Ketika kau mencari yang sempurna,
kau akan kehilangan yang terbaik.
Tiada yang sempurna di dunia ini.
Sesuatu perkara atau seseorang itu terlihat sempurna jika kita menghargainya dengan tulus ikhlas, tanpa apa apa syarat.
Setiap hari adalah pelajaran terbaru buat kita. Mungkin dari kisah kita atau dari kisah orang lain. Semuanya boleh di jadikan ikutan, tauladan dan sempadan.
Di mana sahaja kita berada, masalah tetap akan ada. Yang menentukan kita ini orang yang berjaya atau tidak adalah: bagaimana kita menangani masalah tersebut.
Sejatuh mana pun kita, segagal mana pun kita, selagi hidup dan selagi bernyawa, kita masih berpeluang untuk buat yang terbaik dan jadi paling terbaik dalam hidup kita.