ABANG Amir Faizal ni terlibat Rondaan
Pantauan Keselamatan Jalan Gerik Jeli.
Ni live dia tadi.
Nangis kita membayangkan 😭
Mata abang ni pun nampak bengkak... mungkin dia juga menangis melihat seekor ibu gajah beriya menolak lori yang melanggar anaknya hingga mati...
Kasih ibu....- MYNEWSHUB
Kejar Mengejar Sejauh 96KM Di JB - Dua Ditahan
JOHOR BAHRU, 7 Mei 2025 – Dua individu, seorang lelaki dan seorang wanita tempatan, berjaya ditahan polis selepas aksi kejar-mengejar sejauh 96 kilometer di sekitar Johor Bahru awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi, anggota MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan yang sedang menjalankan rondaan pencegahan jenayah mengesan sebuah Proton Wira berwarna biru dalam keadaan mencurigakan di Lebuhraya Pasir Gudang.
Kenderaan tersebut dipandu melawan arus dan tidak mengendahkan arahan polis untuk berhenti.
Cubaan meloloskan diri itu membawa suspek ke Lebuhraya Utara-Selatan, Pusat Bandar Johor Bahru, South Key, Jalan Bakar Batu, Pandan hingga ke kawasan perindustrian Tanjung Langsat.
Polis dari IPD Johor Bahru Utara dan IPD Seri Alam turut digerakkan dalam usaha menahan suspek yang memandu secara berbahaya dan zig-zag.
Kenderaan suspek akhirnya berjaya dihalang di Jalan Pesisiran Tanjung Langsat selepas dikejar merentasi pelbagai laluan selama hampir dua jam.
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Pemeriksaan lanjut turut mendedahkan pemandu tidak memiliki lesen memandu dan kenderaan yang digunakan telah tamat tempoh cukai jalan.
Kedua-dua mereka yang berusia 34 dan 36 tahun itu kini direman selama empat hari bagi siasatan lanjut.
Semakan juga mendapati mereka memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah lain.
Kes disiasat mengikut beberapa seksyen termasuk:
1. Seksyen 186 Kanun Keseksaan – Menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
2. Seksyen 42(1), 26(1), 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Memandu secara berbahaya, tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh.
3. Seksyen 15(1) & 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 – Penyalahgunaan dan memiliki dadah.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan menyeru orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis.- MYNEWSHUB
Sumber: Kenyataan IPD Johor Bahru Selatan