Bila kita lihat sejarah, tempoh empayar kuasa besar berkuasa di dunia.
• Empayar Uthmaniyyah – 623 tahun
• Dinasti Joseon – 505 tahun
• Empayar Mughal India– 331 tahun
• Dinasti Song – 319 tahun
• Empayar British – ±300 tahun
• Dinasti Ming – 276 tahun
• Amerika Syarikat – ±250 tahun
• Empayar Mongol – 162 tahun
Kita dapat gambaran, timeline kita hidup sekarang, cuma cebisan kecil dari satu tamadun manusia moden.
Semua yang berlaku itu, semuanya berada dalam pengetahuan Allah.
Perang yang berlaku sekarang dan konflik sepanjang 60-70 tahun lepas, ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku, ketidakseimbangan kuasa, semua tu ujian bagi mereka yang hidup zaman ini.
Empayar Uthmaniyyah, ketika mereka dah 300 tahun berkuasa, mesti tak pernah sangka satu hari nanti akan berkubur.
300 tahun tahun lagi, mungkin kuasa dunia berubah dan diluar jangkaan kita sekarang. Dengan populasi negara maju berkurang drastik (negara tua), itu je dah jadi satu penyebab negara tersebut akan berbeza 50-100 tahun akan datang.
Maksudnya, tak perlu risau sangat dunia ni secara keterlaluan. Hayat hidup kita yang tak sampai 75 tahun ni perlu dirisaukan kalau mati dalam tidak beriman, banyak dosa dan masuk neraka dan kekal selamanya. Nauzubillah.
Kita doa yang terbaik untuk penduduk negara yang tidak bersalah yang dizalimi. Tapi percayalah, semua tu dalam pengetahuan Allah dan ada balasan untuk mereka semua di akhirat.
Itu sudut pandang yang semua muslim kena ada bila rasa helpless dengan keadaan dunia ni.
Perbaiki apa yang ada dalam kawalan kita.
Alhamdullillah. 09.09.25, selesai talaqqi 30 juzuk dalam masa 3 tahun bersama Ustaz Nuri Ali.
Usaha dan istiqomah terus menjadi sahabat karib Al Quran…
Semakin kamu memahami hidup, semakin kamu banyak diamnya dan jadi kerapnya mendengar…
“The more you understand life, the quieter you become and the deeper you listen.”
Jom sama-sama baca doa awal tahun dan akhir tahun pada petang ini. Semoga Allah memberikan pengakhiran dan permulaan yang baik bagi tahun ini dan akan datang.
Pencuri vs Apple Find My
MacBook Pro, iPad dan Apple Watch dicuri semasa di kereta sekitar SS14.
Beberapa jam kemudian pemilik berjaya kesan melalui aplikasi Find My. Pencuri dijumpai & ditangkap di kopitiam Sri Petaling.
1/2
Sumber : Arvin Tharan
Sesungguhnya setiap yang bernyawa mesti merasai mati. Ramai yang inginkan syurga tetapi ramai yang takut mati. Syarat untuk masuk syurga kena mati. Bersedialah untuk hadapi mati kerana mati itu pasti.
@drzul_albakri Moga Allah swt kurniakan sakinah mawadah warahmah kepada pasangan pengantin & seluruh ahli keluarganya. Terima kasih dr Zul. جَزَاكَ ٱللَّٰهُ خَيْرًا