Terima kasih YB @DrDzul.
Benar bahwa isu semakan fee schedule bagi klinik perubatan swasta (GP) adalah isu penting.
Pihak GP amat berharap agar Jawatankuasa Eksekutif yang dipengerusikan YB @DrZahidHamidi dapat meneliti dan membuat keputusan sebaiknya.
Dalam masa yang sama, satu pelan komunikasi mesti disediakan untuk memberi masa dan penerangan secukupnya supaya rakyat benar² faham serta dapat menerima fee schedule yang baharu. Pre-empt strategy ini amat perlu untuk mengelakkan backlash atau u-turn.
Isu yang tertangguh lebih 30 tahun ini perlu diselesaikan segera. Sudah terlalu lama.
Terima kasih.
@malaysianmedic1@drarasu71
Para doktor berharap YB @DrDzul menggunakan kuasa sebagai menteri Kesihatan @KKMPutrajaya seperti bhg XVII Akta 586 untuk mengurus & menyelaras hal ehwal perubatan/kesihatan. Tidak perlu akta lain.
Yang pastinya, perkhidmatan profesional doktor di klinik kesihatan tidak boleh disama ertikan dgn kedai runcit, kedai makan sebagainya.
Terima kasih YBMK @DrDzul kerana telah mendengar & memahami isu² yg dibangkitkan oleh para GP semasa sesi advokasi/dialog. Isunya jelas iaitu menyelesaikan dahulu isu yuran konsultasi yg telah berlarutan terlalu lama, perkara berbangkit mengenai TPA & penguatkuasaan yg lebih ketat utk mengawal selia penjualan prescription medicines di farmasi & platform on-line. Semoga sesi dialog akan lebih kerap diadakan utk mendapatkan input dari para GP yg memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan negara dengan melengkapkan perkhidmatan kesihatan @KKMPutrajaya.
YBMK juga adalah pensyarah saya di Fakulti Perubatan USM. 🙏
Kami menyeru kepada YBMK @DrDzul agar mendengar keluhan para GP yg sekian lama berperanan dalam penjagaan kesihatan primer, membantu mengurangkan beban di hospital & berganding bahu dengan @KKMPutrajaya dalam program kesihatan rakyat seperti vaksinasi Covid-19. GP membantu melengkapkan perkhidmatan hospital kerajaan demi memastikan kesejahteraan rakyat.
Wawancara bersama @AiFMMalaysia. Tajuk perbincangan - "Renungan Pendidikan di Sebalik Pandemik" yang mengupas mengenai cabaran pendidikan dalam menghadapi Covid-19, dan kearah norma baharu pendidikan.
#StaySafe#DrMahWithU
Salam takziah kpd keluarga Datuk Ahmad A Talib yang meninggal dunia akibat kanser hati.
Arwah bukan sahaja tokoh wartawan cemerlang malahan aktivis sosial yg sentiasa bertungkus lumus dlm menggerakkan roda pembangunan kebajikan serta keharmonian negara. Jasamu sentiasa dikenang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ingin saya rakamkan kepada Yulong Bioenergy Technology Sdn Bhd yg diwakili oleh David Dong atas sumbangan 120,000 pelitup mulut kepada pihak @KemPendidikan. Sumbangan akan diedarkan kpd sekolah utk kegunaan murid-murid dan guru-guru.
Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya rakamkan kpd setiap pekerja dlm apa jua bidang yg sudi menggalas tanggungjawab dgn penuh amanah dan dedikasi dlm menggerakkan roda pembangunan negara.
Selamat Menyambut Hari Pekerja!
' Pekerja Tunjang Kelestarian Negara'
#KPM#DrMahWithU
Rumah Limas Di Kota Lama
Terhias Indah Lampu Pelita
Bulan Ramadan Bakal Menjelma
Detik Suci Ampun Dipinta
Selamat Menyambut #Ramadan Al-Mubarak & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam di #Malaysia#StayAtHome#Kitajagakita#DrMahWithU
Saksikan @AgendaAWANI Isnin 9.00 mlm bersama Dr. @RadziJidin, Menteri Kanan Pendidikan mengupas isu2 berkaitan pendidikan sepanjang #PKP & #Covid_19.
Setiap pandangan & soalan daripada anda amat bermakna buat kami di #KPM@KemPendidikan
Semalam kes #Covid_19 menurun tapi hari ini naik balik!
Kita berada pada tahap kritikal untuk mendatarkan keluk.
Marilah kita sama-sama membendung wabak ini.
#KitaMestiMenang#DrMahWithU
Perjumpaan bersama YB Razman Zakaria, Exco Kerajaan Negeri Perak bagi membincangkan keadaan semasa mengenai isu Pendidikan di Perak.
Banyak pandangan dan pertukaran idea dapat dibincangkan bersama untuk memperkasakan institusi Pendidikan di Perak.
@KemPendidikan
Menghadiri mesyuarat di @KemPendidikan yg dipengerusikan oleh YB Dr @RadziJidin, Menteri Kanan Pendidikan.
Terima kasih kpd pegawai kanan KPM yg sentiasa bertungkus-lumus meneliti dan menilai semua maklumat yg telah dikumpul sblm kami membuat keputusan yg terbaik utk semua pihak
Selamat Hari Kesihatan Sedunia
Pastinya kita dapat menawan #COVID19
Sememangnya bidang perubatan ini pelik. Semakin kurang pesakit datang berjumpa dengan kami, semakin gembira bagi kami.
Jaga kesihatan diri ok?
#DrMahWithU