Kenapa hati masih rasa kosong walaupun kita dah jaga ibadah?
Kadangkala kita hairan, kita dah jaga solat sehabis baik, doa pun tak tinggal, tapi masih lagi kita rasa gelisah dan kadang tu selalu juga overthink soal masa depan
Prof Dr. Soleh Sindi berkongsi satu kaedah; jika kita ingin menjadi hamba yang benar-benar mengagungkan Allah, mencintai-Nya, berharap dan hanya bertawakal kepada-Nya, kuncinya hanya satu.
Kita harus kenal Allah melalui makna nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
Logiknya senang je. Macam mana kita nak jatuh cinta dan percaya 100% dekat seseorang kalau kita tak kenal pun siapa dia, kan? Selalu kita dengar orang kata tak kenal, maka tak cinta.
Mustahil untuk seseorang itu mengagungkan dan mencintai Tuhan yang tidak dikenalinya. Semakin mendalam ilmu seseorang tentang sifat rahmat, keagungan, pengawasan, dan kekuasaan Allah, semakin hebat rasa cinta (mahabbah), takut (khauf), berharap (raja’), dan tawakal dalam jiwanya.
Apabila kita benar-benar faham apa erti Allah itu Al-Latif (Maha Lembut) dan Al-Wakil (Maha Menguruskan), keimanan kita akan bertambah, keyakinan makin teguh, dan natijahnya pintu kebahagiaan akan terbuka luas walaupun di tengah ujian yang menimpa.
Begitu juga apabila jiwa raga kita mengenali Allah sebagai Al-Hakim (Maha Bijaksana) dan Ar-Rahim (Maha Penyayang). Kerisauan kita akan takdir, rezeki, dan masa depan akan bertukar menjadi ketenangan serta keyakinan yang kukuh kerana kita percaya dan yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita, dan kasih sayang-Nya itu tiada bandingan.
Indah sekali gambaran Imam Ibnul Qayyim tentang orang yang berjalan menuju Allah melalui pintu ini:
“Orang yang berjalan menuju Allah melalui jalan mengenal nama-nama dan sifat-sifat-Nya, keadaannya sangat menakjubkan dan urusannya sungguh luar biasa. Kebahagiaan telah dihimpunkan untuknya walaupun ketika dia sedang berbaring di atas tempat katilnya. Dan engkau melihat gunung-ganang itu, engkau menyangkanya tetap kaku tidak bergerak, padahal ia bergerak pantas seperti laksana bergeraknya awan (menuju Allah)”.
Zahirnya mungkin kelihatan tenang dan biasa, tetapi hatinya sedang memecut laju menuju Allah, mendahului ramai ahli ibadah lain kerana mereka sentiasa dalam keadaan syukur, redha akan ketentuan qada' qadar-Nya, selalu basahi lidah mereka dengan zikir, dan juga penghayatan akan sifat-sifat Allah.
Ayuh kita perbaharui azam hari ini.
Jangan cuma sekadar menghafal nama-nama Allah di bibir, tetapi luangkanlah masa untuk mempelajari, memahami, dan menghayati maknanya satu demi satu. Di situlah terletaknya rahsia ketenangan dan kebahagiaan kita yang sebenar ditengah kesibukan dunia yang penuh tipudaya ini.
✍️ @mdsyaha
Solat tu wajib. Period. Dah surau tu kecik, waktu Maghrib pulak singkat, takyahlah solat rawatib. Kesian yang nak kejar waktu, atau cuba rebut pahala jemaah.
Hari tu seorang tu doa selama aku Maghrib. Hari ni buat ba'diah sampai aku takleh amik beg aku.
Sebenarnya dalam agama kita diajar meminta dari Allah sekecil-kecil perkara sampai sebesar-besarnya.
Beza dengan minta pada manusia, Allah tak pernah kedekut dengan permintaan kita hatta kita sendiri lupa akan doa-doa yang pernah kita panjatkan.
Nabi SAW pun ajar kita untuk minta dari Allah walau garam dan tali kasut sekalipun.
Kita sebenarnya yang amat perlukan pertolongan Allah. Malangnya, ramai manusia menjadi sombong dengan tidak mahu berdoa kepada-Nya. Tak kurang juga ada yang rasa kekayaan, kejayaan dan apa juga kesenangan yang dikecapi ini semua dari hasil usahanya sendiri hingga lupa itu semua hanyalah pinjaman dan izin dari-Nya.
Allah tetap Maha Agung walau semua orang dalam dunia ni tak berdoa langsung sekalipun.
Jadi bilal cilik surau sejak usia tujuh tahun
"Apa yang saya buat selama ini hanyalah yang terbaik untuk anak dan keluarga, tak sangka pula dapat perhatian jemaah surau dan orang ramai."
Demikian luah Zurni Mat Zaid, 32, ibu kepada Ahmad Suffyan Mohd Nor, 10, yang menjadi tumpuan jemaah Surau Bukit Mali, Hulu Besut kerana aktif mengimarahkan rumah ALLAH sejak usia tujuh tahun.
#SinarHarian #BeritaTerkini #Bilal #Cilik #Surau
Hebatnya kata-kata beliau. Terus rasa terpujuk hati yg kadangkala lemah menghadapi ujian. MasyaAllah tenangnya. Suka sangat setiap kali ternampak video dia lalu 🥹
Now we know why lelaki yang dayus (Lelaki yang tak ada protective jealousy/ghirah) merupakan dosa besar sehinggakan ada riwayat yang mengatakan lelaki dayus ini tidak akan bau syurga.
Rasulullah ﷺ menyenaraikan 3 golongan yang tidak dimasukkan ke dalam syurga (sehingga dia bertaubat dan mendapat pengampunan dari Allah ﷻ di akhirat kelak).
1) Dayus (yang membiarkan/membenarkan isteri dan anak perempuannya melakukan maksiat).
2) Perempuan yang menyerupai lelaki dari segi pakaiannya.
3) Peminum arak.
Riwayat yang lain memasukkan “derhaka kepada ibu bapa” dalam senarai.
Perempuan yang menikahi dengan suami yang rosak, hancur sehancur-hancurnya kehidupannya.
Oleh sebab itu Rasulullah ﷺ berikan garis panduan untuk wanita supaya utamakan agama dalam memilih lelaki. Bukan setakat dia ada rupa dan kaya.
Pernah tak kita terkeliru dalam solat, dekat mana yang perlu angkat tangan?
Adakah setiap kali bangun rakaat baru, kena angkat tangan?
Dalam mazhab Imam Syafi'i, ada 4 tempat kita disunatkan untuk angkat tangan.
Cara Iblis jadikan maksiat itu terasa baik.
Dengan dia cuba tunjukkan apakah “kebaikan” larangan itu kepada kita.
Seolahnya apabila kita dihalang daripada dosa dan maksiat, seperti kita dihalang daripada kebaikan.
Sound familiar kan?
@DrJackKruse How does sunning and grounding works?
"The major way it is done wirelessly with terrestrial sunlight is this: When a cathode ray hits an anode free electrons are liberated from the anode's surface."
-@DrJackKruse