Kapal Global Sumud Flotilla GSF yang turut disertai 34 rakyat Malaysia kini berada di Zon Kritikal.
Dilaporkan terdapat dron berlegar sekitar bot flotila.
Doakan kesejahteraan semua peserta misi termasuk 34 rakyat Malaysia.
Kredit Foto : Media Sosial
Allahuakbar
Dugaan besar untuk rakyat Gaza yang sedang Berpuasa ketika ini
Dengan mereka masih kehilangan tempat tinggal
Kini Israel menyekat masuk bantuan kemanusiaan menyebabkan mereka kini akan kekurangan makanan dan barangan keperluan asas
Ini ialah gambar terakhir Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr Hossam Abu Safiya sebelum ditangkap IDF semalam
Seorang doktor yang berdedikasi dan berusaha menjaga rakyat Gaza walaupun Israel datang menghentamnya
Dia tidak pernah berhenti memberitahu dunia mengenai penderitaan di hospital itu dan merayu kepada penduduk dunia
TOLONG SELAMATKAN HOSPITAL INI
Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr Hossam Abu Safiya merayu sangat sangat kepada masyarakat antarabangsa untuk membantu hospital itu. Hospital itu perlu diselamatkan ketika ini kerana ia menjadi satu satunya hospital yamg beroperasi penuh di Utara Gaza
Situasi di hospital itu sangat kritikal dengan staf perubatan bekerja tanpa henti, diserang Israel, pesakit yang terlalu ramai di samping kekurangan bekalan perubatan, makanan, air dan tiada bekalan elektrik
Rakyat Gaza berkumpul hari ini untuk cuba mendapatkan makanan bagi mengisi perut mereka yang lapar
Dapur komuniti ini antara dapur dapur yang masih menyediakan makanan secara percuma dan beramai ramai di Gaza
Ia hasil bantuan dari NGO serta negara negara yang membawa masuk bantuan kemanusiaan ke Gaza
TERKINI
PATUTLAH SERANG SYRIA. NAK CLEAR LALUAN NAK ATTACK IRAN
ISRAEL DAN US NAK SERANG FASILITI NUKLEAR IRAN
Tentera Udara Israel sedang membuat persiapan untuk serangan udara besar besaran ke atas Fasiliti Nuklear Iran maklum Wartawan Ketenteraan Yedioth Ahronoth, Yossi Yehoshua
Times Of Israel juga melaporkan perkara sama. Ini selepas Tentera Udara Israel sudah melumpuhkan pertahanan udara Syria bagi memberi laluan untuk serangan ke atas Iran
Serangan ini merupakan peluang besar selepas kejatuhan Kumpulan Proksi Iran di Timur Tengah dan ketiadaan Rejim Bashar Assad di Syria
85% pertahanan udara Syria sudah dimusnahkan Israel dengan Israel sedang membuat persiapan. Secara tidak langsung selepas Palestin dan Lubnan. Israel kini mempunyai penguasaan udara ke atas Syria
Wall Street Journal melaporkan bahawa Pasukan Keselamatan Negara Presiden Donald Trump sedang mempertimbangkan untuk serangan ke atas fasiliti nuklear Iran
Pasukannya sedang membuat penilaian serius mengenai kemungkinan serangan itu
Seorang kanak kanak Gaza menangis dan merayu agar mendapat sedikit makanan untuk mengisi perutnya yang sangat lapar setelah sekian lama
Malangnya makanan yang ada di situ sudah habis
Dia ini antara ribuan kanak kanak yang kini dibelenggu kelaparan di Gaza akibat kepungan dan serangan Israel
TERKINI
Buat kali pertama sejak perang bermula
Kementerian Kesihatan Gaza tidak dapat menganggarkan sepenuhnya jumlah yang gugur di Utara Gaza kerana terputus hubungan dengan hospital hospital dan klinik di sana akibat kepungan Israel
Jumlah yang diumumkan ini hanyalah jumlah di Tengah dan Selatan Gaza
32 orang disahkan terbunuh dan 95 cedera menjadikan jumlah keseluruhan yang gugur kini 44,612 orang dan 105,834 cedera
TERKINI
SITUASI DI GAZA HARI INI
19 TERBUNUH SEJAK TENGAH HARI WAKTU MALAYSIA DAN 45 TERBUNUH SEPANJANG MALAM TADI
7 disahkan terbunuh dalam serangan udara Israel di Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia
2 disahkan Terbunuh kerana kecederaan mereka di Utara Gaza. Seorang kanak kanak gugur kerana kecederaannya di Al Bureij, Tengah Gaza
Sejak Tengah Hari waktu Malaysia. Israel melancarkan serangan artileri ke atas Nusseirat, Jabalia, Kejiranan Tal Al Hawa dan Beit Lahia
Helikopter Tempur Israel melancarkan serangan ke atas Bandar Gaza dan IDF terus meruntuhkan rumah rakyat Gaza di Jabalia, Rafah dan Beit Lahia
Serangan udara Israel dilancarkan ke atas Kejiranan Al Sabra, Selatan Bandar Gaza
23 disahkan terbunuh dalam pengeboman IDF ke atas Mawasi, Khan Younis. 25 disahkan terbunuh disahkan gugur dalam Pengeboman di sebuah rumah 4 tingkat di Bandar Gaza.
Sejam lepas 3 terbunuh dalam serangan di Shujaiya. 2 terbunuh di Khirbet Al Adas di Rafah dan 3 terbunuh dalam Pengeboman di Kejiranan Al Genina, Rafah
Seorang kanak kanak wanita, Celine Issam Rajab gugur akibat kecederaan setelah diserang 2 hari di Jabalia
KEMASKINI
PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI BARU DI GAZA
70 RAKYAT GAZA DISAHKAN TERBUNUH
70 orang disahkan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas bangunan perumahan milik Rumah Keluarga Gabain, Taluli, Ayada, dan Abdel-Aty di Beit Lahia, Utara Gaza Jam 3 Petang tadi waktu Malaysia
"Boleh Ke Malaysia Tendang Israel Keluar Dari UN?"
Malaysia gemparkan dunia diplomatik apabila PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mulakan langkah tendang Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB atau UN).
Tapi boleh ke Israel benar-benar ditendang keluar dari UN?
TERKINI
SUSULAN TIADA LAGI AMBULANS BEROPERASI KERANA DISEKAT IDF
KINI MEREKA TERPAKSA MENGGUNAKAN KERETA LEMBU BAGI MEMBAWA MEREKA YANG CEDERA KE HOSPITAL DI UTARA GAZA
TERKINI
ISRAEL MAHU MEMASTIKAN BAHAWA PENDUDUK GAZA TIDAK WUJUD LAGI DI DUNIA INI
PENGHAPUSAN ETNIK SEDANG BERLAKU DI UTARA GAZA DENGAN 600 SUDAH MENINGGAL DUNIA
BERATUS RATUS LAGI HILANG DAN RATUSAN CEDERA DAN TERBUNUH TIBA DI HOSPITAL KAMAL ADWAN DAN HOSPITAL AL AWDA
PASUKAN PERTAHANAN AWAM GAZA
Pada tahun 2021, Al-Syahid Yahya Sinwar ditanya mengapa kumpulannya memilih penentangan bersenjata sebagai jalan untuk membebaskan tanah Palestin, dan ini adalah jawapan beliau.