Orang tua kita selalu kata, "Ini rezeki anak," atau "Ini berkat baru menikah." Rupanya pesan mereka itu bukan sekadar kata-kata, tapi memang ada dalam al-Quran.
Allah itu Maha Luas. Ada rezeki yang Dia dah jamin, ada yang kita kena usaha, dan ada yang datang sebab kita istighfar. Bila kita faham jalan rezeki ini, hati kita takkan lagi rasa sempit dengan urusan dunia.
"Alhamdulillah ‘ala kulli hal." (Segala puji bagi Allah dalam apa jua keadaan).
Powerful perkongsian daripada Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi tentang kuasa syukur di saat diuji.
📌 Point Utama:
1. Jangan mengeluh bila diuji, tapi pujuk hati untuk tetap memuji Allah.
2. Syukur bukan hanya selepas dapat nikmat, tapi ia adalah "kunci" kepada nikmat.
3. Ketenangan hadir bila kita redha dengan setiap takdir-Nya.
Sama-sama kita amalkan zikir ringkas tapi penuh impak ini. Moga ada kelapangan di sebalik setiap kesempitan yang kita lalui sekarang.