Semua dijemput untuk ambil bahagian dalam kaji selidik tok. Boleh klik link ya. Terima kasih semua!
SOAL SELIDIK KAJIAN KEBERKESANAN PROJEK PEMBANGUNAN DAN NAIK TARAF SISTEM PENERIMAAN PEMANCAR RADIO FM JABATAN PENYIARAN MALAYSIA (NEGERI SARAWAK)
https://t.co/JhZDDbjV1y
Kepada semua yg datang Townhall Pitching bulan lepas semua tahu yang ini cuma cadangan dan saya telah explained panjang lebar. Saudara Murali hadir tak hari tu? Ini kerana selalu sangat RTM dijanjikan pelakon A tetapi akhirnya dapat Pelakon C. Itu backgroundnya.
Satu penghargaan istimewa untuk rakyat Malaysia sebagai tanda apresiasi kepada sokongan dan perpaduan yang tidak pernah luntur.
Bersama Malaysiaku, kita terus memperkukuh Malaysia MADANI.
Nantikan, sesuatu yang luar biasa bakal tiba!
#MalaysiaMADANI#BersamaMalaysiaku
Selain terpukau dengan vokal yang mantap, 'energy' Aisha pun buat penonton terngiang-ngiang sampai hari ni!
Anda boleh tengok ulangan Konsert Hari Radio Sedunia di #RTMKLIK!
Suspek kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor pada 8 Februari lalu, maut akibat ditembak di sebuah hotel di Pulau Ketam.
https://t.co/6Hwv0SAzQs
Malaysia MADANI
'Yang sahih di Berita RTM'
#RTM#BeritaRTM#MalaysiaMADANI#taatsetia
Kerjasama antara kerajaan, industri dan ahli akademik adalah penting dalam mewujudkan ekosistem yang teguh untuk inovasi, pembangunan bakat dan kemajuan negara.
Selari dengan Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini, peranan kita membentuk masa depan yang dipacu secara digital kini amat penting.
Program seperti Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE) mencerminkan komitmen tersebut, yang melengkapkan pemimpin-pemimpin digital bagi memacu inovasi dan impak.
Insya-Allah, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan MADANI kekal komited untuk memupuk Malaysia yang berdaya saing dan bersedia untuk masa depan.
Bicara Naratif malam ini akan membincangkan tentang Reformasi Perkhidmatan Awam dan Kedudukan Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Istimewa 9 malam ini di saluran TV1, strim secara langsung di RTMKLIK, Facebook dan TikTok Live Berita RTM.
Tu dia… program baharu, Rasa ASEAN terbitan Unit Majalah Dokumentari, menampilkan Chef Fikree dan Chef Naim sebagai pengacara.
#RasaASEAN akan mula bersiaran pada 1 Mac 2025, setiap Sabtu dan Ahad jam 12.30 tengah hari di @tv1_rtm .
Alhamdulillah, ekonomi Malaysia mencatat prestasi hebat dengan pertumbuhan KDNK 5.1 peratus pada 2024, mengatasi unjuran asal antara 4-5 peratus serta melonjak jauh lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada 2023.
Lebih membanggakan, Kerajaan MADANI juga berjaya mengurangkan defisit fiskal (perbelanjaan melebihi pendapatan) kepada 4.1 peratus, lebih baik daripada sasaran 4.3 peratus.
Pertumbuhan kukuh ini didorong oleh peningkatan pelaburan yang melonjak 12 peratus yakni tertinggi dalam 12 tahun, serta eksport yang terus berkembang, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E). Pemulihan pelancongan dan pelaksanaan pantas projek infrastruktur utama turut menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Pencapaian ini menjadi bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, terutama dalam memateri keyakinan pelabur serta memperkukuh pertumbuhan ekonomi negara.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk mengekalkan momentum positif ini dan meningkatkan lagi prestasi pada tahun ini demi kemakmuran rakyat. 💪
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja