Kita akan sentiasa rasa tidak cukup bila kita selalu tengok orang yang berada lebih tinggi daripada kita, sampai kita lupa nikmat yang kita ada sekarang.
Sebab itu Nabi pesan, "Apabila kamu melihat orang yang diberikan kelebihan berbanding kamu dalam harta dan rupa, lihat pula orang yang berada di bawah kamu."
[Sahih Bukhari 6490]
Berhenti sekejap. Tengok sekeliling. Cuba fikir:
Adakah nikmat yang kurang, atau sebenarnya syukur yang hilang?
Ahli al-Quran tidak akan ke tempat maksiat, kerana al-Quran melarang pergi ke tempat begitu.
Pandai membaca al-Quran, ingat hafalan al-Quran, itu belum melayakkan diri menjadi ahli al-Quran.
Ahli al-Quran adalah orang yang sentiasa mendampingi al-Quran dan beramal dengannya, walau belum berjaya menghafalnya.
Jangan tertipu dengan kuatnya ingatan dan merdunya alunan suara.
Saya tak baca konteks asal pergaduhan ini, tetapi sedikit teguran tentang nama malaikat.
Dalam al-Quran dan hadis, hanya sedikit nama malaikat yang disebut, seperti Jibril dan Mikail.
Namun, terdapat ramai malaikat lain yang disebut berdasarkan tugas, bukan nama.
Dan lebih ramai yang langsung tidak disebut.
Contohnya:
Hamalatul ‘Arsy – malaikat yang menjunjung ‘Arasy.
Malaikat Maut – malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa.
Begitu juga malaikat yang mencatat dosa dan pahala manusia. Nama mereka tidak disebutkan. Yang disebut hanyalah sifat mereka, iaitu:
Raqīb – yang sentiasa mengawasi,
‘Atīd – yang sentiasa bersedia (mencatat).
Ramai yang tersalah faham hingga menyangka Raqīb dan ‘Atīd itu adalah nama dua malaikat.
Itu bukan nama, tetapi sifat mereka.
Adapun nama sebenar kedua-dua malaikat tersebut, kita tidak mengetahuinya.
Jadi, nak tahu nama malaikat secara spesifik sedangkan tidak disebutkan dalam al-Quran dan hadis, adalah soalan yang tidak valid.
Jika ingin persahabatan kekal, tujuan persahabatan itu mestilah kerana Allah. Kita dan sahabat kita, ingin masuk syurga dan jadi orang baik. Firman Allah (maksud):
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali
“Kau nak tegur aku? Kau pun manusia macam aku!”
Apabila peringatan diberikan kepada kuffar di Makkah, mereka katakan “layak ke manusia yang datang nak tegur kami?”
Ini adalah lambang kesombongan dan takabbur.
Khulafa’ al-Rasyidin tidak termasuk kerana mereka ada peranan mentadbir. Jadi kebanyakan urusan periwayatan hadith lebih menonjol kepada sahabat yang lain.
Hadith Sy Ali sebagai gerbang ilmu tersebut mempunyai perbincangan:
- Ulama’ berselisih pandangan sama ada hadith
Abu Bakar = 142 hadis
Umar = 539 hadis
Uthman = 146 hadis
Ali = 586 hadis
Kenapa sedikit jika dibandingkan sahabat-sahabat lain? Antaranya:
1. Mereka meninggal dunia awal. Ali bin Abi Talib meninggal pada tahun 40 Hijrah.
- Tidak sempat meriwayatkan banyak hadis sebelum meninggal dunia, dan belum ramai orang yang datang menuntut ilmu hadis kepada mereka.
2. Sibuk dengan pemerintahan, kerana tugas itu amanah yang berat.
- Mereka menghidupkan sunnah Nabi SAW dalam pemerintahan, berbanding dalam meriwayatkan hadis.
- Setiap sahabat diberikan kelebihan berbeza dalam menjaga agama. Contohnya, Khalid bin al-Walid menjaga agama dengan jihad.
Apa sahaja belanja yang kita berikan kepada orang yang memerlukan, ingatlah sabda Rasulullah SAW :
لعلك ترزق به
Terjemahan : Mudah-mudahan kamu mendapat rezeki disebabkan dia.
Dahulu saya pernah menulis : “Kadang, kita ‘membeli’ rezeki dengan tujuan untuk menambah rezeki.
Ada dua orang adik beradik pada zaman Rasulullah SAW. Seorang berkerja mencari rezeki manakala seorang lagi menuntut ilmu bersama Rasulullah SAW. Yang berkerja itu menampung keperluan saudaranya yang tidak berkerja.
Suatu hari, yang berkerja mencari rezeki ini datang bertemu Nabi SAW dan mengadu bahawa saudaranya tidak membantu dia mencari rezeki. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya :
لعلك ترزق به
“Mudah-mudahan kamu mendapat rezeki disebabkan dia”.
Ingat, salah satu asbab mendapat rezeki adalah menampung dan menanggung keperluan orang lain, lebih-lebih lagi para penuntut ilmu yang memerlukan.
Ibrahim al-Khawwas berkata:
Penawar bagi hati ada 5:
1- Membaca al-Quran dengan tadabbur
2- Puasa
3- Qiyamullail
4- Berdoa pada waktu sahur
5- Duduk bersama orang soleh
Rujuk al-Azkār karangan Imam Nawawi رَحِمَهُ الله
#FawaidUlama
Siapakah orang yang rugi?
Imam Ibn Rajab menyatakan:
الخاسر الذي يظن أن الله لا يغفر له
“Orang yang rugi adalah orang yang menyangka Allah tidak mengampunkannya”
Rujuk Laṭāʼif al-Maʻārif.
#FawaidUlama
Kelebihan mengingat kematian
Al-Imam al-Qurṭūbi رَحِمَهُ الله di dalam kitab beliau al-Tadhkirah bi aḥwāl al-mawtā wa umūr al-ākhirah menukilkan kalam al-Daqqāq :
من أكثر ذكر الموت أكرم بثلاثة أشياء
"sesiapa yang banyak mengingat mati, dimuliakan dengan 3 perkara"
Antara pengajaran kehidupan, tangan yang membuang Nabi Yūsuf ke dalam telaga, adalah tangan yang sama kemudiannya menadah memohon bantuan dan pertolongan dari Nabi Yūsuf.
لَّقَدْ كَانَ فِي يُوسُفَ وَإِخْوَتِهِ آيَاتٌ لِّلسَّائِلِينَ (7)
Sesungguhnya pada kisah Yūsuf dan adik beradiknya terdapat pengajaran bagi mereka yang mencarinya.
Hari ini kita lihat apa yang sedang berlaku kepada saudara-saudara kita yang menyertai GSF.
Di tengah-tengah lautan mereka diburu, dikepung dan ditangkap oleh tentera penjajah.
Suasana yang mereka lalui ini mengingatkan saya kepada kisah Nabi Musa dan bani Israil.
Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan melalui laut bukan gerakan yang bermula sebulan dua ini, tetapi dah bermula sejak tahun 2006.
Sejak Issewel mengenakan sekatan laut ke atas Gz pada tahun 2007, pelbagai inisiatif maritim yang dikenali sebagai Freedom Flotilla telah dilancarkan oleh aktivis antarabangsa sebagai cubaan untuk menghantar bantuan kemanusiaan dan mencabar pengepungan tersebut.
Masa tahun 2008, dua buah kapal berjaya berlabuh di Gz. Ini kali pertama sekatan laut itu berjaya ditembusi. Tetapi, rentak kejayaan ini tidak berkekalan.
Sejak tahun 2010, hampir kesemua armada bantuan yang cuba mendekati Gz telah dipintas atau diserang oleh tentera laut Issewel walaupun kapal-kapal tersebut berada di perairan antarabangsa.
Insiden tergempar pada tahun 2010 ialah apabila komando Issewel menyerbu kapal Mavi Marmara. Serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan mengakibatkan 10 aktivis terbunuh. Puluhan lain tercedera. Peristiwa ini mencetuskan kemarahan global dan ketegangan hubungan diplomatik.
Masa tahun 2011, walaupun kebanyakan kapal dihalang, sebuah kapal iaitu Dignite-Al Karama berjaya berlayar sebelum akhirnya dipintas dan ditunda ke pelabuhan Ashdod, Issewel.
Issewel terus menerus menghalang bantuan ini daripada sampai ke Gz termasuk apa yang berlaku pada Freedom Flotilla III pada tahun 2015 dan Armada Just Future for Palestine pada tahun 2018.
Dalam setiap kes, kapal-kapal telah dipintas di perairan antarabangsa, aktivisnya ditahan, disoal siasat dan kemudian dihantar pulang. Masa tahun 2018, terdapat laporan aktivis serangan fizikal oleh tentera Issewel.
Pada tahun ini (2025), Kapal Conscience telah diserang dua kali oleh dron pada Mei 2025. Tidak lama selepas itu, kapal Madleen pula dipintas dan dilaporkan diserang dengan semburan kimia pada Jun 2025.
Global Sumud Flotilla yang dilancarkan pada akhir Ogos 2025 melibatkan lebih 50 kapal dengan delegasi dari 44 negara. Global Sumud Flotilla merupakan misi kemanusiaan maritim terbesar pernah dibuat.
Seperti peristiwa-peristiwa sebelum ini, kapal-kapal Sumud mendapat serangan dariapda dron dan dipintas oleh pihak berkuasa Issewel. Mereka menahan aktivis termasuk dari Malaysia.
Peristiwa yang berulang ini menunjukkan Issewel buat kerja buruk ini lama dah. Mereka konsisten melanggar undang-undang maritim antarabangsa dengan memintas dan menyerang kapal pembawa bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa.
Undang-undang antarabangsa ini macam harimau tak bertaring. Nampak gagah tetapi tak ada kuasa eksekutif macam undang-undang domestik.