Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu yang diketengahkan mengenai aktiviti penjualan dan promosi alat/peranti yang digelar “hydrogen inhaler” atau mesin hidrogen serta dakwaan berkaitan.
KKM ingin menegaskan bahawa sebarang peranti perubatan yang dijual atau diguna di Malaysia mesti berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737). Penjualan, pengedaran atau pengiklanan peranti yang tidak berdaftar adalah suatu kesalahan di bawah undang-undang dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.
Orang ramai, khususnya warga emas, dinasihatkan agar:
1. Tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang menjanjikan kesan rawatan atau manfaat kesihatan yang belum dibuktikan secara saintifik dan belum diluluskan oleh pihak berkuasa.
2. Menyemak status pendaftaran mana-mana peranti perubatan melalui laman sesawang rasmi MDA sebelum membuat pembelian.
3. Berwaspada terhadap aktiviti jualan yang menyasarkan golongan berumur dan melibatkan tekanan atau rayuan emosi.
Sebarang aduan mengenai penjualan produk atau peranti tidak berdaftar, atau iklan yang mengelirukan, boleh dikemukakan kepada KKM atau MDA untuk siasatan lanjut.
KKM menggesa orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan berdaftar bagi sebarang isu kesihatan.
Semoga kalian jatuh cinta dengan orang yang baik. Berjodoh dengan pilihan terbaik. Menikah dengan niat yang baik. Mendapatkan mertua yang baik. Memiliki keluarga dan mendapat keturunan yang baik-baik. Menghabiskan sisa hidup bersama dengan baik. Aamiin 🫶🏻
8 OGOS: HARI KUCING SEDUNIA
Beberapa fakta tentang haiwan kesayangan ramai ini:
1. Kucing ialah Karnivor!
Baca penjelasannya di: https://t.co/AaEXS4fwr5
2. Kucing Ada 9 Nyawa?
Baca penjelasannya di: https://t.co/kBSSCDqEsV
#InternationalCatDay