tak bosan ke makan maggie? Baik makan sambal hitam. Meh order dgn saya. Sambal hitam pahang ni makan dgn nasi + telur mata pn dah sedap. Sesuai lah untuk buay sahur bulan puasa nanti.
#sambalhitampahang#foodlovers#sahur
beria lah aku ni buat resepi ayam masak kicap kat tt, banyak gak resepi dok belek2 sbb nk try ayam masak kicap lain dari yg selalu dibuat kat rumah. last2 yg selalu masak jgk yg paling sedap yg ikut resepi2 kat tt tak laris pulak kat rumah ni. takpela buat cm biasa buat jela 🫣🫣
bila disinari kerdipan dian,
aku percaya dikau ratnaku,
masakan hatiku tiada tertawan
pada anggun satu wajah yang menyerlah…..
aku ratapi - as sahar \m/
Aku start terjebak layan kdrama ni tahun 2021 and my first kdrama aku tengok Penthouse, ketiga2 session aku tengok, orang byk cakap tak tengok pn semua session. But not me. Aku lurus lagi masa tu. Semua aku tengok dengan bendul nye 😂 takde skip takde speed ya tegak je macamtu
Jeritan Dari Tingkap Selamatkan Remaja Dikurung, Disyaki Diliwat Lelaki Tidak Dikenali
SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun melalui detik hitam apabila didakwa diikat, dikurung dan disyaki diliwat oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning di sini, Isnin lepas.
Mangsa dikatakan berjaya diselamatkan selepas menjerit meminta pertolongan melalui tingkap rumah sebelum disedari jiran berhampiran.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 12 tengah hari.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek dipercayai memperdaya mangsa dengan menawarkan pakej internet telefon bimbit sebelum mengajak remaja terbabit membantu mengangkat barang ke dalam rumahnya.
“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa dilihat berjalan bersama suspek sekitar jam 8.05 pagi.
“Mangsa kemudian dipercayai diikat tangan dan kaki sebelum disyaki diliwat oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, ketika ditinggalkan bersendirian di dalam rumah itu, mangsa berjaya membuka ikatan sebelum menjerit meminta bantuan dari tingkap bilik.
Jeritan mangsa didengari jiran yang kemudian bertindak menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan segera.
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan dan telah dibawa mendapatkan rawatan lanjut.
Susulan kejadian itu, polis kini giat memburu suspek yang dipercayai masih bebas bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung secara salah, Seksyen 377C Kanun Keseksaan serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan.-MYNEWSHUB