Dua benda yang kita kena bangga dengan Petronas minggu ini
1) Petronas berjaya pastikan Malaysia dapat minyak cukup dari Rusia. Bukan setahun tapi 20 Tahun. Presiden Putin beri jaminan benda ni betul
2) Petronas berjaya dapat salah satu telaga gas terbesar dunia di Turkmenistan
Petronas tak pernah Failed to impress Malaysia Alhamdulillah
Selamat Hari Raya Idulfitri. Terima kasih kpd pemerintah & masyarakat Muslim serta pencinta keadilan di Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Brunei) yg mengecam agresi brutal Amerika Serikat dan rezim Zionis terhadap bangsa Muslim Iran di bln Ramadan serta menunjukkan solidaritas.
Semua transaksi di Malaysia seperti TnG E-Wallet, DuitNow, QR Code bank bank Malaysia, MyDebit, FPX ini semua bawah Malaysia punya sendiri. Takda kaitan dengan Israel untuk kita Boikot
Kalau Visa dan Mastercard tu ya. Itu pun kalau transaksi luar negara. Selagi tempatan hanya MyDebit sahaja
Nak Boikot Boikot dengan Ilmu. Jangan salah serang. Terutama nak serang Ekonomi sendiri
“Pesta Paling Mahal Dalam Sejarah Jadi Punca Shah Iran Digulingkan?”
Viral pulak satu video yang Reza Pahlavi, anak kepada Shah Iran terakhir berkunjung ke Israel.
Tahu tak betapa teruknya pemerintahan Shah Iran dulu? Tahu tak dia kena guling sebab buat pesta?
Aku ok je sebenarnya nak cukaikan benda2 import.
Tapi itulah. Buah kot.
Buah epal & buah oren. Dua buah paling senang parents potong & letak dalam bekal anak yg degil taknak mkn sayur, utk make sure gizi anak seimbang.
Tak tahulah kalau menteri rasa buah epal ni buah T20.
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠
1. Sebenarnya tidak ada dendam. Hanya secara kebetulan terkena pada orang tertentu yang juga musuh orang yang tidak dendam.
2. Semuanya terkena pada orang ini.
3. Konon orang ini maha kaya setelah curi duit Kerajaan berbilion-bilion.
4. Di saman untuk tunjuk bukti!
5. Tidak ada bukti selepas lebih setahun berlalu.
6. Konon ada kotak penuh dokumen bukti duit Kerajaan di samun oleh orang ini.
7. Konon! Tetapi masih konon. Tak ada dokumen untuk didedah.
8. Ah! Duit ada dalam bank Switzerland.
9. Dijemput pergi bersama untuk dedah duit berbilion yang telah di bank.
10. Tidak sanggup pergi. Bisu seribu bahasa. Eh, tentu anak yang bagi duit. Mereka kaya?
11. Anak mesti dedah perolehan dan perbelanjaan mereka selama 40 tahun.
12. Jika tidak dedah akan dipenjara 5 tahun, didenda iaitu tiba-tiba jadi penjenayah.
13. Sudah puluh bulan berlalu. Tak tahu apa sudah jadi? Salahkah? Tidak salahkah?
14. Tetapi belum lepas. Masih tergantung.
15. Kawan yang berniaga diluar negara membawa balik keuntungan.
16. Di arah melapor semua duit yang masuk keluar beberapa tahun. Kawan ini bantah. Dia sakit. Tidak dapat pergi court. Dituduh dia tidak siuman dan perlu diperiksa oleh doktor gila. Dia pun meninggal. Selesai.
17. Sekarang peluang untuk masuk orang ini dalam penjara.
18. Bagaimana? Konon dia pengkhianat negara. Dia dapat duitkah bila khianat negara? Tidak. Tidak satu sen pun. Tetapi khianat percuma.
19. Bukti menunjuk orang ini buat keputusan mengikut peraturan. Tidak, dia tidak ikut.
20. Tiga Menteri dakwa walaupun mereka ada bersama, orang ini tidak ikut.
21. Minit mesyuarat menunjuk lain dari yang diperaku oleh mereka. Itu minit. Mana boleh percaya. Yang membohonglah yang benar.
22. Sebelum RCI ditubuh kajian telah dibuat.
23. Kajian dipengerusi oleh orang yang mempunyai conflict of interest. Okaylah.
24. RCI ditubuh dipengerusi oleh bekas hakim yang juga mempunyai conflict. Dua lagi ahli RCI juga ada conflict.
25. RCI yang sepatutnya terbuka dijadikan siasatan tertutup.
26. Orang yang akhirnya jadi sasaran hanya menjadi saksi.
27. Tidak ada cross examination. Laporan 270 muka disedia. Tetapi 47 muka diblack-out.
28. Semua saksi yang menyata kesalahan orang ini sahaja yang tercatit.
29. Keputusan dibuat oleh RCI iaitu orang berkenaan sudah lakukan jenayah treason. Ia perlu disiasat sebagai penjenayah.
30. Jika didapati bersalah ia akan disumbat ke dalam penjara lima tahun, denda.
31. Tidak ada dendam.
32. Cuma secara kebetulan sahaja. Boleh jadi kepada orang lain. Tetapi apa boleh buat. Ia terjadi pada orang ini. Pencuri yang tidak curi. Pengkhianat yang tidak dapat satu sen pun. Pengkhianat percuma.
33. Amat adil orang seperti ini dipenjara sehingga mati.
34. Dia akan jumpa dengan kawannya yang sudah pergi dahulu.
35. Alhamdulillah – segala puji bagi Allah.
36. Inilah keadilan orang yang tidak dendam.
37. Bertuahlah Malaysia.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
17 Disember 2024
PENDOKONG ISRAEL
1. Saya perhatikan, setiap kali parti PKR atau Datuk Seri Anwar terkait atau dituduh ada hubungan intim dengan Israel atau sekutunya, usaha untuk mengheret saya bersama akan berlaku. Konon bukan sahaja Anwar, saya juga ada hubungan dengan Israel.
2. Dahulu, di awal tahun 2012, apabila Anwar dipersoal kenapa dalam Wall Street Journal dia berkata dia “menyokong segala usaha untuk mempertahan keselamatan Negara Israel – I support all efforts to protect the security of the state of Israel” yang mendatangkan kemarahan orang Melayu di Malaysia, jawabnya saya juga ada hubungan dengan pemimpin Israel.
3. Surat-surat saya kepada tiga Perdana Menteri Israel didedah. Bahawa ketiga-tiga surat itu memberi kata dua kepada pemimpin Israel bahawa mereka hendaklah menunaikan janji untuk mengiktiraf Palestin dan henti peperangan terhadap orang Palestin pimpinan Arafat tidak disebut.
4. Kali ini, Anwar dan PKR terdedah ada hubungan dengan Liberal International (LI), sebuah organisasi yang kuat menyokong Israel, sekali lagi surat-surat saya kepada Perdana Menteri Israel didedah.
5. Saya tidak nafi saya tulis surat kepada Perdana Menteri Israel, tetapi surat itu bukan untuk sokong Israel. Surat itu, seperti disebut di atas mendesak Israel supaya tunai janji kepada Arafat.
6. Siapa sahaja boleh baca surat-surat saya.
7. Terdesak kerana didapati berbohong, Anwar dan pemimpin PKR di dalam Kerajaan mengugut akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang terus mengaitkan mereka dengan Israel.
8. Sekali lagi penyokong Anwar dan PKR mendedah surat saya.
9. Selain menerbit semula surat-surat lampau yang saya utus kepada pemimpin-pemimpin Israel, mereka juga keluar surat yang saya kononnya menggelar Hamas sebagai pengganas.
10. Berkait isu saya menggelar Hamas sebagai pengganas saya sudah jawab dan jelaskan beberapa tahun lalu. Ia boleh baca di sini: https://t.co/Y5UtkeG5mX.
11. Saya tiada halangan sesiapa pun membaca tiga surat yang telah saya tulis kepada:
i) Yitzhak Rabin pada 21 December 1993;
ii) Benjamin Netanyahu pada 14 March 1997 dan
iii) Ehud Barak pada 8 Jun 1999.
Disertakan surat-surat ini di bawah atau dibaca di sini: https://t.co/toffpZgzpX.
12. Kerana disebar semula, saya rasa perlu dijelaskan kenapa saya menulis surat-surat tersebut dan keadaan ketika ianya ditulis.
13. Pertamanya, dua dari surat tersebut adalah jawapan kepada surat dari Rabin dan Netanyahu. Cuma surat kepada Ehud Barak saya tulis atas inisiatif sendiri.
14. Kesemua surat-surat tersebut saya tulis ketika Yasser Arafat, Pengerusi PLO sedang berusaha menjayakan proses damai yang dia persetujui dengan pemimpin-pemimpin Israel tersebut.
15. Saya anggap Arafat, seorang nasionalis dan pejuang kemerdekaan Palestin, seorang sahabat yang akrab dan amat saya hormati. Apabila dia menandatangani beberapa persetujuan damai dengan Israel, dan juga di atas permintaan Arafat, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu.
16. Oslo Accord I, Oslo Accord II dan memorandum Sharm al-Sheikh adalah di antara perjanjian yang ditandatangani oleh Arafat dengan ketiga-tiga pemimpin Israel tersebut di antara tahun 1993 hingga 1999.
17. Dalam tempoh itulah saya menulis surat-surat tersebut. Seperti yang saya nyata tadi, dua darinya jawapan kepada Rabin dan Netanyahu. Mungkin mereka menulis kepada saya kerana saya rakan Arafat atau mungkin kerana Malaysia ada sedikit pengaruh untuk membantu proses damai tersebut.
18. Sesiapa yang meneliti surat-surat tersebut dapat lihat pendirian saya menyokong usaha damai yang dipersetujui oleh PLO. Saya juga mengatakan sebarang hubungan antara Malaysia dan Israel hanya akan berlaku jika proses damai itu berjaya.
19. Saya ambil peluang mengingatkan pemimpin-pemimpin Israel supaya tidak merampas sesuatu yang menjadi kepunyaan orang lain, jika pun pada satu masa dahulu ianya kepunyaan mereka.
20. Saya mengkritik Israel meruntuh kediaman orang Arab untuk mendiri rumah orang Israel. Banyak lagi yang saya tulis. Semua ini boleh dibaca di dalam surat-surat tersebut. Tidak ada perlu saya nafi atau cuba putar fakta.
21. Saya terus dengan usaha tersebut sehinggalah Arafat berhenti berusaha kerana Israel sememangnya tidak mahu kepada perdamaian.
Nota: Arafat, sebelum meninggal pada tahun 2004 dalam keadaan yang mencurigakan, telah terpenjara dalam pejabatnya di Ramallah. Rabin telah dibunuh pada tahun 1995 oleh ekstremis Israel yang menentang usaha Rabin berbaik dengan PLO.
22. Saya selalu ingatkan diri bahawa saya tidak penting - yang utama ialah keselamatan dan kesejahteraan orang Palestin.
23. Kerana itu ugutan, fitnah dan ancaman dari Israel mahupun Amerika tidak saya hirau kerana apa yang saya hadapi berbanding dengan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin saban hari terlalu kecil untuk saya perkatakan.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 November 2023