Dari kampus kita bermula, kepada kampus kita kembali berbakti.
Alhamdulillah, saya merasmikan Alumni Back to Campus (ABTC) Peringkat Kebangsaan 2026 di Universiti Malaya, yang buat julung kalinya menghimpunkan alumni seluruh 20 Universiti Awam dalam satu gerakan bersama.
Dengan kekuatan sekitar 3.5 juta alumni, kita mempunyai jaringan pengalaman, kepakaran dan bakat yang amat besar. Saya mahu kekuatan ini diterjemahkan kepada manfaat yang nyata untuk mahasiswa, melalui pementoran, biasiswa, bantuan kebajikan, peluang latihan industri dan pekerjaan serta kerjasama penyelidikan.
Sumbangan alumni bukan sahaja berbentuk kewangan. Namun, sumbangan juga hadir dalam bentuk masa, ilmu dan kesediaan membuka peluang kepada generasi seterusnya. Satu bimbingan atau bantuan pada waktu yang tepat boleh mengubah perjalanan hidup seorang mahasiswa.
Saya juga mengharapkan agar para alumni dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, khususnya mahasiswa yang sedang berdepan kesusahan. Kita semua pernah bermula dari bawah. Ramai antara kita pernah merasai kesempitan hidup dan menerima bantuan yang membolehkan kita meneruskan pengajian.
Kini, tibalah masa untuk kembali berbakti. Hulurkanlah bantuan mengikut kemampuan, sama ada melalui sumbangan, bimbingan atau peluang pekerjaan. Mudah-mudahan, bantuan kita hari ini menjadi sebab seorang mahasiswa terus bertahan, menamatkan pengajian dan membina masa depan yang lebih baik.
Saya turut menyaksikan pelantikan 200 Rakan Alumni KPT serta peluncuran World Alumni Virtual Engagement (WAVE) untuk menghubungkan alumni di seluruh dunia. Walau di mana pun mereka berada, sentiasa ada ruang untuk menyumbang kepada universiti dan tanah air.
Universiti yang hebat bukan sahaja melahirkan graduan yang berjaya, tetapi graduan yang kembali berjasa. Semoga ABTC terus menggerakkan semangat ini demi masa hadapan pendidikan tinggi negara.
#AlumniBackToCampus
#ABTC2026
#KPT
#MalaysiaMADANI
#doczam
Baru je terlena dalam 20minit. Celik mata aku teringat yong tau fu yang tapau tadi. Terus pegi dapur ngap. Hahaha adoi cemana tak gemuk bini hakim ni 🤣
Dulu kan twitter ni la terpaling laju untuk dapat info. Terkini. Tapi sekarang semua benda Thread nak dimasukkan dalam Twitter. Tak laju dah ke twitter ni 🙂↔️
Thread ni ok kalau tak ada yang memerhati atau menghirau serta me respon post kau. Itu je ! Kalau ada yang suka like, komen atau sibuk terpaling ramah. Haa mula nak behave sbb asyik rasa diperhatikan 🤣
Sebenarnya tiap kali kata nak naik genting. First, aku tak beria nak pun..😂 Sebab aku tahu sangat la memenatkan. Tapi just enjoy jela. Apa yang gemor sangat tahu.