Bila tengok berita di Gaza, rasa geram, sedih dan sakit hati sangat. Tak dapat bayang situasi orang yang duduk sana.
Kemudian keluar rumah nak pergi kerja tadi nampak sekumpulan auntie chinese buat yoga kat taman sebelah. Ada juga beberapa orang sedang berjogging di situ.
Nampak abang Grab breakfast dengan kawan-kawan kat kedai mamak. Borak pasal bola malam tadi agaknya (sebab kaki macam nak menyepak).
Kat traffic light nampak seorang ayah bawa anaknya yang duduk kat bakul depan untuk hantar ke taska. Budak tu sandar ke ayahnya dengan muka mengantuk. Ada brader tongkat motor sambil hisap vape, sebab tunggu traffic light lama dikawal polis trafik.
Kat kereta tepi aku ada suami isteri borak-borak sambil gelak ketawa. Teringin nak tahu lawak apa diaorang share sampai ketawa begitu.
Semua orang menuju ke destinasi masing-masing.
Nak bagitau.
Bersyukurnya kita semua hidup dalam negara yang aman tenteram ni. Takde risau ada bom dari negara jiran. Tak pernah terfikir nak pertahankan diri dari musuh.
Ada pekerjaan. Ada rumah untuk berlindung dari hujan panas. Ada tempat nak kembali setiap hari. Tak pernah rasa kelaparan akibat tiada makanan. Nak beribadah senang. Boleh balik kampung jumpa mak ayah bila-bila masa. Boleh bercuti bila-bila masa.
Takde berita ahli keluarga dibunuh oleh musuh dengan bom atau ditembak. Tak perlu berjuang angkat senjata pertahankan keluarga dan negara. Tak perlu tunggu bantuan antarabangsa untuk bagi kita makan.
Benda itu real berlaku di satu sudut lain dunia ketika kita semua menikmati hidup seperti biasa di sini.
Keamanan ini merupakan satu nikmat terbesar buat kita semua. Syukur Alhamdulillah. Kita kena usaha pertahankannya.
Dalam masa sama jangan lupa bantu mereka yang berjuang nak dapatkan semua yang kita miliki ini. Mudah-mudahan satu hari nanti. Bantu dengan doa, sokongan dan kewangan jika mampu.
Begitulah.
“Siapa Penduduk Asal Palestin Sebelum Bani Israel?”
Dalam sirah dan juga tradisi Islam, kita tahu bahawa bani Israel pernah mewujudkan kerajaan di bumi Palestin suatu ketika dahulu. Tetapi sebelum mereka duduk secara kekal di situ, siapa penduduk asal Palestin sebelum mereka?
🇮🇱 If Israel is launching “defensive airstrikes” as they claim, why did they just bomb 7 children to death in Southern Gaza?
The media will never ask this question…
.
Bakhtiar berkenalan dengan Alana dan dalam masa yang sama, Alana sedang berusaha mengambil hati Arjuna kembali. #AlergiMamatRomantik (Episod 8)pada pukul 10.00 malam ini di saluran @tv_okey (astro 146 /Myfreeview… https://t.co/6A2P0ClL63
People nowadays, sebut neraka macam tempat kediaman pulak. Bangga dia tu lain macam. Kalau baca terjemahan Quran tentang neraka pun dah seram. Tu baru terjemahan je. Nauzubillah.