah disangai.
Selamat mencuba! π
Resepi: Zurina Zulkefli
KATEGORI JANGKITAN COVID19
Sudah sampai masanya anda semua faham tentang kategori-kategori jangkitan COVID 19 ini. Kami harap kita boleh jalan terus; dan sama-sama kita menangani pandemik ini.
KATEGORI 1:
Tiada gejala. Ini kebiasaannya adalah membuat ujian jika kontak rapat.