TERKINI
SENARAI KEGANASAN ISRAEL KE ATAS PESERTA GSF YANG DICULIK
- Pelajar wanita Melbourne, Neve O Connor diterajang di muka dan perut. Mukanya dihentak ke meja dan subangnya ditarik menggunakan playar dan dimaki hamun
- 15 Peserta terkena serangan seksual dan mereka diasingkan dalam sebuah khemah kecil di belakang khemah utama
- 35 peserta patah tulang sama ada tulang rusuk, tulang selangka atau tulang lain
- Seorang peserta Arab dipukul dengan teruk dan kedengaran dia menjerit menahan kesakitan
- Dr Mohammad Subeh diterajang dan dipukul dengan senjata api. Tulang rusuknya patah dan dia diarahkan membuka dan menutup seluarnya banyak kali. Seorang lelaki ditembak dua kali dengan peluru getah menyebabkan patah kaki dan buku lali. Ramai peserta dipukul dengan teruk
- Ada peserta dibawa ke sebuah bilik dan dipaksa melutut dalam masa yang lama sambil melihat gambar gambar mengerikan mengenai orang dipotong anggota badan, disiksa, ditikam dan dipukul dengan pisau. Kemudian Pegawai IDF menyatakan ini semua ialah kawan kawan Hamas yang peserta sokong
KEMASKINI
TERUK PESERTA GSF KENA DENGAN IDF
ADALAH memaklumkan bahawa Peserta GSF diperlakukan dengan teruk dan kini berada di Penjara Kitziot
- 3 Peserta dimasukkan ke Hospital kerana kecederaan
- Mereka sering ditembak dengan Pistol Renjatan Elektrik Taser:
- Ada Luka kerana ditembak peluru getah
- Penderaan Seksual
- Tudung peserta wanita dicabut
- Beberapa peserta patah tulang rusuk dan sukar untuk bernafas
- Kena Commando Rest dalam masa yang lama
- Banyak keganasan berlaku kepada peserta
ADALAH sudah menghantar laporan awal kepada CENTHRA Malaysia untuk tindakan undang-undang. Laporan lebih lengkap akan diterima dalam beberapa jam akan datang