Hari arafah nanti, jadilah tamak minta apa saja yang semustahil mungkin. jodoh, keturunan, pekerjaaan tetap, kejayaan, kesihatan yang baik, umur panjang, dan doa doa terbaik, tiada doa yang di tolak di hari arafah . ingat tu✨🤲🏻
ALHAMDULILLAH
MALAYSIA BANTU PEMBEDAHAN 200 RAKYAT GAZA SECARA PERCUMA
Pertubuhan MyCare Malaysia membantu memberi pembedahan kecil kepada 200 orang rakyat Gaza yang memerlukan rawatan di Hospital Yafa Deir Al Balah
Lebih RM 120,000 dibelanjakan dengan 150 USD setiap pembedahan. Setiap pembedahan meskipun percuma mengikuti piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO
Antara pembedahan yang dibuat ialah Hernia, Circumcicision, pembuangan cyst dan pembedahan tisu lembut yang lain
Ramai ibu bapa bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyumbang untuk rawatan ini selepas banyak hospital ditutup atau musnah kerana serangan Israel
TERKINI
ALHAMDULILLAH
20,000 RAKYAT GAZA KINI KEMBALI ADA AIR BERSIH KERANA MALAYSIA
Pertubuhan MyCare Malaysia dengan kerjasama Pasaraya Econsave berjaya membaiki Telaga Air Al Oroubah di Kem Pelarian Nusseirat Tengah Gaza. Pemulihan telaga ini membolehkan 20,000 rakyat Gaza di sekitar telaga itu memperoleh kembali bekalan air bersih setelah sekian lama
Sebuah pam baru berkuasa 25 Kuasa Kuda menggantikan pam lama dan rosak dan semua sistem paip dan injap telaga itu telah digantikan dengan yang baru. Ini membolehkan ia mengepam air dari telaga itu sebanyak 90,000 liter sejam bagi kegunaan rakyat Gaza di sana. Penyelenggaraan ini juga mematuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO
Rakyat Gaza di kawasan itu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas bantuan dan sumbangan ini
Kepada yang nak terus menyumbang
Humantarian Care Malaysia Berhad
8602135592 (CIMB Islamic) dan hantarkan bukti sumbangan kepada Ws 016-6366369 atau e-mail [email protected]
TERKINI
VIDEO SOS TERAKHIR DARI 4 PESERTA MALAYSIA IAITU DR FAUZIAH HASAN, SYAFIK SHUKRI ABDUL JALIL, PUAN NORSHAM ABU BAKAR DAN DR ILI SYAKIRA MOHD SUHAIMI
JIKA VIDEO INI DIKELUARKAN MAKA SECARA RASMINYA MEREKA DAH DITAHAN IDF