Mokhzani baru-baru ini kutuk BR1M. Dia tak apalah, masa pak dia jadi PM, dia dapat kontrak berbilion-bilion daripada Petronas. Dia kaya biarlah, tapi janganlah sampai hina orang miskin. Mereka perlu bantuan, Kerajaan Barisan Nasional bantu, sebab kita #DahulukanRakyat!
Kepura-puraan politik paling ekstrem. Terdesak sampai yang dah meninggal pun nak dipolitikkan. Selama ini Tun Mahathir kutuk Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, hari ini dia cuba nak ziarah.
Kalau betul ikhlas, kenapa tak lawat selama ini? Kenapa tak tunggu lepas pilihan raya saja?
Bismillahirahmanirrahim. Saya telah menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan atas perkenan Baginda, Parlimen ke-13 akan dibubarkan berkuatkuasa esok.
Byk yg dah kita capai sepanjang 5 tahun, Alhamdulillah, kita kini di ambang jadi negara maju yg kita impikan
RM1.04 bilion untuk pusat kanser, bayaran perkhidmatan kesihatan di Hospital dan Klinik Kerajaan serendah RM1. Kos perkhidmatan kesihatan di Malaysia antara terendah di dunia!
https://t.co/OpehvwuVPs
Kerajaan @barisanasional di bawah kepimpinan saya komited dan bertekad bawa pembangunan inklusif dan menyeluruh ke setiap pelusuk Malaysia. Kalau dulu sering timbul kata-kata dan tanggapan ada negeri atau kawasan diabaikan Kerajaan Persekutuan, hari ini tak lagi! #DahulukanRakyat
Masalah air, pengurusan sungai, sampah tak terurus, kos rumah tinggi, cukai membebankan, semua kelemahan Kerajaan Negeri Selangor ini boleh @barisanasional selesaikan jika kita tawan semula Selangor!
Laporan Tabung Kewangan Antarabangsa sekali lagi letakkan Malaysia di landasan tepat untuk capai status negara maju berpendapatan tinggi, dan memuji daya tahan dan prestasi kukuh ekonomi kita. Dasar ekonomi kita berkesan dan akan terus memacu kita kepada kejayaan!
Di Melaka, sukacita saya umumkan kelulusan Projek Rancangan Tebatan Banjir
- Bandar Jasin RM60 juta
- Bandar Merlimau RM36 juta
- Sg Duyung RM164 juta
- Alor Gajah Fasa 1 RM30 juta
Kita juga akan tambah lampu jalan kampung di 194 kampung, memanfaatkan 58,200 penduduk