Teruskan bercakap tentang Palestin!
Menurut penganalisis, Sami Hamdi, Israel teragak-agak untuk lakukan operasi darat kerana sentimen penduduk dunia tidak bersama mereka.
Tidak pernah dilihat sokongan yang sebegini besar daripada seluruh dunia.
Tidak pernah pembohongan Israel dibongkarkan secara besar-besaran.
Tidak pernah media-media barat yang pro Israel dilondehkan secara terang-terangan.
Tidak pernah naratif Israel dilawan secara bersungguh-sungguh dengan satu suara.
Israel tidak akan dapat teruskan serangan darat ke atas Gaza selagi mereka tidak dapat kuasai naratif di media sosial.
Sebab itu segala akaun media sosial yang berkait Israel gigih menyebarkan naratif mereka.
Jangan rasa apa yang kita lakukan sekarang ini kecil dan remeh.
Walau dengan satu tweet, satu reply, satu like semuanya bermakna.
Kita tidak akan kalah dalam perang naratif di media sosial ini dengan izin Allah!