Aku jarang nak puji orang politik Tapi dalam dunia masih ada trauma pasca Covid, konflik Iran-US, bilik mesyuarat kabinet di Putrajaya bawah Anwar kekal tenang tanpa perlu timbulkan sebarang ketegangan dalaman.
Saya berdiri teguh bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi akan sentiasa bersama anggota tentera negara dalam apa jua keadaan.
Berhubung latihan dan eksesais ketenteraan, ATM mempunyai ruang, kuasa serta kerjasama yang sewajarnya untuk melaksanakan sebarang bentuk latihan di negeri Johor. Latihan sedemikian amat penting dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan operasi, meningkatkan keupayaan serta memperhalusi kemahiran yang diperlukan bagi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Institusi DiRaja Johor dan Kerajaan Negeri Johor akan terus memberikan sokongan penuh terhadap usaha-usaha ini.
Segala pengorbanan, dedikasi dan khidmat yang dicurahkan oleh anggota ATM dalam mempertahankan negara hendaklah sentiasa dihormati dan dihargai. Anggota tentera tidak seharusnya berdepan halangan yang tidak perlu dalam melaksanakan latihan serta eksesais operasi yang amat penting demi pertahanan dan kesiapsiagaan negara. Tidak sepatutnya juga wujud sebarang layanan berat sebelah terhadap mana-mana unit atau rejimen tertentu kerana setiap individu yang menyarung uniform berkhidmat dengan penuh kehormatan, kesetiaan dan pengorbanan, serta layak menerima penghormatan dan pengiktirafan setinggi-tingginya.
Sokongan saya bukan sahaja terhad kepada mereka yang masih berkhidmat, malah turut meliputi anggota tentera yang telah bersara atau bakal bersara. Pintu Johor akan sentiasa terbuka buat mereka sebagai tanda penghargaan terhadap segala pengorbanan dan jasa yang tidak ternilai kepada negara.
Amat mendukacitakan apabila terdapat pihak tertentu yang cuba mempergunakan institusi ketenteraan demi kepentingan peribadi atau sekadar untuk meraih perhatian dan populariti di media sosial. Sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara sedemikian, seseorang itu seharusnya memahami terlebih dahulu Perlembagaan Persekutuan termasuk perbezaan antara Negeri Bersekutu dan Negeri Tidak Bersekutu. Kefahaman yang cetek mengenai perkhidmatan ketenteraan dan perkara berkaitan Perlembagaan hanya mencerminkan kegagalan untuk benar-benar memahami pengorbanan, disiplin, tanggungjawab dan realiti yang dihadapi oleh anggota ATM.
Adalah juga amat malang apabila kebimbangan hanya dibangkitkan secara terpilih terhadap latihan ketenteraan, sedangkan terdapat pelbagai lagi isu penting melibatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat menerima perhatian dan keutamaan yang jauh lebih rendah.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
Min dah semak. Hanya ibu dan adik adik (yang bersekolah) saja yang menerima zakat. Saudara dalam video tidak terima bantuan zakat seperti yang didakwa.
Usah khuatir, bantuan zakat hanya pada yang benar-benar layak. Sebab itu, proses nya agak ketat untuk memohon.
Kepada saudara Hakeem, kalau nak cari engagement/clout 3 benda ni jangan dijadikan topik;
1. Hal Agama
2. Isu Kaum
3. Institusi Raja-Raja.
MP jasin tu sendiri yg wajib orang jasin tukar
Aku suka anak muda yg semakin sedar dengan kebusukan PAS, ayuh anak muda kita lawan penunggang agama ini dari terus memperbodohkan orang awam lepas tu diam² collect derma
Babilah asyik² kena bagi derma hahaha 😂
nangis gak la, baik betul Tuhan, camtu rupanya nak uji. masa balik kerja tadi terdetik dalam hati “Ya Allah, kalau ada rezeki aku, temukan lah barang aku yang hilang”
feels so surreal, 2 hari dekat tempat sama memang tak ada. harini lepas bagi salam tiba tiba elok je kat situ 🥺
Ada plot twist rupanya.
Mana team Abang Belon?
Dah masuk gua ke.
Umrah on x on 🤣🤣🤣
"Kebanyakan rekod terbabit adalah berkaitan dengan kesalahan dadah. Suspek sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah bagi enam daripada kes tersebut."